Showing posts with label PBS. Show all posts
Showing posts with label PBS. Show all posts

3.3.11

Off To Penang

Assalamualaikum.


Berakhirnya minggu yang agak sibuk. Projek menjahit baju hawaii telah pun aku selesai dengan jayanya. Program BIG untuk semester kali ini telah pun berlansung dengan jayanya. Assigment Hubungan Etnik dan Anatomi & Fsiologi telah pun dihantar. Lega sedikit.

ye saya tau buruk!



Minggu depan, aku akan menjalani SBE di Penang selama seminggu bermula 7-11 Mac. So, kalau ada sesiapa nak jumpa sila buat temujanji okey (walaupun aku tau tade siapa nak jumpa aku). 12 Mac bermulalah cuti dan bermakna aku juga akan turut cuti seminggu.
 
Pape pun, doakan aku selamat sampai di Penang dan doakan juga supaya aku tak berboros di sana. 




|| my lappy sedang sakit-sakit. susah nak buka mata. hehe.




Sekian, wassalam.

6.9.10

Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa II.

Salam.

Aku ingin berkongsi serba sedikit gambar-gambar sewaktu aku menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau dalam bahasa Inggerisnya di panggil School Based Experience (SBE) dari 30 Ogos 2010 sehingga 3 September 2010 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1). Untuk PBS kali ini aku ditemani oleh 4 orang rakan aku yang lain. Jadi kita layan saja gambar di bawah ini okey.


sambutan hari kemerdekaan ke-53

suasana P&P kemahiran hidup

hasil kerja kami, para untuk tanaman hiasan

majlis khatam al-Quran

asraf, fakhree, fahmi, azrin dan murid-murid

 diserbu peminat

 peminat-peminat aku. ahaha.

 kami dan cikgu noraini puteh

Lagi gambar ketika aku dan rakan-rakan ber-SBE klik sini : SBE Fasa II



Sekian, wassalam.

20.8.10

Mak, Orang Nak Makan Soto!!

Salam.


Dalam diam tak diam, sudah 10 hari kita sebagai umat Islam berpuasa di dalam bulan penuh barakah ini. Sepanjang Ramadhan ini aku masih lagi belum berpeluang untuk berbuka puasa bersama keluarga aku. Haish. Dengki aku dengan roomate aku yang boleh balik tiap-tiap minggu ke rumah. Nasib perjalanan aku untuk pulag ke rumah 8 jam. Kalau 8 minit hari-hari aku balik rumah. Jimat sikit duit. Hehe.

Sepanjang minggu ini aku terpaksa menyibukkan diri aku untuk menyiapkan segala mak datuk nenek assignment. Ada dua assignment yang kena hantar. Satu kena hantar hari Isnin dan satu lagi hari Khamis. Memang aku akan bersenggakang mata la gamaknya untuk siapkan dua-dua assignment ini.

Khamis lepas hantar assignment tu, lega. Baru hati senang nak kemas-kemas barang untuk pulang ke rumah malamnya. Hehe. Aku pulang awal sebab, minggu depannya aku ada SBE. Hehe. Tak sabar nak berbuka puasa kat rumah dan tak sabar juga nak SBE.

Okeylah, jom kita siap-siap solat asar. Pastu boleh join aku ke bazar Kg. Raja untuk mecuci mata dengan awek makanan-makanan untuk di buat berbuka puasa nanti. Bazar kat sini tak sama dengan bazar kat area rumah aku. Huhu. Tapi tak pe. Janji ada dari takde langsung :)






mana nak cari kat sini wei?




|| mak, orang nak soto, laksa, bubur lambok. ahaha.



Sekian, wassalam.

30.3.10

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

Salam.

Aku ingin berkongsi serba sedikit gambar-gambar sewaktu aku menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau dalam bahasa Inggerisnya di panggil School Based Experience (SBE) dari 22 Mac 2010 sehingga 26 Mac 2010 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1).





sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang aku ambil sewaktu menjalankan PBS. Tapi yang lain biarlah aku simpan sahaja. Hehe.
|| aku ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak meng-update blog :)


25.3.10

Short Update For Today.

Salam.

Sebenarnya banyak yang ingin aku kongsikan buat tatapan anda semua. Tapi masa agak terbatas. Banyak kerja yang perlu dilakukan serta diselesaikan dalam minggu ini.

Seperti yang aku telah khabarkan sebelum ini, aku sedang menjalankan Pengalaman Bersaskan Sekolah (PBS) atau nama lainnya School Based Experience (SBE) juga pernah dikenali sebagai Rancangan Orientasi Sekolah (ROS).

InsyaAllah. Apabila aku punya sedikit kelapangan akan aku ceritakan satu persatu pengalaman aku di sekolah itu nanti.


Setakat ini sahaja dahulu. Wassalam.


|| sakit hati gila dengan blogger ini. tak boleh pula upload gambar. benci! benci! benci!



Blog Widget by LinkWithin