22.6.11

3 #WordlessWednesday

Assalamualaikum.

(klik untuk tumbesaran sempurna)





Sekian, wassalam.

21.6.11

Maaf

Assalamualaikum.




Dalam kita tak sedar kita sedang menyecewakan orang lain. I'm so sorry. Saya hanyalah insan biasa yg tidak akan mampu memuaskan semua orang.

Tapi perlu ke bangga dengan kejahatan diri sendiri?




||teguran secara random. siapa makan cili dia yang terasa pedasnya ;)



Sekian, wassalam.

19.6.11

New Sem, New Hope

Assalamualaikum.




Saat kalian membaca coretan ini, aku sudah pun dalam perjalanan pulang ke tanah Besut tercinta. Cuti tiga minggu terasa sekejap je.

Tak ada apa yang menarik pun cuti kali ni. Sebab aku bukan gemar nak berfoya-foya (padahal takde duet). Cuti kali ni gak la pertama kali aku berjumpa dengan blogger-blogger hebat. Lepas ni tak tau la boleh jumpa lagi ke tak kan.

Untuk semester kali ni, jadual dah keluar. Subjek takde la banyak sangat. Tapi teori banyak dari amali. tu yang macam tak best tu. Huhu. Redha je la. Hope pensyarah yang ajar semua okey. Sebab untuk subjek minor semua pertama kali ajar kelas aku.

Buat bakal-bakal junior yang akan mendaftar esok. Selamat menjadi sebagian warga IPG. Kalau korang tak minat, pupuklah minat korang perlahan-lahan okey. Insya Allah satu hari nanti korang akan berasa seronok dengan profesion perguruan ni. (poyo je aku).

Kepada Syed #retismajalahremaja kau takyah nak down-down sangat. Bukan semua yang kita nak kita dapat. Lama-lama nanti okey la tu. Pape pon all the best untuk kau.

Lastly, selamat hari bapa untuk abah :)

Aku rasa takat tu je la. Pape pon doakan aku selamat sampai ke IPG tercinta tu okey.




|| harap ramai junior yang comel dan single :P



Sekian, wassalam.

18.6.11

Kisah Semalam

Assalamualaikum.




Kisah semalam
Membekan di jiwa
Membekas di hati
Membentuk rasa pahit

Kisah semalam
Mengamit sebuah memori
Membina sebuah sangsi
Mencakna rasa cinta

Kisah semalam
Mengakhir sebuah derita
Memulakan secebis kasih
Menjadi pengalaman hidup

Kisah semalam
Mengajar hari ini
Menghargai kehadiran cinta
Merasai kasih sayangku



Sekian, wassalam.

15.6.11

2 #WordlessWednesday

Assalamualaikum.







Sekian, wassalam

12.6.11

Hidup Ini

Assalamualaikum.




Hidup ini bagaikan lalang,
Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan,
Bukan tiada pendirian tetap,
Namun takdir telah ditentukan.

Hidup ini penuh pancaroba,
Sekejap bersuka, sekejap berduka,
Bukan tiada kegembiraan,
Namun suratan menentukan segala.

Walau apa pun yang berlaku,
Hidup ini harus ku teruskan jua,
Demi Tuhan sekalian alam,
Insya Allah.



Sekian, wassalam






Sekian, wassalam.

8.6.11

1 #WordlessWednesday

Assalamualaikum.






Sekian, wassalam

7.6.11

[MP3] Hazama AF9 - Cinta Teragung

Assalamualaikum.



Single untuk kesemua finalist AF9 dah keluar. Korang dah dengar? Aku dah. Kalau belum, korang boleh dengar kat sini. Boleh dengar sampai lebam. Tapi dalam banyak-banyak single tu, aku just suka Hazama punya single je. Aku tengok AF9 pon sebab ada Hazama je. Ahaha.




Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku



Amacam? Terbaik tak? Kalau nak jadikan sebahagian koleksi lagu-lagu korang, boleh klik SINI



|| aku harap Hazama boleh jadi juara. Peserta AF9 yang lain aku tak suka. Haha. #kejam




Sekian, wassalam.

6.6.11

Update Bodoh-Bodoh

Assalamualaikum.

Dah seminggu rupanya aku bercuti. Tinggal lagi dua minggu je. Sekarang ni pon dah masuk minggu ke dua dah pon. Errr. Abaikan ayat macam hape aku tu. Haha.

sumber gambar Fad Ali

First week bercuti tak banyak pon aktiviti. Paling seronok pon berjumpa rakan-rakan blogger. Macam lambat je kan aku update pasal tu. Kalau korang ternampak gambar-gambar kat FB aku korang tau la. First night time kot join gath macam tu. Sebelum ni tak berkesempatan, berkelapangan. Ada yang tak berapa nak familiar pon aku ada kenal. Semua yang turun, semua #retis. Aku je tak.

Plan untuk hari-hari cuti yang mendatang? Rasa macam takde apa sangat. Jumaat nanti, ada kenduri cukur jambul dan aqiqah baby Areef. Sabtu pergi kenduri kahwin rakan sekelah time sekolah rendah. Aku bila entah nak kahwin. Mak nak jodoh satu :)

Itu sajalah kot untuk kali ni. Update sempoi-sempoi je. Malas nak update pasal #retis gaduh dengan artis. Haha. Ada beza iye disitu. Doakan je yang terbaik untuk semua pihak dan perkara macam ni tak timbul lagi.



|| kalau tak suka lu orang boleh pangkah siap-siap okey. Kalau suka boleh komen kot :)


Sekian, wassalam

5.6.11

Dunia Hari Ini

Assalamualaikum.




Dunia hari ini
Semakin hipokrit
Semakin binasa
Semakin kejam

Dunia hari ini
Menghalalkan haram
Membenarkan salah
Mencerahkan gelap

Dunia hari ini
Hilang akhiratnya
Hilang sopannya
Hilang kebenarannya

Dunia hari ini
Kembalikanlah sinar-Nya
Kembalikanlah hikmah-Nya
Kembalikanlah lindungan-Nya




|| sekadar renungan untuk aku, kau, saya, awak, kita, kamu, mereka, anda dan sesiapa saja



Sekian, wassalam

4.6.11

[MP3] Meet Uncle Hussien ft Hazama - Pokok

Assalamualaikum.

Jom layan lagu terbaru Meet Uncle Hussien feat Hazama.



Cuba korang hayati lirik lagu ini. Macam kena je dengan isu yang hangat kat dunia blog sekarang ni. Apa korang tak tahu? Korang blogger la kot, sebab tu tak tahu. Hihi.


first time aku dengar masa ni la.


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok



Ini yang hazama nyanyi. Download MP3 (klik sini)


Sekian, wassalam.

3.6.11

Aku Nak Bertindiklah

Assalamualaikum.




Jika diperhatikan, dewasa ni ramai yang sudah tidak peduli tentang hukum hakam. Bak kata orang, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Sebenarnya telah lama aku perhatikan benda ni, namun aku hanya mampu memerhati saja. Tapi untuk kali ini aku rasa terpanggil untuk membangkitkan isu ini. Mungkin segelintir dari kita menganggap hal ini remeh dan telah menjadi trend semasa.

Isunya, lelaki bertindik. Rasa jelik aku memerhati lelaki yang bertindik ni. Macho sangat ke? Cantik sangat ke? Aku cukup menyampah kalau jawapan yang diberikan seandaikan soalan yang diajukan adalah seperti berikut :

Soalan : Bukankah haram lelaki memakai perhiasan wanita?

Jawapan : Ala sekarang ni kan trend. So narrow minded la kau ni

Atau

Jawapan : Zaman sekarang lelaki dengan perempuan sama je.

Rata-rata yang aku perhatikan, lelaki yang bertindik ni mempunyai pendidikan yang tinggi. Namun, mana silap tentang didikan yang diberikan dan dituntut aku sendiri pun tak pasti.

Sebelum aku menaip tentang isu ni, aku ada gak membuat sedikit pembacaan. Jadi dengan pembacaan tersebut dapatlah disimpulkan di sini.



Hukum lelaki bertindik
Bertindik ni dikhaskan bagi wanita sebagai perhiasan untuk diri mereka. Jadi bertindik telah menjadi lumrah atau fitrah wanita.  Perbuatan ni adalah ditegah dalam Islam berdasarkan hadis berikut :

Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat orang yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan orang  yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547).

Oleh itu, hukum lelaki Islam bertindik adalah haram.



|| betulkan aku jikalau aku salah.



Sekian, wassalam



2.6.11

Aku Nak Bersara, Boleh?

Assalamualaikum.


Sedikit luahan hati aku.

gambar mungkin tiada kaitan

Tak faham aku dengan dunia blog sekarang ni. Macam-macam hal. Terasa mahu bersara je dari berblog. Naik jelik aku dibuatnya.




Sekian, wassalam.



30.5.11

Tanya Fahmi: Buli, Buli Dan Buli!!!!

Assalamualaikum





Kita terus ke agenda yang sebetulnya. Entri ni adalah entri untuk segmen dari abam #retis Fahmi. Dia dah ajak aku join segmen dia, jadi aku pun join je la, walaupun soalan untuk segmen dia banyak. Ahaha. Tapi kita redah kasi pecah je la okey.

Jom baca jawapan aku terhadap persoalan yang diajukan abam #retis tu.

1) Apa yang anda faham dengan perkataan buli?
Menurut kamus pelajar buli bermaksud bahagian tubuh manusia dsb yg menggelembung dan berisi sesuatu. Menurut aku pula, buli adalah perbuatan yang boleh menyebabkan kecederaan dari segi fizikal dan mungkin juga mental.


2) Anda ada pengalaman dibuli ataupun membuli? Kongsikan.
Secara jujurnya, aku tak pernah terlibat dalam aktiviti seperti ini, baik sebagai pelaku atau mangsa.


3) Kalau anda dibuli disekolah, apa anda akan lakukan?
Kalau takat kena tiup lampu sampai terpadam tu, bagi aku bukan benda berat pon. It's just for fun. Tapi kalau sehingga menyebabkan si mangsa cedera, meninggal dunia, perlulah diambil tindakan yang setimpal. Tindakan yang setimpal tu maksud aku, bukannya kita buli balik si pelaku atau apa. Ibu bapa, atau guru sendiri boleh sama-sama fikir tindakan yang sesuai. Tapi pastikan tindakan yang diambil tu bukan mengikut emosi.


4) Hayati situasi ini...Anda seorang yang sangat nakal dan pada suatu hari senior anda telah pukul anda untuk memberi pengajaran. Apakah tindakan anda? Mengadu kepada ibu bapa dan serang sekolah atau terima ia sebagai satu pengajaran?
Jadikan ia sebagai pengajaran sudah. Ibu bapa seharusnya jangan masuk campur sangat dalam kes budak-budak ni, sampai nak serang-serang sekolah mahupun pembuli. Setiap benda yang berlaku pasti ada puncanya, jadi cari punca dan selesaikannya secara rasional.


5) Hayati situasi ini...Anda mempunyai seorang anak yang sangat nakal dan perangai macam tutt..Tiba-tiba suatu hari dia mengadu ada senior pukul dia. Apa yang akan anda lakukan sebagai seorang ibu ataupun ayah??
Aku akan ucapkan padan muka. Bukan tak sayang anak, tapi macam aku cakap tadi, mesti ada sebab kenapa benda tu berlaku. Contohnya, anak aku tu kerek sangat ke, menjadi pembuli ke kan? Jangan percaya sangat kepada anak-anak anda 100%. Tipulah kalau anda sendiri tak pernah nak menipu walaupun sekali pada parents korang kan?


6) Apa pengajaran anda dapat dari segmen ini?
Bagi aku buli ni benda biasa yang terjadi bila duduk di hostel. Tak kira di sekolah, mahupun IPT. Buli tu boleh berlaku secara fizikal mahupun mental. Semua orang pernah membuli kot. Baik secara terang-terangan atau sembunyi. Pada ibu bapa jangan cepat melatah sangat. Kalau setakat buli tapi tak memberi kecederaan pada anak anda, chill je la. Ahaha.


7) Tag 2 orang kawan anda yang rasa-rasa mereka itu mangsa buli ataupun kaki buli
Sapa rasa nak join, pergi la join segmen ni, kat blog #retis ni ----> Fahmi





|| ini semua hanya pandangan peribadi dari aku.




Sekian, wassalam.


[MP3] Ernie Zakri - Kerinduan Bukan Teman

Assalamualaikum.





Just another new song. Seorang penyanyi baru yang berbakat besar. Pernah dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM 2009. Untuk tahu lebih lagi boleh google sendiri atau tengok kat sini dan sana.

Ini adalah single terbaru dari beliau. Jom dengar sambil berkaraoke




Yang pertama ku bukakan mata
Dari pejam ku yang tiada lena
Bayang majahmu menyentak
Jatungku sehingga berdegup kencang
Oh sakitnya

Yang terakhir ku pejamkan mata
Tika beradu di pentas lena
Bayang wajahmu berkunjung
Berdenyut resahku menanti malam tiada hujung

Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan


Yang teratas dilaras kalbuku
Di dalam celik ataupun lena
Ku impi kita kembali
Dipersatukan bertentangan mata
Seharusnya

(kerinduan bukan teman)
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

Kerinduan membara
Menjadi dendam yang tak daya ku pujuk ragam
Lalu berpusar bagai ribut
Yang melanda di jiwa

Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

(kerinduan bukan teman)
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

Dikala kau berjauhan
Dikala kau berjauhan



Kalau suka boleh download terus kat SINI





Sekian, wassalam.

26.5.11

Happy!

Assalamualaikum.




Akan berangkat pulang ke desa tercinta jap 9.30 malam. Jerteh to Kajang. Doakan saya selamat sampai ke destinasi yang dituju. Amiin ;)


|| akan update menggila cuti selama 3 minggu (>_-)





Sekian, wassalam.

20.5.11

Andai Di Sini Tempatku

Assalamualaikum.




Andai di sini tempatku,
Biarkan aku sendirian,
Biarkan aku berbicara,
Jangan kau menggangu,

Andai di sini tempatku,
Tinggalkan aku kesepian,
Tinggalkan aku sinaran,
Jangan kau menggugat,

Andai di sini tempatku,
Biarkan aku bebas,
Biarkan aku terbang,
Jangan kau menghalang,

Andai di sini tempatku,
Ingatkan aku selalu,
Ingatkan aku sentiasa,
Jangan kau berpaling,

Kerana aku manusia lemah,
Terkadang alpa dan lalai.








|| repost semula. sebab komen hari tu hilang ditelan blogger. hihi




Sekian, wassalam.

17.5.11

Exam Mood

Assalamualaikum.



Sekarang dalam study mood. Lepas final nanti insya Allah aku akan kembali mengganas mengupdate blog BSJ ni. Doakan aku mampu menyerap semua ilmu dengan baik.

Jadual final sem ni padat dan takde jarak okey. Ini jadual final untuk sem ni :

19 Mei (Khamis), 8.30-11.00 pagi - EDU 3104 (Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
23 Mei (Isnin), 2.30-5.00 petang - RBT 3106 (Rekabentuk Pakaian)
24 Mei (Selasa), 8.30-11.00 pagi - RBT 3105 (Kaedah Mengajar KHSR)
25 Mei (Rabu), 8.30-11.00 pagi - PJM 3106 (Anatomi dan Fsiologi)
26 Mei (Khamis), 8.30-11.00 pagi - BMM 3101 ( Pengajian Sukatan Pelajaran BM Sekolah Rendah)


Buat kawan-kawan IPG sekalian, all the best. Selamat Menduduki final. Go go chaiyok!





||tiket bas tak beli lagi woi.


Sekian, wassalam.

15.5.11

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Assalamualaikum.


Terima kasih kepada semua yang join segmen "Kalaulah Aku Seorang Guru". Walapun tak de la ramai mana yang join, tapi okey la kan. Blog picisan saja blog aku ni. Untuk review blog bagi segmen tersebut aku akan lakukan pada entri akan datang. Insya Allah.




Esok hari Isnin, 16 Mei 2011 bersamaan 13 Jamadil Akhir 1432H. Seperti yang kita sedia tahu, 16 Mei telah ditetapkan sebagai Sambutan Hari Guru di Malaysia. Tema sambutan hari tahun ini adalah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar saya dari tadika, sekolah rendah, sekolah rendah agaman, sekolah menengah, sekolah teknik, para pensyarah saya, guru-guru yang ada kat seluruh pelusuk Malaysia, bakal-bakal guru masa depan dan tak lupa juga pada diri sendiri. Semoga kita semua mampu mentransformasi para pelajar kita. Insya Allah. Semoga dengan sedikit pengorbanan dan keringat yang disalurkan buat pelajar kita mendapat keredhaan dari Allah Taala. Amiin.

Sesungguhnya, untuk menjadi seorang guru bukanlah semudah yang disangkakan. Terlalu banyak cabaran, rintangan, halangan dan etika perguruan yang perlu kita depani. Semoga mereka yang bergelar pendidik ini terus tabah dan gigih dalam mendepani cabaran itu. Jangan cepat mengalah. Jadilah seorang yang efektif dan produktif serta kreatif dalam menangani segala permasalahan. Tugas guru bukanlah sekadar mengajar tetapi mendidik.

Akhir kata, terima kasih kepada semua warga pendidik. Tanpamu siapalah aku hari ni. Sebagai penutup jom sama-sama kita baca sajak di bawah ni. 


Jika Hari Ini Seorang Perdana Menteri Berkuasa,
Jika Hari Ini Seorang Raja Menaiki Takhta,
Jika Hari Ini Seorang Presiden Sebuah Negara,
Jika Hari Ini Seorang Ulama Yang Mulia,
Jika Hari Ini Seorang Peguam Menang Bicara,
Jika Hari Ini Seorang Penulis Terkemuka,
Jika Hari Ini Siapa Saja Menjadi Dewasa,
Sejarahnya Dimulakan Oleh Seorang Guru Biasa.



Sekian, wassalam.

SEGMEN : Kalaulah Aku Seorang Guru

Assalamualaikum.


Lagi beberapa hari saja kita, warga Malaysia akan menyambut Hari Guru. Sehubungan dengan itu, BSJ ingin mengada satu segmen bersempena hari guru yang bakal menjelma nanti. Saja suka-suka.





Sudah teliti banner di atas? Kalau sudah baguslah. I wanna make it simple and easy for you all. Syarat nak join adalah seperti berikut :


1) Buat satu entri yang bertajuk "Kalaulah saya seorang guru..."
2) Entri tersebut haruslah tidak melebihi 150 patah perkataan. Kalau nak buat entri bergambar pon boleh juga.
3) Letakkan banner di atas dalam entri dan letakkan link ke entri ini.
4) Tinggalkan komen di entri ini.
5) 3 entri yang menarik, aku akan review entri/blog korang


Selamat menghasilkan entri yang menarik. Untuk sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruang komen atau shoutbox.


Penyertaan di buka sehingga pukul 10.00 malam, 15 Mei 2011 




Sekian, wassalam.

11.5.11

Sejahtera Sentiasa

Assalamualaikum.


Selamat pagi semua. Mengharapkan hari ni lebih baik dari hari yang sebelumnya.



Dalam menjalani kehidupan seharian, kita perlulah bersemangat dan sentiasa bersyukur kerana kita masih diberikan peluang oleh-Nya untuk membaiki kelemahan pada hari semalam. Biarlah apa jua yang kita buat niatnya hanya kerana Allah SWT. Kerana kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan segalanya.

Semoga kita dilimpahkan rahmat oleh-Nya sentiasa. Insya Allah.



Sekian, wassalam.

9.5.11

Trivia Siapa BSJ

Assalamualaikum.


Aku tahu bukan semua yang kenal aku secara face to face. Jadi untuk post kali ni saja lah nak bagi trivia tentang diri aku ni. Ahaha.


- Seorang bakal guru Kemahiran Hidup yang sengal lagi masuk air.
- Suka pada budak-budak yang comel tapi kurang sabar dengan karenah mereka.
- Suka penulisan yang berpuitis dan sukar ditafsir oleh sesetengah orang tapi sebenarnya berhati batu dan tak romantik langsung.
- Lebih gemar membaca blog orang yang tak femes tapi best berbanding blog yang femes tapi tak best.
- Cepat marah pada mereka yang suka melakukan perkara yang kurang digemari, lagi-lagi kalau sudah ditegur.
- Berkawan dengan ramai perokok tegar, tapi bukan seorang perokok dan tak suka asap rokok.
- Dari segi berpakaian pula, seorang yang simple. Biar tampak kemas dan bersesuaian dengan diri.
- Akan bermulut longkong jika berhadapan dengan mereka yang bermulut tempayan yang letaknya dalam longkang.



Aku rasa setakat tu saja kot untuk kali ini. Lain kali aku bagi lagi trivia. Ke korang nak tambah, silakan? AHAHA



Sekian, wassalam.

8.5.11

Imbas Kembali

Assalamualaikum.



- Dulu masa kecil-kecil aku selalu kena libas dengan tali pinggang abah oleh mak. Liat nak solat punya pasal.
- Time tadika, kalau mak tak hantar aku tak nak pergi tadika.
- Masa sekolah rendah, aku liat nak bangun pagi. Jadi mak akan heret aku masuk bilik air dan jirus aku dengan air, gosokkan gigi aku, sabunkan aku.
- Tabiat aku dulu sebelum tidur mesti nak kena minum milo dulu, aku gesel-gesel kat mak je dia dah tau da apa aku nak. Haha.
- Naik sekolah menengah, mak akan bangun sebelum subuh sebab nak kejutkan aku bangun mandi sebelum abah mandi untuk pergi sekolah. Pastu, mak akan buat milo untuk aku minum sebelum pergi tunggu bas pukol 6.30 pagi.
- Lepas aku masuk teknik, aku lebih banyak berdikari. Masa apply tu, mak suruh mintak yang dekat je. Katanya senang kalau ada pape nanti. Padahal dia, risaukan aku. Hihi.
- Sekarang aku belajar jauh. Kalau tak telefon mak, mesti dia buat ayat touching dengan aku. Kata aku dah lupa dia.
- Kalau aku tak ada kat rumah waktu-waktu malam macam ni, memang sunyi je rumah. Sebab kat rumah dah tak ada siapa dah.


Terima kasih untuk segalanya. Ini lagu khas untuk mak. Hihi :)




Best tak mak. You are my girlfriend ever! 




|| aku memang agak manja dengan mak. so, ada aku kisah korang nak ngata aku? haha


Sekian, wassalam.


6.5.11

Kalaulah

Assalamualaikum.




Kalaulah...








|| sambung sendiri la ok



Sekian, wassalam

3.5.11

[MP3] Misha Omar - Detik Antara Waktu

Assalamualaikum.


Jom layan lagu baru dari album baru Misha Omar. Aku sangat adore dengan beliau. Kalau dengar suara beliau menyanyi boleh buat bulu roma aku meremang.



Berlinangan air mata
Bibir membisik angin mendayu
Dalam hati tanda tanya
Mengapa diri ku

Terketar-ketar terhayun jiwa
Menghadap detik antara waktu
Bila duka kini bertukar
Jadi cinta yang membawa ku

Seharus sutera cinta mu
Bisa melenyapkan kesan parut luka
Oh kasihku oh sayang ku

(Chorus)
Harusnya aku mencintai mu
Setiap kali ku terdengarkan nama mu
Harusnya aku mendekati mu
Setiap kali ku terbayangkan wajah mu

Cinta kita tak akan tersisih
Dari apa yang telah ditentukan takdir
Oohhh

Harusnya aku mencintai mu
Setiap kali ku terdengarkan nama mu
Harusnya aku mendekati mu
Setiap kali ku terbayangkan wajah mu

Aku kan selalu menyayangi mu
Walaupun ku harus meniti detik antara waktu
Oohhh
Menantikan detik antara waktu


Untuk mendowload : KLIK SINI



|| walaupun lagu ni sangat slow, tapi okey la.



Sekian, wassalam.

2.5.11

Bila Dia Sudah Jatuh Cinta

Assalamualaikum.




Mata ke mata
Menjadi suka
Kata ke kata
Menjadi cinta
Hati ke hati
Menjadi janji

Bila dia sudah jatuh cinta.




|| dia adalah subjek. dia adalah bukan aku. kalau tak faham. faham-fahamkan jela okey :P


Sekian, wassalam.
Blog Widget by LinkWithin