31.5.09

video tanpa gambar. GADISKU

video


untuk entri kali ini.
aku just nak share video ini.
tapi video ini takde gambar pun.
yang ada just suara je.
kawan aku saja nak test market suara die.
korang nilai sendiri la keyh.
bagi aku nyanyian die okey lah.

lagu yang dia nyanyi bertajuk
GADISKU.
cover version dari lagu
OST MY GIRL.

suara :: helmi pemulihan
gitar :: mamu

hope korang enjoy.
haha.

30.5.09

perkhidmatan fotografi


salam.

untuk entri kali ni. aku just nak tolong my brother in law. beliau ade menyediakan perkhimatan fotografi.


inilah jurufoto yang sedia berkhidmat
untuk anda. haha.




untuk maklumat lanjut atau melihat hasil kerja beliau. korang boleh la view beliau punye blog. just klik je kat link ni okey.
shahrulphotomaniac.blogspot.com













p/s :: pasni kene bayar loyati ek. haha.

29.5.09

skype

.pemberitahuan.


aku da ade skype
tp tak taw nak gune lg.
still learning. haha.
sesape yang ade gak skype tu.
add la aku ek.


username : zikeryhassan


add aku ek. haha.

tersalah naik bas

salam.


alhamdulillah. akhirnya aku telah tiba di rumah pada jam 6.30 pagi. so, sekarang bermula cuti sem aku selama 3 minggu. walaupun singkat berbanding pelajar-pelajar IPTA yang lain tapi cukuplah.
bolehlah dalam 3 minggu ini aku melepas sume penat lelah dan ketensionan aku sebagai pelajar. huhu.


mesti korang tertanya-tanya ape kene mengena tajuk di atas ngan entri aku kali ini kan. kisah die begini. sewaktu bas aku naiki untuk ke kajang berhenti di Merapoh (tempat bas-bas berhenti berehat) bagi bas Budaya. aku turun untuk membuang air. maklumlah sejuk sangat dowh. agak lame gak la aku tahan. pas melepaskan hajat tu aku terus naek ke bas. duduk kat tempat aku balek. then akak senior aku plak naik. tempat die belakang aku je. then adelah sorang wanita naik plak. beliau ngan konfident naik dan terus ke belakang. kemudian beliau turun. okey. aku just perhatikan beliau je. bile da turun je barulah tengok no bas. haha. rupa-rupanya belai salah bas. akak senior belakang aku gelak besar. haha. aku pun same gak. orang tengok bas dulu before naek. ni tak da naik baru tengok no bas. kan da malu sendiri. haha. camnelah kalo aku kat tempat beliau. huhu.


okeylah. tu je aku nak cite. darr. salam.

27.5.09

menunggumu.

salam

alhamdulillah. satu semester telah berakhir dengan berakhirnya
paper yang terakhir semalam. lega rasanya aku sekarang ini.
sekarang ini aku tengah sibuk-sibuk mengemas bilik aku bersama
roomate aku. maklumlah bilik aku ini bersepah sejak start exam.
jadi inilah masanya untuk kali mengemas. bilik kami akan ditinggalkan
selama 3 minggu. buku-buku semua telah ku masuk ke dalam kotak.
baju-baju telah dibasuh dan mana yang perlu dibawa balik terus aku
masuk ke dalam beg. takut terlupa pulak nanti. hehe.

aku akan bertolak dari jertih ke perhentian bas kajang. huhu.
aku sangat excited untuk pulang ke kampung halaman aku.
Kg. Dato' Abu Bakar Baginda. sudah bape aku tak jejak kaki di sana.
cuti ini aku mahu berehat sepuas-puasnya setelah satu semester
membanting keringat untuk pelajaran. aku tidak ada duit. jadi
cuti mahu duduk di rumah saja. haha. tapi boleh ke?? pape pun
doakan perjalanan aku selamat sampai ke destinasi aku okeyh.

sekian, terima kasih.

wassalam.













tak sabar mahu habis satu semester untuk foundation. ngee~

25.5.09

award =)



terima kasih daun keladi
kepada kak yam.
kerana memberi award ini
kepada saya.




senyum itu penawar duka?
tapi tidak semua duka boleh dirawat
dengan hanya senyuman kan?




Rahsia Penggunaan Bantal

Salam.



Untuk entri kali ini aku nak share tentang rahsia penggunaan bantal. Mari kita baca dan tengok mana satu perangai kita terhadap bantal. Hehe.





1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
kehidupan seharian
mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
jarang membuat
keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
pandangan orang lain.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
bergaul dgn
org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka
cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
menempuh jalan pintas
untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.




so, anda yg mane 1 ??









esok paper last. yahoo! tak sabar nak balek. hehe.

24.5.09

kira bintang.

sekarang malam-malam hari aku
hanya dihabiskan duduk di atas tembok.
ambek angin, tengok langit, kira bintang.
aku melayan perasaan aku yang sengal ini.

kekadang tengah borak-borak pun
aku bole mengelamun tengok bintang.
SubhanaAllah. cantik sangat.
alangkah seronok jika aku
berbaring di atas kawasan lapang.
tepi pantai ke, tengah-tengah padang.
macam dunia ini aku yang punya.













tak sabar nak rumah ini. cepatlah hari itu datang.
kebluran

23.5.09

sedey

huh.
aku penat sekarang ni.
aku pun tak taw ape sebabnye.
nak study giler2 jauh sekali.
banyak abezkan sisa hari ngan termenung.


aku ada kawan ni.
mmg die ramai secret admire.
adakah aku jeles ngan die?
sometime aje kot.
ade ke orang nak bwat camtu kat aku?
haha. aku sangatlah perasan ryte?
aku dan die lain ar.
die ade rupe paras. aku ade ape?
aku takde pape yang ley boleh tarik perhatian orang lain.

tapi aku happy je idop camni.
walaupun terasa bushan sebab single.
haha. say no to love.
aku da benci tok sayang pada orang.
sebab nanti aku gak yang sedey.
moral of the story tok aku.
say no to love. hate love.













malu tok balek umah. sume gara2 surat time kem ari tu. haha.

21.5.09

new member







This person our new members in my family.

His name Aqeel Asyraaf Shahronnizam.

He born on 6 May 2009, 1.23 pm

at Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah.

He was my sister son.

I'm very excited to go home this holiday

to meet my 19th niece.

hehehe~








p/s : sangat la poyo aku ni apabila berbahasa inggeris tok entri kali ni. sori ek kalo agak terabur grammar aku. saje je. hehe~

19.5.09

horny with entri=)

aku tak taw nak post ape tok entri ini.
last2 jumpe plak soklan ni dari
page mirapesona. jadi aku copy&paste je kat sini.
hehe. sowi mira ambek ini. nty aku blnje ko mkn angin. ok?

A - Available?
nope! luv to be single

B - Birthday?
august 19

C - Last cigarette you smoke?
hate cigarette :)

D - Drink you last had?
air coke. sgt best rasenye

E - Easiest person to talk to?
yup! i'm talkactive

F - Favorite color?
pinkpurplewhite

G - Gummy bears or gummy worms?
don't know

H - Home town?
selangor

K- Killed someone?
siapa nak jadi first person. sile isi borang keyh?

L - Lime or lemon?
dua2 tak nak.
nak singer beng =)

M- Money or love?
both.
no money no love.
no love without money.

N - Number of siblings?
13 orang. ramaikan?

O - One wish
selamat di dunia dan akhirat

P - Person you last commented?
edd eddy

Q - Quiet?
maybe. hehe ;)

R - Reason you smiled?
no reason. senyum itu sedekah

S - Song you last heard
tiada yang kedua by khafi.
aku sgt jiwang

T- Time you woke up today?
0630, time kelas je.

U - u happy?
why not?

V- Vegetarian?
hate sayur

W -Worst habit?
banyak sgt cakap+gelak

X - Last X-GF?
3 years ago. haha

Y - Yogurt flavor?
stawberi

Z - Zodiac sign?
leo

18.5.09

akan tiba.

assalamualaikum w.b.t.


aku tak tahu nak publish ape untuk entri kali ini. biarlah aku rangkumkan semua sekali. sebab aku macam malas pulak nak tulis satu2. supaya senang untuk dibaca. hehe.


KEM JATI DIRI PELAJAR PPISMP JULAI 2008.

aku sebagai pelajar PPISMP diwajib untuk mengikuti program anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar ini. program ini diadakan pada 14 hingga 16 Mei 2009 bertempat di Taman Etnobotani, Gua Musang. pada mulanya kami macam tak berapa rela untuk pergi kem ini. maklumlah nak dekat ngan final exam kan. tapi nak buat macam mane kan, terpaksalah juga kami sume pegi. kami bertolak dari IPGM Kampus Sultan Mizan pada jam 1.00 tengah hari ngan menaiki 3buah bas dan sebuah coaster (tak taw la btol ke tak ejaannye). kami benti untuk makan+solat pada pkol 3.25 ptg di R&R Gua Musang. kami tiba di tapak perkhemahan pada pkol 5.00 ptg. smpai2 kami terus dirikan khemah. huhu. aku satu khemah ngan shoki and amri. malam pertama tiada ape yg menarik sgt. mlm tu hujan lebat jadi kami, pljr lelaki dibenarkan tok tdow di dewan manakala pljr perempuan di dorm. esok harinya kami menjalankan akiviti outdoor. antara aktivitinya adalah seperti flying fox, abselling, jungle tracking dan caving. sangatlah sonok. sebab aku memang suke aktiviti yg lasak. walaupun aku agak gayat, tapi aku berjaya atasi halangan tersebut tok flying fox and abselling. rasenye tak puas buat dua2 aktiviti tu. malam tu, kami tidur lewat. pkol 3 lbh baru kami sume dibenarkan tdow. soknye kene qiamulail. tapi kami cam tak qiam je taw. sbb masih ngantok. hehe. ari terakhir kami bwat aktivit merempuh halangan. nasib baek aku lepas sume halangan. tere kan aku? haha. jam 2 petang kami bertolak blek dan kami smpai IPGM KSM pkol 5 ptg. byk juga ar pengalaman yg aku tempuhi sepanjang di sana walaupun pada mulanya cam tak rela je kan. hehe.


PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI 2009.

bermula esok aku akan menempuhi final exam. sok ada dua paper. sebelah pagi paper English jam 8 pagi dan sebelah petang paper Pengajian Melayu jam 2 petang. sekarang ini aku ngah stdy la ni. tp aku da bosan+ngantok. jadi aku taiplah entri ini. hehe. 20 Mei plak aku ade paper RBT 1. paper di paper pagi. huhu. paper terakhir aku adalah pada minggu hadapannye, iaitu pada 26 Mei. paper RBT 2. harap sume aku boleh jawab ngan okeyh la kan. 28 Mei aku akan bertolak balek ke kajang. tak sabar rasenye tok pulang ke sane. hampir 2 bulan aku tak balek. last balek masa cuti pertengahan semester aritu. huhu. kawan sekolah dulu sume sibuk tny bile mau balek. sebab nak ajak meronggeng.





okeyhlah. cukop takat ini aku membebel. mahu sambung study blek. nanti free aku publish entri yang best2 sket okeyh?

wassalam







p/s : aku langsung takde duet da ini. sangat sedey meyh.

12.5.09

demam peksa bermula

salam.
sekarang ni bermulalah musim
peksa bagi sume pelajar2 di malaysia.
tak kesahlah dak skola rndh ke, menengahke, IPTA/S, poli mahupun IPGM.
aku pon tak terkecuali tok hadapi exam.
aku blom bape nak sedia lagi. walaupun isnin dpn je exam aku.
tiap kali call mak mesti die akan tanya psal exam.
aku taw dimeletakkan harapan yg tinggi kat aku.

da la khamis ni kene gi kem+bz tok sediakan usul tok bahas.
smpai mase stdy pon agak2 tergendala sket.
tapi aku akan cube bwat yg terbaek dan sehabis baek
tok final kali ni sbb tok capai target aku 3.5 dan keatas.
wlpn nmpk cam mustahil tapi aku akan berusaha.

tok sesiapa yg bace blog ni dan akan hadapi exam.
aku ucapkan all the best tok korg sume.
bwat yg sehabis baek okeyh. go go chaiyok!













p/s : tahniah pada kak yul & abg shahrol sbb dpt baby boy. tu anak buah aku yg ke19. haha. nama anak die aqil asyraf(menurut kata mak aku). tunggu kepulangan pakcik yg baek hati ni ek.
muhahaha=)

10.5.09

SELAMAT HARI IBU




ibu, ibu,
engkaulah ratu hatiku
bilaku berduka
engkau hibur selalu
ibu, ibu,
engkaulah ratu hatiku.











SELAMAT HARI IBU.
kepada mak saya Zaleha Bt Ikhwan.
walaupun saya panggil beliau mak.
terima kasih atas segala galanya.


sayang sama anda.

5.5.09

pemberitahuan

salam

aku mahu berehat

dari mengupdate blog aku.

takde mase nak update+internet connection problem.

aku akan update bile everything okeyh.

hope korang sabar ek.

wassalam.













p/s : tiket balek kampung tak carik lagi.

2.5.09

panjang dowh.

salam.
sudah lama jugak aku tak menaip tok blog aku.
sebenarnya banyak benda aku nak cite kat anda2 sume.
tapi disebabkan kekangan waktu jadi aku tangguhkan niat aku itu.
kini tibalah masa yang dinanti-nantikan. cewahh.
sepanjang aku meninggalkan blog ini tanpa berita.
aku sibuk ngan persedian tok amali masakan aku
dan tugas aku sebagai urusetia tok sukaneka anjuran batch aku.
(padahal aku takde lah busy sangat)
niat aku tok menaip terbantut juga adalah disebabkan oleh
WLAN-Student yang agak kesengalan dan kelembapan.
sehingga kekadang takleh nak connect langsung.
sangatlah cam hanjing n hampehnye kan.
selalunya aku menggunakan line default tok post entri
dan mengonlinekan diri. tetapi desebabkan kelas aku
digunakan tok menjadi pusat temuduga bagi
KPLSPM ambilan julai 2009. jadi aku takleh nak online ar.
sangat sedih w0o. terpaksalah kami satu kelas merempat
di bilik hypermedia ngan kelas keusahawanan.

sekarang aku nak cite pasal amali aku plak.
aku diminta untuk menyediakan menu sarapan pagi berasaskan
telur, susu & hasil tenusu dan akhir sekali sediakan meja.
menu aku tok amali tersebut adalah nasi lemak sambal telur
dan air koko. warna tema aku pilih warna coklat. haha.
sidang aku adalah pada 29 april 2009. pukul 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi.
tok amali tu aku kene pegang kunci jadi aku kenelah
datang awal en. aku datang kol 7.45 pagi. huhu.
so time tu leh ar sediakan pape yang patot.
nasib dapat belah pagi. jadi agak fresh ar tok amali.
sidang aku sume sekali ade 11 orang. aku dan hassan je laki.
yang lain sume pompuan. rakan2 kelas yang kene sidang petang
masih terbongkak diatas katil. kami dapat pengecualian kuliah ok.
so pukul 8 tu, cik g soh kami ambek bahan2 basah. then bagi
sket penerangan kat ktorg. tepat 8.30 pagi ktorg terus start amali.
masak punye masak. nasi lemak aku mentah pada mulanya sebab kurang air.
jadi aku gi ambek santan dan ditambah ngan air tok masukkan dlm nasi lemak aku.
alhamdulillah masak gak nasi aku tuh. huhu.
setel memasak aku terus setting meja depan cik g.
sebab aku dpt tugasan tok setting meja. nasib aku da tengok
sidang2 yg sebelum aku setting camne. huhuhu.
selesai setting meja, aku terus bersihkan dapur yang aku gune.
basuh periuk, kuali, pinggan, mangguk dan sume peralatan yg aku gune.
then, aku msg Pn. Normaizam. tny same ade die dtg ke tak tok
sesi merasa masakan nanti. tapi aku hampa, die tak dapat datang
sebab ade meeting. huhu. nampak gayanye aku makan sorg2 ar.
abez je masakan ktorg dinilai oleh cik g n lec dri IPGM Temenggung Ibrahim, JB.
sume tetamu makan. huhu. sume kawan2 aku ada lec yg datang. meje aku je takde.
meja aku diserbu oleh rakan2 aku yang sangat lapar. nasib dorg kate
nasi lemak aku rasa lemaknya, sambal aku sedap, air koko aku rasa kaw.
haha. sangat bangga aku time tu. hehehe. bile sume lec abez makan.
time aku tok rase masakan kawan2 aku yang lain. jadi sangat kenyanglah
aku time tu. haha. selesai sume, aku kemas meje dan basoh pinggan.
bile sampai bilik, aku terus tidow sampai petang. haha.
bangun2 tgk game bola tampar. gurl klas aku lwn. dorg dpt num 2.
team laki klas aku dpt num 6. haha. tp sume dpt adiah. ok la tu.

so petang khamis plak ade sukaneka anjuran batch aku.
sume ade 8 acara. acara 1st petang tu, boling kelapa, diikuti ngan
tarik upih, lari dalam guni, lambung belon air, cari gula2 dlm tepung
dan akhir sekali kerusi berirama. cuaca petang tu sangat tp sume
bagi kerjasam yang sangat baik pada kami.
aku, hassan, shoki, shima, atika ngan syika jadi urusetia bagi acara lambung belon.
huhu. kami punye acara tu sgt sonok. wakil kls aku tok
acara tu farah ngan syafiq. saje je nk pekene dorg. haha.
abez je acara tu masing2 ambek belon dan baling kat org.
then acara cari gula2 dlm tepung. start dari situ lah
sume org dok pesta air ngan tepung. haha. best gak ar.
sesape yg masih dlm keadaan bersih mesti kene baling tepung.
aku rase pd aritu aku paling teruk sekali. baju ngan suar
aku di penuhi tepung. kalo kering takpe lg. tp yang aku kene
tepung yg bercampur air. mmg susah gak ar nak hilang.
acara kemuncak adalah acara kerusi berirama laki dan pompan.
plg kelakar adalah bg kategori lelaki. kalo tak silap aku
2 kerusi yg patah. rebut punye rebut sampai patah kerusi dorg kejekan.
paling tak tahan pabila yg kecik iaitu abg shahril rebut ngan si besar, cik mon.
sah2 lah cik mon yang dapat. tp kalo tgk aksi dorg mmg kelakar ar.
overall, sukaneka ini berjalan lancar walaupun ade kesilapan teknikal sket.
huhu. hope batch kami pny sukaneka yg paling best la. huhu.
org kate, time sukaneka nilah nk dok pekene senior. haha.
tp aku tepek tepung kat rambut rumate aku. pdn muke die.
gatal lg tepek kat aku.

aku rasekan, cukoplah sampai sini je aku menaip.
takot lagi panjang plak aku menaip dan korg sume
tak larat nak membaca plak. ade ke yg bace blog aku nih?
sekian, terima kasih. wassalam..


p/s : gambar2 akan aku post laen kali. harap maklum
.
Blog Widget by LinkWithin