Showing posts with label soto. Show all posts
Showing posts with label soto. Show all posts

20.8.10

Mak, Orang Nak Makan Soto!!

Salam.


Dalam diam tak diam, sudah 10 hari kita sebagai umat Islam berpuasa di dalam bulan penuh barakah ini. Sepanjang Ramadhan ini aku masih lagi belum berpeluang untuk berbuka puasa bersama keluarga aku. Haish. Dengki aku dengan roomate aku yang boleh balik tiap-tiap minggu ke rumah. Nasib perjalanan aku untuk pulag ke rumah 8 jam. Kalau 8 minit hari-hari aku balik rumah. Jimat sikit duit. Hehe.

Sepanjang minggu ini aku terpaksa menyibukkan diri aku untuk menyiapkan segala mak datuk nenek assignment. Ada dua assignment yang kena hantar. Satu kena hantar hari Isnin dan satu lagi hari Khamis. Memang aku akan bersenggakang mata la gamaknya untuk siapkan dua-dua assignment ini.

Khamis lepas hantar assignment tu, lega. Baru hati senang nak kemas-kemas barang untuk pulang ke rumah malamnya. Hehe. Aku pulang awal sebab, minggu depannya aku ada SBE. Hehe. Tak sabar nak berbuka puasa kat rumah dan tak sabar juga nak SBE.

Okeylah, jom kita siap-siap solat asar. Pastu boleh join aku ke bazar Kg. Raja untuk mecuci mata dengan awek makanan-makanan untuk di buat berbuka puasa nanti. Bazar kat sini tak sama dengan bazar kat area rumah aku. Huhu. Tapi tak pe. Janji ada dari takde langsung :)






mana nak cari kat sini wei?




|| mak, orang nak soto, laksa, bubur lambok. ahaha.



Sekian, wassalam.

Blog Widget by LinkWithin