30.7.09

i'm tired

salam.

baru je sampai umah dari hangout wif anwarradzi.
sangat penat dan lenguh kaki aku oke.

firstly, gi hentian putra sacking my ticket
tok balek besut on dis hujung minggu.
naek bus sani. "flight" 9.30 a.m on sunday.
mybe ikasub and semut will
join me and paan (junior).

then, going to klcc.
makan kat a&w bcoz i'm so hungry.
lepas makan2, radzi nak shopping.
oh God. kalo korang tgk dye shopping
sgt menakutkan kot. bagi aku la.

masok kedai tu. masok kedai ni.
taw2 la taste dye laen kan. haha.
lastly, he got want he wants.
total price for shopping dye, almost 3 hundreds.

duet tu kalo dapat kat aku.
sgt best la kot kan. haha.
the way dye shopping ngan aku shopping
totally different in many aspect.

before balek tuh,
jumpa ngan classmate dye.
wlpn, ramai je yang dye kenal tyme
tawaf klcc tuh kot.

then, by 4 p.m i leave klcc.
around 6 p.m i arrived at home.
naseb tabusy lagi time tuh.
kalo tidak serabot pale otak aku
ngan ramai2 orang dlm ktm.







p/s :: razi, u should bagi duet yang u spend for shopping kat i lah. haha. btw, thnx sbb teman aku jalan2 wlpn ur parents kene tipu. jaat giler ko kan.

28.7.09

award dari QEEMA



TENTANG PEMBERI AWARD INI

(1) full name, Nur Raqeema Bte Mohd Kamarudzaman
(2) Politeknik Shah Alam student
(3) she love to cook and online for 24 hour went she got bored
(4) schoolmate since form one oke
(5) selalu belanja aku

SETIAP BLOGGER HARUS MENYATAKAN 10FAKTA/HOBI DIRI SENDIRI SEBELUM MEMILIH PENERIMA AWARD YANG SETERUSNYA

(1) my name is Muhammad Zikery Bin Hassan
(2) teacher wanna be in 2013
(3) si pendek dan si gemuk adalah aku
(4) music is my soul
(5) bukan vegatarian
(6) benci tempat yang sesak,serabut dan merimaskan mata memandang
(7) i'm kecoh-ci oke
(8) aku berjalan dan bercakap laju
(9) families and friends my heart
(10) mcD lover

ANDA PERLU MEMILIH 10PENERIMA AWARD SETERUSNYA DAN DESCRIBE TENTANG MEREKA

semua yang follow this blog.
korang semua gempax oke.




btw, thnx qeema for dis award.

i'm home again.

aku kembali ke kampung halaman lagi.
kali ini seminggu okey aku cuti.
dan bulan ini saja dah dua kali balik.
duit aku pun semakin haus.
ini semua gara-gara babi itu selsema.
tapi perlukah babi disalahkan?
TIDAK. haha.

IPGM Sultan Mizan diarah tutup seminggu.
kerana apa ye?
kerana di sana disyaki adanya tanda-tanda
penularan penyakit berjangkit
INFLUENZA A. H1N1.
dan nama kampungnya adalah
SELSEMA BABI.

wahai kawan-kawan yang suka sangat
dengan percutian ini silanya.
kita akan menggantikan kelas kita okey.
aku ingin tegaskan disini bahawa.
aku TIDAK suka mengganti kelas okey.
lagi-lagi bila mengganti kelas pada hari SABTU.
AKU TIDAK SUKA.
korang ada faham tak?
kenapa ye?
sebab kita cuti hujung minggu
jumaat dan sabtu.
jadi cuti hujung minggu aku akan
menjadi singkat sahaja.

apa-apa pun.
aku pasrah saja dengan ujian ini.
moga-moga yang kurang sihat akan
kembali sihat okey.
dan yang baru saja rasa
tidak sihat itu silalah buat pemeriksaan kesihatan.
moga-moga korang boleh menambah cuti.










nota kaki :: aku tataw nak buat apa seminggu ini. jom ajak aku keluar okeyh. haha :))

20.7.09

tolong aku

ada orang bertanya pada aku.
mana yang lebih baik,

dicintai
atau
mencintai

aku tidak tahu.
aku perlu pertolongan korang.
respon dari korang adalah diperlukan.


sekian, terima kasih

18.7.09

jiwang's

HIDUP INI


hidup ini bukannya mudah,
lagi lagi unutk puaskan hati orang,
rambut saja sama hitam,
tapi dalam masing masing sangat berbeza,
ada yang putih dan ada juga hitam,
pokok pangkalnya,
kita sendiri yang kena menilai,
yang mana satu intan permata,
yang mana pecah kaca bersegi segi.

hidup ini suatu perjalanan,
semakin jauh kita berjalan jalan,
bertambahlah pengalaman yang dikumpul,
ada yang berhalangan curam saja,
ada yang lurus tiada bengkoknya,
namun semua itulah yang akan mengajar,
tentang erti sebuah kehidupan.

16.7.09

gila babi itu apa?

13 JULAI 2009
junior aku masuk.
aku terlibat sebagai pembantu fasi.
sangat penat gila babi tahu tak?
dari pagi hingga lewat malam.
selama lebih kurang seminggu.



assignment sudah melambak.
wahai diriku, zikery hassan.
bila mahu mula kerja-kerja tersebut?
sila ya anda jauhkan diri ini dari kemalasan.




12.7.09

buang jauh jauh

mari kita buang tension jauh-jauh meyh.
jadi mari kita jalan-jalan.

tempat kejadian :
PANTAI BUKIT KLUANG


aku, helmi, arin, ika sub

lihat ada apa di sana?

aku ada gaya model berjaya tak?

kami memang selamba je.
walaupun ramai orang di situ.
posing tetap posing okey.





kapal di belakang itu adalah props bagi pengambaran filem.
aku tataw tajuk cerita tuh. sumber yang berkata ia adalah
bawah arahan yusry KRU.

8.7.09

result.

suatu demostrasi telah berlaku di hadapan pejabat SUP.
kejadian berlaku pada pukul 10 pagi.
ini adalah keran para pelatih di IPGM ini
ingin melihat keputusan peperiksaan mereka
bagi semester lepas.

alhamdulillah.
untuk semester ini result aku
agak meningkat juga lah.
walaupun tidak seberapa.
aku turut gembira sebab ramai
rakan-rakan aku mendapat result 3.5 above.
aku masih tidak mampu mencapai target itu.

result aku untuk semester lepas
3.42
dan result untuk semester ini pula
3.44
CGPA aku pula
3.41


sekian harap maklum.





p/s :: aku bukan mahu mendabik dada okeyh. sekadar memberitahu saja. sebab aku malas mahu layan pertanyaan tentang result aku lagi. sila faham situasi aku ek :D

jalan jalan itu walking around 2

ini adalah sebahagian gambarajah yang berjaya diambil sepanjang pengembaraan kami.


pemandangan arah depan
MASJID KRISTAL

helmi dan aku.
kami sangat kacak kot.
haha.

pemandangan kubah dari dalam masjid.

aku dan menara masjid.
siapa lagi tinggi?


seterusnya,
tempat kejadian :: taman di hadapan masjid

aku dan afiq.
kami sangat cute wokeyh.
sila muntah untuk afiq saja.

peserta rombongan.
izar tiada di dalam gambar.

aku memang gila kamera.
tolonglah jauhkan mintang itu
dari aku wokeyh.

si penyumbang suara.
nama dia Fakhrie.
dia sedang feeling lagu
OH FATIMAH!

peserta-peserta penyumbang suara terhebat.
kami gilak sakan seronok itu malam.
sori muka saya sangat comel kan? haha.

mari berkaraoke bersama kami
silalah tekan play jika anda sanggup.
haha.

video
segala masalah pendengaran yang berlaku
adalah atas tanggungan sendiri.


jalan jalan itu walking around 1

cuti-cuti malaysia kali ini akan bawa anda ke sekitar
BANDARAYA KUALA TERENGGANU.

sangat seronok jalan-jalan di sana.
walaupun wang tidak banyak di dalam saku,
namun ke-enjoy-an tetap dijalin utuh sesama kami.
bertolak dari kampus dalam pukul 9 pagi
dan lebih kurang pukul 12 tengah hari
konvoi kami tiba di kuala terengganu.
menaiki 4 biji motosikal dan seramai 8 orang peserta.
agak menyiksakan juga keadaan pinggan kami ketika itu.
badan menjadi kebas ketika turun dari motosikal.

sampai di sana,
para peserta dibahagi kepada 2 kumpulan.
kumpulan pertama bermalam di rumah
asyraf aka cerah mantap.
ahlinya; fakhrie, sabri, izar serta tuan rumah, cerah.
kumpulan kedua pula bermalam di rumah
hakim aka KU sumbak.
ahlinya; shoki, helmi, aku dan kim selaku tuan rumah.

lepas solat jumaat group aku naik kereta kim
ke rumah afiq (memang duduk KT). kemudian,
ke rumah cerah untuk pergi jalan-jalan.
group cerah naik moto sahaja. group aku
naik kereta. haha.

berikut adalah aktiviti yang telah berlangsung pada hari pertama :
1) Taman Tamadun Islam
2) Jalan-jalan cari pasal di Giant dan Mydin
3) Berkaraoke dan bergumbira sakan
4) Take away di McD
5) Lepak di Pantai Batu Buruk
6) Balik rumah dan tidur

berikut pula aktiviti yang telah berlaku pada hari kedua :
1) Sarapan pagi
2) Menunggu rombongan pihak wanita
3) Melawat Kemang
4) Lunch di rumah Cerah Mantap
5) Bersiap-siap untuk pulang kampus
6) Perjalanan pulang
7) Singgah di Pantai Penarek
8) Sampai kampus dan tidur











sambungan pada episod ke-2


5.7.09

tagged dari si MUNN

1. Bekas kekasih saya adalah :
= Herney Aqilah Bt Muhaimin. Last 3 years. Now single=))

2. Saya sedang mendengar :
=No Boundaries by Kris Allen.

3. Mungkin saya patut :
=Patot tdow skrg.

4. Saya suka :
=Tdow. Makan. Berlibur. Dan banyak lgi.

5.Sahabat-sahabat baik saya :
=Adalah mereka yang baik.

6.Saya tak paham :
=Kenapa saya tak paham.

7.Saya kehilangan :
=Duit 5 sen. Haha.

8.Ramai yang berkata :
=Saya kacak. Ada aku kesah?

9.Makna nama saya :
=Zikery. Zikir, mengingati

10.Cinta itu adalah :
=Kebodohan yang bertingakat-tingkat

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
=Belajar

12.Saya akan cuba :
=Belajar dengan lebih rajin.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
=Kekal. Tapi tiada yang kekal di dunia ini.

14.Telefon bimbit saya :
=Ada di kedai. Belom beli lagi.

15.Bila saya terjaga dari tidur :
=Tengok jam. Tidur tok 5 minit lagi. Mandi.

16.Saya paling meluat apabila :
=Seseorang yang meluat tok dilihat, ditonton, ditengok, diperhati

17.Pesta/Parti adalah :
=Masa untuk bersoSial. Seronok-seronok.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
=Haiwan yang perasan die comel.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
=Ketika zaman kanak-kanak dan peringkat muda remaja seperti sekarang.

20.Hari ini :
=Pagi pergi kelas dan petang tdow saja mungkin.

21.Malam ini saya akan :
=Makan dan mungkin akan borak-borak kosong kot.

22.Esok pula saya akan :
=Pagi pergi kelas dan petang tdow saja mungkin.

23.Saya betul-betul inginkan :
=Terlalu banyak yang saya inginkan

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
=Saya tertambah kacak. Itu tok keyakinan diri

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
=Dua-dua okey. Janji ada yang menarik perhatian mata.

26.Makanan Barat atau Jepun :
=Barat. Tak minat makanan Jepun.

27.Bilik yang terang atau gelap :
=sila gelapkan bilik ketika saya tdow.

28.Makanan segera adalah :
=Baik tok kesihatan di abad ini. Haha.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
=Rumate aku tak balek lagi ek?

30.Siapa yang anda mahu Tag?
=Cik Lu'lu, Mayonis, Miramyself, Syamira Hasanuddin

1.7.09

kisah

hari ini 1 julai 2009.
dah nak masuk 2 minggu di sem 3.
result aku tidak keluar-keluar lagi.
cepatlah sikit keluarnya okeyh.
duit elaun. duit elaun di mana anda?
boleh tak bank in segera mungkin.
beberapa minggu lagi dari sekarang
junior akan masuk ke sini.
yeah aku tak sabar nak ada junior kot.
harap-harap lepas ini aku tidak perlu
untuk melakukan kerja-kerja paksarela.
aku benci. kalau nak minta tolong pun,
silalah minta dengan berhemat sikit okeyh.
aku juga kena jadi fasilatator kepada junior-junior nanti.
seronok ke jadi fasi ini ha? sila bagitahu aku


kisah tamat.




nota kaki :: nak ikut mak aku pergi langkawi. aku minta maaf kalau ada senior yang baca dan terasa hati. kalau tak suka aku pun, aku tak kisah kot. ini blog aku. jadi aku punya luahan ar kan?
Blog Widget by LinkWithin