Showing posts with label Pengalaman Berasaskan Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Berasaskan Sekolah. Show all posts

6.9.10

Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa II.

Salam.

Aku ingin berkongsi serba sedikit gambar-gambar sewaktu aku menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau dalam bahasa Inggerisnya di panggil School Based Experience (SBE) dari 30 Ogos 2010 sehingga 3 September 2010 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1). Untuk PBS kali ini aku ditemani oleh 4 orang rakan aku yang lain. Jadi kita layan saja gambar di bawah ini okey.


sambutan hari kemerdekaan ke-53

suasana P&P kemahiran hidup

hasil kerja kami, para untuk tanaman hiasan

majlis khatam al-Quran

asraf, fakhree, fahmi, azrin dan murid-murid

 diserbu peminat

 peminat-peminat aku. ahaha.

 kami dan cikgu noraini puteh

Lagi gambar ketika aku dan rakan-rakan ber-SBE klik sini : SBE Fasa II



Sekian, wassalam.

20.8.10

Mak, Orang Nak Makan Soto!!

Salam.


Dalam diam tak diam, sudah 10 hari kita sebagai umat Islam berpuasa di dalam bulan penuh barakah ini. Sepanjang Ramadhan ini aku masih lagi belum berpeluang untuk berbuka puasa bersama keluarga aku. Haish. Dengki aku dengan roomate aku yang boleh balik tiap-tiap minggu ke rumah. Nasib perjalanan aku untuk pulag ke rumah 8 jam. Kalau 8 minit hari-hari aku balik rumah. Jimat sikit duit. Hehe.

Sepanjang minggu ini aku terpaksa menyibukkan diri aku untuk menyiapkan segala mak datuk nenek assignment. Ada dua assignment yang kena hantar. Satu kena hantar hari Isnin dan satu lagi hari Khamis. Memang aku akan bersenggakang mata la gamaknya untuk siapkan dua-dua assignment ini.

Khamis lepas hantar assignment tu, lega. Baru hati senang nak kemas-kemas barang untuk pulang ke rumah malamnya. Hehe. Aku pulang awal sebab, minggu depannya aku ada SBE. Hehe. Tak sabar nak berbuka puasa kat rumah dan tak sabar juga nak SBE.

Okeylah, jom kita siap-siap solat asar. Pastu boleh join aku ke bazar Kg. Raja untuk mecuci mata dengan awek makanan-makanan untuk di buat berbuka puasa nanti. Bazar kat sini tak sama dengan bazar kat area rumah aku. Huhu. Tapi tak pe. Janji ada dari takde langsung :)






mana nak cari kat sini wei?




|| mak, orang nak soto, laksa, bubur lambok. ahaha.



Sekian, wassalam.

10.7.10

Dua Ratus Sembilan Puluh Satu.

Salam.

Entri yang ke-291. Aku pun tak tahu motif kenapa aku perlu bagitau korang. Sepatutnya, boleh cecah angka beribu dah, tapi disebabkan sedikit kemalasan aku jadilah ratusan je. Ahaha.

Hujung minggu yang sangat hambar. Hostel sunyi sepi tatkala hujung minggu kami diwarnai dengan duit beribu-ribu di bank in kan beberapa hari lepas. Ada yang pulang berjumpa keluarga tersayang. Ada juga ke Kota Bharu memborong. Ada juga ke Kuala Lumpur tanpa sebab yang tak mahu diberitahu.


Aku? Oleh kerana aku jatuh dalam kelompok yang tidak mempunyai pengangkutan bertayar empat. Jadi tempat aku hanya di atas katil dan juga kerusi di meja study ini. Sedih bukan? Sudah tentu tidak bagi aku. Biar mereka habiskan duit mereka. Biar mereka borong habis habisan. Supaya time aku mahu membeli dengan berhemah tiada yang kacau. Sinis bukan?

Tarikh untuk SBE kedua telah diketahui umum. Tempat untuk ber-SBE masih belum ketahuan. Jika SBE sebelum ni berdua. Mungkin kali ni berempat pula. Sekolah mana yang menjadi pilihan hati nanti akan aku updatekan setelah selesai ber-SBE. Ahaha.



Sekian, wassalam

30.3.10

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

Salam.

Aku ingin berkongsi serba sedikit gambar-gambar sewaktu aku menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau dalam bahasa Inggerisnya di panggil School Based Experience (SBE) dari 22 Mac 2010 sehingga 26 Mac 2010 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1).





sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang aku ambil sewaktu menjalankan PBS. Tapi yang lain biarlah aku simpan sahaja. Hehe.
|| aku ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak meng-update blog :)


Blog Widget by LinkWithin