Showing posts with label sms. Show all posts
Showing posts with label sms. Show all posts

1.7.10

Warkah Buat Kamu.

Salam.


sila jangan melakukan aksi ini ketika memandu.


Dahulu saya selalu ber-SMS dengan dia. Kalau rindu saya call terus. Bila dengar suara dia, saya happy. Bila dengar dia ketawa, saya senyum lebar. Banyak yang kami kongsi. Kalau dia merajuk, saya pun turut merajuk sebab saya tak pandai sangat bab memujuk orang yang merajuk. Tapi saya cuba memujuk sampai dia ketawa kemabali. Saya lega.

Namun, semua itu tinggal kenangan. Dia ber-SMS dengan orang dah. Orang lain yang call dia pula. Kalau dia ada masalah dia tak cari saya lagi. Saya tahu dia gembira sekarang dengan orang itu. Saya harap dia akan terus bahagia disamping orang tu. Saya hanya mampu tumpang kegembiraan dia saja. Saya tahu awak untuk dia dan saya untuk orang lain.

Maafkan saya jika saya ada tersilap kata sepanjang perkenalan kita. Harap kita akan terus berkawan. Saya tak akan pernah lupakan awak dan saya harap awak pun begitu juga.



Sekian, wassalam.

Blog Widget by LinkWithin