30.1.11

[MP3] Bawa Kau Pergi - Akim

Assalamulaikum.


Kali ni aku nak ajak korang semua layan lagu yang best bagi aku. Dengan alunan muzik yang sentimental, lirik yang penuh maksud tersurat dan tersirat serta kelunakan suara penyanyinya. Berulang kali juga la aku dengar lagu ni. Jiwang habis. Hehe.

  sumber : afiqhakim.com



Kini ku kenal hatiku
Dan kini ku tahu apa sebenarnya
Kemahuanku selalu

Di depan mata tak hilang ke mana
Percayalah naluri berkata
Jangan ku diragu lagi
Terimalah segala seadanya
Agar tiada rugi lagi

Chorus
Akan ku bawa kau pergi
Ke destinasi seindah pelangi
Akan ku bawa kau pergi
Bukan sementara tapi selamanya

Hilang segala celaru
Berganti pasti dan menjadi aku
Percayalah naluri berkata
Jangan ku diragu lagi

Terimalah segalanya seadanya
Agar tiada rugi lagi

Ulang Chorus 2X

Kini ku kenal hatiku


Mahu jadikan lagu ni koleksi peribadi anda? Klik sini untuk mendownload.



|| Si Comot


Sekian, wassalam.


RBT3106 - Reka Bentuk Pakaian

Assalamualaikum.

Selamat malam sabtu. Selamat berhujung minggu. Selamat bercuti.

Untuk kali ini aku ingin share gelagat kami untuk subjek RBT3106, Reka Bentuk Pakian. Subjek ni adalah subjek yang mempunyai amali. Subjek ni bukan saja menguji kami, pelajar RBT seluruh Malaysia dari segi kreativiti, skill, tenaga, mental dan kesabaran kami turut di uji. 

Kreativiti untuk menghasil pakaian yang cun lagi cantik. Skill menjahit perlu juga di asah setajam yang mungkin. Tenaga kami diperlukan untuk belajar menjahit selama 5jam seminggu. Tekanan yang diberikan juga menguji ketahanan mental kami. Selain itu, karenah pensyarah yang bekeng, menuntut kami untuk lebih bersabar.

Jom layan gambar dulu.

 cika sedang membuat pola blouse 

 akim sedang membuat pola kemeja beliau

istiqomah sedang menyusun pola di atas fabrik

klik sini untuk banyak lagi gambar


Kepada adik-adik, yang ada memohom untuk kemasukan ke IPG sesi 2011, terutama yang memohom course Reka Bentuk dan Terknologi (RBT) jangan takut dan gentar. Inilah harga yang perlu dibayar dalam perjalanan untuk mencari ilmu. Biar pahit mana pun pengalaman yang ditempuhi, percayalah kejayaan yang akan dikecapi adalah lebih manis dari gula.




Sekian, wassalam.


27.1.11

Khamis Sudah

Assalamualaikum.

Selamat pagi Khamis buat semua readers.

Hari terakhir kuliah. Kelas start 8 pagi berlanjutan sehingga 2.30 petang mungkin. Kalau lecturer baik hati mungkin sampai 1.30 petang saja. Hehe.

Selepas itu boleh siap-siap packing untuk pulang ke kampung malam ni. Yahoo! Cuti seminggu okey. Apa-apa pun doakan aku sampai dengan selamat ye. Bas aku pukul 8.30 malam.




Cuti seminggu ni mungkin seronok, mungkin macam bosan je. Kalau elaun masuk seronok, kalau tak sebaliknya la yang berlaku.


Okey, mahu gerak ke role call pagi.




|| aku bajet macam mahu buat bisnes header la. agak-agak ada orang nak hire aku x?


Sekian, wassalam.

26.1.11

Bloglist Sandiwara Seorang Insan@Syafiq Rosli

Assalamualaikum.





klik gambar untuk terjah blog beliau :)


Oleh kerana malam ni aku malas nak update entri yang macam tak best, maka aku berblogwalking saja lah. Dalam berjalan-jalan, berlari-lari dan kadang-kadang merangkak aku semacam seronok mahu join bloglist Syafiq Rosli.

Just, buat simple entry untuk aku di senaraikan dalam bloglist beliau. Maka terhasil la entri yang simple dimple pimple ni.

Anda yang mahu join, pergilah terjah blog blogger kacak tersebut, Syafiq Rosli. Cepat-cepat sebelum terlambat.





|| amacam bro, besar kau punya gambar aku tepek. hehe


Sekian, wassalam.

24.1.11

Pengutip Hati

Assalamualaikum.





Melayang entah ke mana,
Habis semuanya bertaburan,
Berlari entah sampai mana,
Hilang segalanya bertempiaran.

Kamu!
Si Pengutip serpihan hatiku,
Kemana kau mahu bawa ia?
Jangan kau tegar melukaiku,
Jangan kau  sanggup berpaling tadah,

Hatiku adalah untuk kau,
Simpan ia sehabis baik.




Sekian, wassalam.

23.1.11

Siapa Punya Header Paling Cool?!

Assalamualaikum.

Selamat petang ahad semua. Mood blogging kali ni lebih kepada menyertai contest saja kot. Hehe. Tadi berjalan-jalan dari blog ke blog yang lain. Aku ternampak contest ini dari blog Emora. Jadi macam terseronok je nak join contest ini.

Silalah baca tajuk entri ni. Harap anda sudah faham mengenai apa contest ni. Here we go.


Contest ini dianjurkan oleh Mujuez. Untuk syarat dan terma boleh lah terjah blog Mujuez sendiri okey.



Mengenai header itu, gambar itu diambil ketika photoshot oleh aqeelstudio untuk pre-wedding abang aku tahun lepas. Aku hanya menoda perisian PS yang terdapat dalam lappy aku semalam sejam je untuk mendapatkan hasil yang sebegitu. Harap maklum.

Mari doakan aku berjaya reramai dan berjemaah supaya boleh menang hadiah-hadiah yang ditawarkan. Sebelum mengakhiri entri contest ni, aku mahu meng-tag

- Cik Lulu
- Kak Alie
- Akim
- lagi 2 orang tak tau nak tag sapa dah. sesiapa yang mahu join, dialu-alukan :)




Sekian, wassalam.

22.1.11

I'm Sorry

Assalamualaikum.




Counting day for Chinese New Year break. Before that, i must settle down all my assignment/work as soon as possible.

Been busy lately. So busy. I have to slow down blogging activity.

Sorry guys.



That's all, wassalam.

18.1.11

JINKAMEN Giveaway

Assalamualaikum.





Sudah lama tak join Give Away atau Contest. So kali ni, aku di tag untuk join simple Give away anjuran JINKAMEN oleh rakan blogger yang bernama MAMAT.

Berikut adalah gadjet kesayangan aku.

1) Compaq Presario CQ40


aku selalu gunakan untuk membuat assignment, online, tengok movie, edit gambar dan sebagainya yang berkaitanlah.


2) Sony Ericsson U100i (Yari)


untuk kegunaan sehari-harian. Berhubung dengan mak aku, si comot, kawan-kawan dan untuk hal-hal yang berkaitanlah.

Bila sudah di tag mesti la kena tag orang lain pula kan? Jadi aku mahu tag

- Istiqomah
- Jaya Jr
- Alie


|| headphone dan earphone aku semua sudah musnah. harap-harap menang la GA ni. hehe


Sekian, wassalam.

16.1.11

XPDC Menawan Bukit Kluang.

Assalamualaikum.

Apa cerita hujung minggu anda? Adakah terisi dengan sesuatu yang berfaedah lagi bermemori? Apa tengok wayang? Tidak menarik langsung. Aku pergi tengok keindahan Tuhan. Jadi hati aku lebih tenang dan ceria.

Kalau orang lain sibuk mahu menakluki Broga Hill, aku takluki Kluang Hill, Besut je. Sebab itu yang termampu dan terdekat. Nak daki hari-hari pun boleh saja. Tapi kau daki sorang-sorang saja la.
Baiklah sebelum aku menampal gambar banyak-banyak kat sini, meh aku cerita serba sedikit perihal mendaki ini. Kami berkekuatan 6 orang remaja awal 20-an, 2 lelaki yang gagah perkasa dan 4 gadis melayu terakhir. Mula mendaki dalam pukul 8.30 pagi dan berjaya turun pada pukul 10.30 pagi. 

Mari layan gambar kami.

 mari mendaki. tangga yang curam.

 posing bersama-sama. self timer.

 itu pulau rhu. saya sudah sampai dengan berkayak saja.

 separuh perjalanan. tetap maintain.

 ini katak. 

 persisiran pantai bukit kluang.

kami telah selamat turun. self timer again.

Last but not least, gambar tuan punya blog wajid ada. 

jauh di mata, dekat di hati. capture by istiqomah.

|| more picture, click here.



Sekian, wassalam.

13.1.11

Engkau dan Aku

Assalamualaikum.





Kita berjumpa,
Tanpa bersua,
Aku kata cinta,
Sayang ungkapan kita.

Biar jauh berbatu,
Aku rela bersatu,
Engkau jua setuju,
Cinta kita satu.

Marah gaduh biasa,
Resam hidup berdua,
Bahagia di dunia,
Akhirat abadi selamanya.




|| ♥ si comot

Sekian, wassalam

11.1.11

Cinta Sempurna - Yuna

Assalamualaikum.

Another lovely song. Walaupun tak menang, I realy heart her.






|| i love you, BUDAK COMOT


Sekian, wassalam.

10.1.11

Sofea Jane - Black

Assalamualaikum.



Semalam telah pun kita ketahui siapa yang menggolong kejuaraan di Anugerah Juara Lagu ke-25. Tapi sekarang ni bukan aku nak bercerita atau komen atau membangkang atau apa-apa saja. Aku sangat suka pada lagu Sofea Jane nyanyian Black. Jadi mari kita layan nyanyian beliau pada malam Anugerah Juara Lagu malam semalam.



Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Chorus
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Ulang chorus



|| ♥ si comot



Sekian, wassalam.

8.1.11

Hangat dan Dingin

Assalamualaikum.


 picture from ; aqeelstudio.com
re-edit ; zikeryhassan


Dingin malam ini,
Tapi tidak ku rasa,
Kerana limpahan kasihmu,
Menyelimuti tubuh aku,
Sehingga hangatnya terasa.

Hangat hari semalam,
Seperti tak terasa,
Kerana hembusan nafasmu,
Penyejuk tubuh ini,
Sehingga dingin rasanya


Sekian, wassalam









3.1.11

Gambate!

Assalamualaikum.


Apa macam hari isnin pertama pada tahun 2011 ni? Harap semua berjalan lancar seperti biasa lah. Kalau jalan bertambah jem, itu normal lah bila sesi persekolah baru di buka. Ada yang gembira, ada yang sedih. Walau apa pun reaksi serta perasaan yang tercipta, itu adalah hadiah bagi sebuah kehidupan :)

Hari ini juga bermulanya semester baru. Kelas pagi tadi berjalan lancar dan okey. Alhamdulillah. Kelas petang tadi pun boleh tahan. Biasalah semua subjek awal-awal ni tajuk introduction saja. Walaupun intro saja, jangan pandang lekeh. Boleh mempengaruhi tempoh pembelajaran.

Result last semester, Alhamdulillah. Meningkat dari sebelum ni. Harus dipertingkatkan usaha lagi untuk semester ini. Kehidupan aku sebagai pelajar sudah kembali lagi.



 this semester time table.
klik untuk tumbesaran


1st day for this semester


Sekian, wassalam.

2.1.11

Sepemergian

Assalamualaikum.


Tataplah gambar-gambar sepanjang aku tidak update blog. Just enjoy the show okey.

selamat tinggal semenanjung ;)


 puncak tertinggi di Malaysia


 Tip of Borneo, Simpang Mengayau


snorkeling di Pulau Manukan.


Waktu berjimba-jimba telah tamat. Sekarang waktu untuk mencairkan otak yang telah tepu bakal bermula. Tahun baru, pastinya punya cabaran yang baru juga barangkali.



Sekian, wassalam.

Blog Widget by LinkWithin