29.4.11

Kisah Kita

Assalamualaikum.





Sekadar berteman,
Itu yang kau pinta,
Aku hanya menurut,
Andai itu kehendakmu,

Sekadar berkawan,
Itu yang kau katakan,
Aku hanya menurut,
Andai itu pilihanmu,

Kita berkawan saja,
Itu yang aku terapkan,
Tapi mengapa menjauh,
Atau kau hanya berpura,

Kita berteman biasa,
Itu yang aku fikirkan
Tapi mengapa menjauh
Atau kau mahu berpisah,

Semakin kita menjauh,
Aku tipu diri sendiri,
Perasaan lain muncul,
Aku fikir itu sebabnya,

Semakin kita berlari
Aku terasa merinduimu,
Perasaan lain muncul,
Aku tak mahu begini,

Berikan aku kepastian,
Agar kita jelas semuanya,
Jangan permainkan perasaan kita,
Biar kita boleh tenang.





|| harap kamu bisa mengerti dan memahami


Sekian, wassalam

28.4.11

New Born

Assalamualaikum.


source : aqeelstudio

This is good news. Bertambah seorang lagi ahli keluarga Hj Hassan Ahmad. Anak buah aku yang ke-21. Ahaha. Korang ada?


His name, Areef Rayyan. Nama nak glemer je. Born on 28 April 2011 at 1015 am


Jom kira bilangan famili aku :

Adik beradik = 13 orang termasuk aku (8 lelaki, 5 perempuan)
Anak buah = 21 orang (13 lelaki, 8 perempuan)
Ipar duai = 6 (3 lelaki, 3 perempuan)

Jumlah = 42 orang termasuk mak dan abah :)



Sekian, wassalam.

26.4.11

Cinta dan Sayang

Assalamualaikum




"cinta bermakna biarkan ia bahagia. sayang bermakna biarkan ia bebas." 



Just simple quote and deeply meaning :)


Sekian, wassalam.

25.4.11

Trip To Gambang Waterpark

Assalamualaikum.



Ini adalah kesinambungan dari entri yang lepas. So kali ini, takde da teka teki ke apa. Aku nak cerita serba sedikit tentang pengalaman aku dan classmate aku pegi bersuka duka di Gambang Waterpark. Banyak peristiwa yang menarik juga agak kelakar dan duka sedikit. Orang kata, luas perjalanan bertambah pengalaman. Jadi kami semua menimba sedikit pengalaman sepanjamg perjalanan kami pergi dan balik. Huhu.

Perancangan asal mahu pergi satu kelas (boys and girls) dengan kami punya tutor. Tapi disebabkan beberapa masalah serta kekangan yang tak dapat dielakkan, maka kami (boys) ambil keputusan untuk pergi sesama kami je.

Kami bertolak pada hari khamis dalam jam 4 petang dan sampai ke Kuantan jam 10 malam. Sesampai sana, kami cari hotel untuk check in bagi tempat tidur. Then, kami pergi makan kat area Sungai Kuantan. Lepas makan, balik bilik dan tidur. Jumaat pagi, kami bertolak ke Gambang Waterpark. Time nak pergi ni la timbul sedikit masalah teknikal. Namun, kami berjaya atasinya. Alhamdulillah. Lama juga kami bermandi-manda kat waterpark tu. Hehe.

Selesai bermandi ingat nak gerak balik Kuala Terengganu terus. Tapi diesebabkan masalah teknikal pagi tadi, kami tangguh plan tersebut. So, malam tu masing-masing penat gila lepas makan kami balik bilik dan tidur sampai pagi esok. Ahaha.

Sabtu pagi, kami berjalan-jalan dulu kat Kuantan. Shopping-shopping sikit. Then, gerak balik ke Besut. Banyak gak yang berlaku sepanjang perjalanan pulang ni. Alhamdulillah kami semua selamat sampai di IPG tercinta lebih kurang jam 10 malam. Sebab kami singgah makan di Kuala Terengganu dulu.

So jom layan gambar-gambar kami yang kacak lagi hensem.


 muka excited kami :)

 reflection

 jejaka macho

 termuntah la plak

 view kat area coco beach

bergambar kenangan dengan ahli rombongan. terima kasih akak :)


|| hidup mesti diteruskan. walaupun kadang kala ia pahit untuk diharungi.



Sekian, wassalam.

24.4.11

Teka Teki

Assalamualaikum.


Kalau korang terer lagi hebat silalah teka di mana tempat ini.


picture quality : SE Yari

Sedikit hint, bertempat di Pahang. Selamat meneka dan berteka teki. Full  entri berkenaan tempat ini akan aku update lewat sedikit. Sekarang ni aku tengah tunggu gambar dari tuan punya DSLR.



|| ni bukan peraduan teka teki okey. ni juga sebab aku tak update blog beberapa hari.




Sekian, wassalam.

Futsal Oh Futsal

Assalamualaikum.


Apa khabar kamu semua? Ada sihat ke? Sori sebab tak update blog beberapa hari ni. Bukan busy study sangat
pon sebenarnya. Busy berfoya-foya je. Hehe. Sepatutnya entri untuk kali ini aku update malam rabu lepas. Tapi disebebakan beberapa masalah teknikal maka baru hari ni aku berkesempatan nak update.

Seperti semester-semester yang lepas, budak-budak lelaki batch aku akan mengadakan Futsal Tournament. Aktiviti ini bagi merapatkan lagi ukhwah sesama kami. Pertandingan kali ini diadakan pada 20 April 2011 jam 2.30 petang dan bertempat di Gelanggang Futsal Kg. Raja, Besut. Sebanyak enam pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan dibentuk mengikut unit/kelas masing. 

Walaupun pasukan kami tak berjaya menjadi juara pertandingan kali ini, tapi aku rasa enjoy je. Sebab benda ni untuk suka-suka je. Sekadar menghilang tension dan stress. Walaupun untuk kali ini, kami dituduh menjual game. Ahaha. Yang penting kami enjoy.

Sebagai penutup tataplah gambar-gambar yang sempat di-snap oleh mak cik pembuat sandwich. Btw, thanks for the sandwich. 


team aku. sila abaikan mak cik pembuat sandwich itu.

bergaya bersama hamper kekenyangan. ahaha.



Sekian, wassalam.

19.4.11

Lelaki, Perempuan dan Memasak

Assalamualaikum.


Seperti yang diketahui umum, kebanyakkan chef-chef yang hebat dan terkenal adalah terdiri dari kaum lelaki. Bukan mahu menafikan sehebatan kaum hawa. Bagi aku masakan mak aku adalah terbaik jika mahu dibandingkan dengan masakan chef terkemuka. Namun, bukan itu yang aku mahu bicarakan untuk kali ini. Bicara kita untuk kali ini adalah kepandai memasak.




Apa pendapat korang tentang ini. Lagi-lagi kaum hawa. Adakah lelaki yang pandai memasak seperti aku yang menjadi pujaan hati korang? Bagi lelaki sendiri, adakah kegiatan memasak hanya orang perempuan je yang perlu pandai. Aku rasa sebagai seorang lelaki juga kita harus dan boleh jadi wajib kot untuk pandai masak.

Cuba korang bayangkan kalau korang duduk bujang, takkanlah korang nak habiskan duit korang untuk makan kat kedai saja kan? Pastu, bila sampai hujung bulan atau hujung sem mencekik maggi je. Pendapat aku, lebih baik korang memasak sendiri. Sedap tak sedap itu belakang kira. Janji saving dan perut kenyang. Kepandaian memasak tu korang boleh asah. Macam aku mula masak dulu, memang tunggang langgang juga dapur aku kerjakan. Rasa masakan aku, tak yah cerita lah kan? Janji lepas untuk diri sendiri tu pun da cukup baik da. Practice makes perfect right?

Bagi kaum hawa pula, jangan ingat dunia serba canggih ni korang tak perlu terer memasak pula. Aku yakin, ada segelintir dari kaum perempuan yang tak reti dan allergic untuk masuk ke dapur dan memasak. Kalaulah korang macam tu, memang takde kot mak mertua yang nak kat korang. Hehe. Dengan kehebatan korang memasak juga, mampu menambat hati suami korang tau. Air tangan korang juga mampu memberi kebahagiaan seisi keluarga. Kalau hari-hari makan kat luar, baik korang bagi je suami korang tu kahwin dengan tukang masak kat kedai tu. Tu pun kalau tukang masak tu perempuan la. Jadi kalau tak pandai, maka belajarlah.




So kesimpulannya, tak kisah lelaki atau perempuan kenalah pandai memasak. At least kalau time terdesak takde la kebulur dan kelaparan kan? Kalau tak reti, belajarlah. Tak salah dan tak rugi pun kalau korang pandai memasak.





|| aku selalu masak kat hostel. ahaha. walaupun tak boleh. 




Sekian, wassalam

Penafian Perasaan

Assalamualaikum




Pertama kali  berkenalan
Hanya sekadar teman
Antara kita tiada perasaan

Kini jadi tak keruan
Kerana kita berjauhan
Telah wujud sebuah perasaan

Hati kini bagai berpautan
Diri bagai menafikan
Terlalu takut dihampakan





|| biar takdir menentukannya.




Sekian, wassalam.

18.4.11

Tutorial Besarkan Gambar

Assalamualaikum


Selamat pagi isnin semua. Pagi ini aku pergi kelas lambat, tak macam selalu. Haha. Jadi silalah contohi aku okey. Kalau korang semua selalu baca entries kat blog aku ni, korang akan perasan bahawa gambar-gambar yang aku tepek mesti dalam saiz yang besar kan.

Jadi kali ini aku nak ajar korang untuk resize gambar korang untuk mendapat gambar macam yang aku selalu buat. Ilmu baik, perlulah dikongsi-kongsi kan?



Korang perhatikan gambar kat atas tu. Itu adalah situasi dimana apabila korang dah compose korang punya entri dan korang dah upload gambar untuk dimuatkan dalam entri korang. Pastikan, korang sudah large kan gambar korang tu tau. Just tukar dari mode compose ke mode edit html. Bila korang da tukar, ia akan jadi macam tu.

Nampak word yang aku highlightkan tu? Yang merah, hijau dan biru. Korang just tukarkan nombor-nombor tersebut saja.

Sebagai contoh di blog aku, merah tu aku akan buat 350 untuk height nya. Untuk yang biru iaitu width nya aku buat 550 dan yang berwarna hijau itu untuk resolusi gambar tersebut aku tukarkan menjadi 700.

Bila da tukar semua tu, korang switch balik ke mode compose. Then, klik preview. Kalau okey korang boleh pulish terus. Kalau tak okey korang adjust la lagi.

Harap tutorial yang tak seberapa ni dapat membantu korang untuk mencapub gambar dengan besar gajah. Kalau ada kemusykilan boleh tanya aku. Mana yang aku boleh bantu aku akan bantu.



|| mari ke kelas :)


Sekian, wassalam.

17.4.11

Just Break The Rules

Assalamualaikum.


just break the rules and who care?


Hari terasa panas di hati. Sepanas cuaca di sini. Kami tahu kami sekadar orang bawahan, namun adakah  suara kami tak layak untuk di dengari? Lepas isu pagar berkunci, kini timbul pula pemakaian cirikan seorang "guru" pula dikeluarkan. Macam-macam idea "bernas" yang mereka keluarkan. Alasan yang diberi klise dan mudah. Mahu membentuk disiplin dan perwatakan guru.

Minta kami memberi saranan dan pendapat. Tapi apa yang jadi? Sekadar didengari dan tiada tindakan susulan. Jadi tak hairanlah makin hari makin "tinggi" perwatakan guru kami. Bukan ingin menjatuhkan reputasi, tapi sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku.

Memetik ayat dari NYDP JPP kampus aku

"Menjadi pentadbir yang hanya tahu membuat dasar namun tidak meletakkan diri mereka pada tempat orang yang ditadbir, merupakan satu perbuatan yang cukup memalukan. Usah bicara perihal demokrasi jika peluang untuk wakil-wakil kepada yang ditadbir untuk berbicara, dicantas"

Malas nak cakap atau taip panjang-panjang. Sebab suara kerdil seperti aku ini mana nak didengar apatah lagi diperhalusi untuk diambil tindakan. Apa yang aku boleh kata, jangan sampai kami buat rusuhan. Ahaha.

Thanks, kamu yang buat saya tersengih-sengih macam kerang busuk. Jangan tanya aku siapa dia. Kamu tahu kamu siapakan :)

Sekian, wassalam.

16.4.11

Edisi Test

Assalamualaikum.





Selamat berhujung minggu semua. Hari ini takde benda sangat nak cerita sebenarnya. Saja gedik nak update blog aku yang agak suram ni. Pertama-tama kali aku nak ucap terima kasih kepada semua yang telah follow, bakal follower dan yang tak nak follow sebab sudi baca coretan yang mengarut dari aku.

Sekarang ini, sepatutnya aku perlu switch mood aku dari berseronok-seronok kepada study stado. Ahaha. Tapi yang jadi ialah aku lebih busy update blog, update status FB dan tweet di twitter. Kemalasan yang sedang menebal dalam jiwa aku akan mengakibatkan aku mengabaikan sekejap pasal pelajaran aku. Sekejap ke masalahnya?

Esok petang, aku akan menduduki test WAJ 3106 - Hubungan Etnik. Aku masih belum study pape lagi korang tahu? Roomate aku sangat tekun kot study. Sebelum aku merepek dengan lebih panjang. Baik aku pergi, ye dak?

Sekian, wassalam.

Kopi Menunggu Petang

Assalamualaikum.




Ini adalah entri republish. Entri ini diterbitkan masa aku mula berblog dulu.






Ramai antara kita menyimpan cita-cita, bekerja keras sekarang supaya apabila sampai masa pencen nanti dapat banyak berehat. Kita merasakan apabila berumur 56 ataupun 58 tahun, kita dapat mengurangkan bebanan dan tanggungjawab. Bangun pagi, sesudah solat Subuh dan membaca al-Quran, dapat baca surat khabar sambil minum kopi, kemudian berehat menunggu petang.



Apabila petang, bersandar di kerusi malas di hadapan halaman rumah sambil makan kuih muih serta juadah lain, sementara menunggu datang waktu malam. Akan tetapi apabila datang saat demikian, kita tahu sebenarnya kepenatan dan tanggungjawab berlipat kali ganda di hadapan kita. Kita menjadi cepat sensitif. Kita mahu dikenali, diingati dan berbegai-bagai perasaan yang sesuai dengan naluri orang pencen. Seorang yang sibuk pada usia muda terus sibuk pada usia tuanya. Apabila dia sibuk mencari harta, dia terus sibuk mencari harta, tidak senang berada di rumah, minum kopi menunggu petang.


Sebabnya, apa-apa yang kita lazimkan sehari-harian, maka pada usia tua menjadi tabiat yang sukar hendak dibuang. Orang yang suka bangun pagi pada usia muda, dia akan bersikap sedemikian walaupun sudah lanjut usia 80 tahun. Orang yang suka membebel mulutnya pada usia muda, demikian juga pada usia tuanya. Itulah tabiat yang patut benar kita belajar membentuk tabiat sejak muda supaya tabiat itu melekat sampai ke tua.





||sama-sama kita renungkan :)


Sekian, wassalam.

13.4.11

[MP3] Nazim Othman - Cinta

Assalamualaikum




Kali ini aku nak share dengan korang sebuah lagu yang jiwang lagi leleh. Ahaha. Aku agak terkejut gak sebenarnya. Ingat penyanyi lagu ni pandai berlakon je. Rupanya beliau pun boleh menyanyi gak. Suara beliau boleh aku sifatkan not bad lah. Beliau yang aku maksudkan adalah Nazim Othman. Lagu ni juga merupakan lagu OST Begitulah Cinta. Drama ni pernah bersiaran di slot Akasia TV3 tak lama dulu. Jom kita layan lagu ni jom.



Dengar bisikan rinduku 
Kepada dirimu sayang
Namamu takkan terpadam di jiwa ku
Tak sanggupku menanti masanya
Untukku hidup bersama kamu
Selama-lamanya

Apa yang ku ingin 
Ku pastikan terjadi kasih
Ku impikan mahligai
Yang penuh ku hiasi
Dengan bunga-bunga hati

Ranjau penuh duri juga lautan api
Gagah aku redahi
Tak mungkin akan ku lupakan segala
Janji jaga dirimu

chorus

Oh sayang, oh cinta, oh kasih
Setia selamaynya
Ku pinta, ku rayu,
Jangan kau pergi dariku

Hatiku hanya ada padamu
Membuatkan nadi terhenti berlagu
Bila kau tiada di sisi ku

Hooooooo

Hidup tak beerti
Hilang tiada ganti
Cintaku cinta sejati

Oh sayang, oh cinta, oh kasih
Setia selamanya
Cinta...


Untuk memuat turun pemain MP3 : Nazim Othman - Cinta mp3





Sekian, wassalam.


12.4.11

Minggu Orientasi UBM | Mari Berkenalan

Assalamualaikum.

Entri malam ni lebih sampai dan sempoi sikit. Entri berbentuk jiwang karat lain kali kita update. Hehe. Untuk kali ini aku mahu submit esaimen pertama selepas aku menjadi pelajar UBM.

Firstly, aku nak cerita sedikit latar belakang UBM ni. UBM adal singkatan bagi Universiti Blogger Malaysia. UBM ni baru je ditubuhkan dan sudah ramai yang mendaftar sebagai pelajar. Syarat untuk mendaftar sangat mudah, asalkan korang ada blog. 

Berikut adalah soalan esaimen kali ini berserta jawapan aku :

1. Letakkan banner UBM dalam entry anda.



2. Nama anda dan nama blog anda.
Muhammad Zikery Bin Hassan nama diberi. Kawan-kawan panggil aku ziq. Nama pena yang aku guna untuk blog ialah Zikery Hassan. ZH for short. Nama blog aku telah beberapa kali ditukar. Hampir 5 kali juga dan sekarang aku menggunakan Bicara Selipar Jepun (BSJ). Alhamdulillah, ramai yang mulai kenal tentang BSJ ini. 

3. Sejak bila mula berblog.
Blog ini mula beroperasi sejak 30 April 2008. Bermakna blog aku sudah hampir 3 tahun aku berblog. Blog ini juga akan meraikan ulang tahunnya tak lama lagi. Yeay!

4. Apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.
Aku melihat dunia blogging di Malaysia kini sudah berkembang pesat. Dapat kita lihat semua peringkat umur sudah mempunyai blog sendiri. Genre bagi setiap blog juga telah pelbagai. Dari dairi peribadi sehingga perkongsian maklumat dan isu-isu semasa. Perkembangan ini sesuatu yang positif dalam melahirkan modal insan yang sentiasa berfikiran kreatif dan kritis.

5. Pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.
Penubuhan IPTM ini sesuatu yang positif dalam melahirkan generasi blogger yang lebih berpengetahuan dan berilmu. Diharap dengan tertubuhnya UBM ni juga semua pelajar dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan sedia ada mereka.



Untuk maklumat lanjut :

Blog UBM : http://ubmalaysia.blogspot.com/
Facebook Page : Universiti Blogger Malaysia
Ping Site : UBM Ping Group



Sekian, wassalam.

10.4.11

Luka Perih

Assalamualaikum.




Pada siapa mahu ku lontarkan kasihku ini?
Pada siapa mahu ku layarkan hasratku ini?

Tidak mungkin pada jernihnya air sungai.
Tidak mungkin pada angin yang menderu.

Ia mengalir deras tanpa bertuan.
Ia bertiup kencang tanpa berteman

Jadi biar ia terus berkunci.
Biarkan ia terus bersarang.

Agar hatiku tidak disakiti luka perih




Sekian, wassalam.

6.4.11

Mencari 777

Assalamualaikum.




Sekarang ini angka follower menunjukkan jumlah 770 orang. Tinggal 7 orang lagi mahu mencecah ke angka 777. Jadi aku dengan sedikit bermurah hati ingin memberi saguhati kepada follower tersebut.

Tapi hadiah yang bakal aku beri bukanlah hadiah yang lumayan sangat. Hal ini kerana, aku sekadar seorang pelajar yang kos sara hidupnya cukup-cukup makan dan minum je kadang-kadang. Hadiahnya adalah sekadar memberi top up berjumlah RM 10 sahaja.

Kepada bakal follower aku yang ke 777 tu sila tinggalkan link anda pada komen entri ini. Apabila anda mengomen sila nyatakan butir-butir seperti berikut :

  • Nama blog 
  • URL blog
  • Email untuk dihubungi

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Bukan senang mahu melihat aku bermurah hati seperti ini.


Sekian, wassalam.

5.4.11

Sahabat

Assalamualaikum.


Sebuah dedikasi buat kamu, kamu, anda, anda, kau, kau...




Sahabat,
Bukan sekadar kawan,
Bukan sekadar teman,
Tapi dia merangkumi semua.

Sahabat,
Kita susah dia membantu,
Kita duka dia ada,
Tak kira apa jua keadaan,

Sahabat,
Biar pun berjauhan,
Biar pun berpisah,
Kau tetap di hatiku.

Terima kasih sahabat,
Kerana kau ku sayangi...




Walau apa jua keadaan kamu wahai sahabat, aku tak pernah melupakan kamu. Setiap doaku, kamu sentiasa ada. Semoga kamu berbahagia, semoga kamu mengecapi impian kamu. Kamu tetap terbaik.


Sekian, wassalam.

4.4.11

Keluhan Jiwa Kacau

Assalamualaikum.




Pertama-tama kali aku ingin memohom maaf kerana sudah jarang untuk meng-update blog aku yang tak seberapa ni. Bukan busy, mahupun kekurangan idea. Tapi mood aku untuk menaip entri semakin down. Tapi tak bermakna aku tak menerjah blog korang, tak memberi komen kat blog korang. Aku sekadar menahan sedikit masa aku untuk berblogging.

Perkara di atas bukanlah sebenarnya tujuan utama aku mahu menaip untuk kali ini. Aku sekadar ingin melempiaskan rasa benggang aku pada manusia yang hanya mahu betul sahaja. Tidak boleh ditegur, tidak boleh ditegah pasti manusia ini akan cepat melenting. Kalau mengata atau memaku orang dia paling top, tapi bila orang lain buat benda yang sama tahu pula nak berkecil hati. Membenci orang tak tentu pasal. Even, manusia lain tidak kacau pun hidupnya.




Peribahasa ada menyatakan, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana. Aku sendiri pun tak tahu nak kata apa dan buat apa lagi dengan jenis manusia yang macam ini. Jalan yang termudah aku ambil sekrang ini, biarkan saja manusia itu terus dengan sikap tak makan samannya. Belum terkena di batang hidung sendiri memang segak. Bila sudah terkena nanti baru nak teresak-esak.

Selesai cerita tentang itu, kita beralih kepada manusia yang jenis sibuk dengan hobi peribadi sampai lupa tanggung jawab diri sendiri. Manusia jenis ini ramai juga. Masing-masing sedar akan tanggungjawab tu, tapi tak mahu melaksanakannya. Apa kes? Kalau mahu dikira malas, aku pun malas juga. Tapi bila aku fikirkan balik, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Suka atau tidak itu bukan masalah besar. Bila tanggungjawab tu tak terlaksana, itu memang besar mudaratnya.

Manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Masing-masing sudah tahu menilai baik buruk sesuatu perkara, agaknya. Jadi kenapa mahu menyerlahkan sifat-sifat yang kadang kala kita tak perasan yang sebenarnya kita sedang menyakitkan hati insan lain. Entri ini bukan ditujukan untuk manusia yang berperangai sebegini sahaja, tetapi juga sebagai peringatan kepada diri aku sendiri dan untuk anda yang sedang membaca.



Lastly, aku ingin memohon maaf andai ada yang terasa dengan penulisan aku ini. Bukan niat untuk menyakiti tetapi sekadar mengubati. Sesuatu yang baik itu datang dari Allah Taala dan yang buruk itu dari diri aku. Sama-samalah kita tegur menegur dan memperbaiki diri ni. Insya Allah.


Sekian, wassalam.

Blog Widget by LinkWithin