Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

2.9.10

10 Malam Terakhir Ramadhan.

Salam.



Perjalanan kita dalam bulan penuh kemulian ini telah pun memasuki frasa 10 malam terakhir. 10 malam terakhir ini telah dijanjikan, adanya satu malam ganjil yang penuh keberkatan. Malam tersebut dipanggil malam lailatul qada'. Penuhilah malam-malam terakhir yang masih berbaki dengan ibadah serta ketaqwaan.

Semoga dipenghujung Ramadhan ini, bertambahlah amalan kita. Bukannya bertambah pengaliran mata wang kita ke pengusaha-pengusaha jualan mudah. Aku pun sedang berusaha meningkatkan amal ibadah. Jadi, sama-samalah kita berusaha ke arah itu. Insya Allah.






Sekian, wassalam.

9.8.10

Bukan Serupa.

Salam.




Di sini aku berdiri,
Mencari arah tuju abadi,
Yang masih lagi bersembunyi.

Di sini aku berfikir,
Kemana akan aku menuju,
Kiri kanan depan belakang.
Di sini aku tersedar,
Arah kita bukan serupa,
Kerana tujuan kita berbeza.



Penghidupan manusia di muka bumi ini adalah berbeza-beza. Dilahirkan seperti kain putih bersih lagi suci. Lalu dicorakkan oleh ibu bapa. Sampai ketika, kita sendiri yang mengatur langkah. Baikkah, burukkah semua bergantung di atas bekalan yang diberikan oleh ibu bapa kita. Coraklah penghidupan kita dengan memenuhi keredhaan Yang Maha Kuasa.

Dikesempatan ini juga, aku ingin mengucapakan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan kali ini mampu memberi 1001 ketenangan kepada kita dalam meniti hari yang masih belum diketahui penghujungnya bila.


Sekian, wassalam.


Blog Widget by LinkWithin