30.3.11

Jangan Diucap Selamat Tinggal

Assalamualaikum.


Sebelum pape kita layan lagu kat bawah ni dulu. Kalau nak nyanyi kuat-kuat pun boleh.



Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Antara mahu atau tidak ia tetap akan berlaku. Sememangnya perih untuk diucapakan selamat tinggal. Tapi kita manusia, sekadar merancang sahaja kerana yang berhak ke atas semua adalah Yang Maha Esa.

Andai suatu hari nanti aku, korang dan blog ni berpisah, jadilah ia suatu kenangan yang mungkin manis dan mungkin juga pahit. Walaupun kenangan itu datang pelbagai perasaan, namun ia tetap kenangan yang menyulami perpisahan.



Sekian, wassalam.

27.3.11

Kata Akhir

Assalamualaikum.

kata akhir selamat tinggal, keputusan ku bukan kejutan,
inilah yang terbaik, untuk diriku dan dirimu, ku bebas kau pergi


Mungkin hari-hari aku takkan sama seperti sebelum ni. Banyak senyum dan ketawa aku hadir di hadapan lappy sebab mereka. Sampai ada yang kata aku mereng. Aku nak tahu yang lain takkan sama dengan diorang. Tapi takpe lah. Keputusan dah pun di buat.

Aku harap diorang dapat jaga diri baik-baik. Jangan rindu aku selalu.



Sekian, wassalam.

25.3.11

Contest:Gambar Paling Sengal by Jamban Comel

Assalamualaikum.


Selamat petang semua. Harap korang semua sihat. Mood untuk update blog dan menyertai contest semakin menebal. Hehe.

klik untuk ke entri contest

Untuk kali ni aku nak join contest dari blog Jamban Comel. Untuk keterangan lanjut korang boleh pergi terjah blog beliau. Banyak perkara-perkara serta entries yang menarik dekat blog beliau. Blognya pun kemas walaupun gelap je.

Gambar yang dipertaruhkan untuk contest gambar paling sengal adalah seperti berikut.




untuk Jamban Comel, kau pilih la sendiri okey gambar mana yang okey. Ahaha.

Slogan :: saya seorang yang sengal sebab saya suka masuk jamban hari-hari tanpa mengira waktu, situasi dan tempat.

Dengan suka citanya saya ingin mengajak NAZRUL dan CHIKA untuk join

||aku saja letak gambar besar-besar dan harap-harap aku menang :)



Sekian, wassalam.

23.3.11

Giveaway zalin onceitalk.com

Assalamualaikum.


Cuaca di persekitaran aku sejak dari pagi tadi adalah mendung dan hujan renyai-renyai saja. Membuatkan hari ni kesejukkan dan menambahkan kemalasan untuk aku melangkah ke kelas. Hehe.


Tujuan entri petang yang dingin ini dikarang adalah bagi menyatakan hasrat aku bagi menyertai giveaway yang telah di anjurkan oleh blogger Zalin.

Caranya sangat mudah dan senang. Ssesiapa yang tak join rugi tau. Blog bro ni best. simple but nice. Aku selalu singgah kat sana. Kalau ada entry yang best dan menarik aku akan drop aku punya sekali. Hehe.


So pada sesiapa yang nak join giveaway beliau, boleh lah terjah "Giveaway Zalin Once I Talk" ataupun klik je banner GA beliau yang kat atas ni. Sehubungan dengan itu aku mahu tag, saudari istiqomah untuk join :)


Tak lupa juga nak ucap setinggi tahniah kepada semua calon SPM 2010 yang mendapat keputusan yang cemerlang. Teruskan kecermelangan anda itu. Bagi yang tak berapa nak berjaya, teruskan usaha. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.



Sekian, wassalam.

21.3.11

Tujuh Ratus. Terima Kasih.

Assalamualaikum.


Terima kasih kepada semua yang telah follow blog aku yang tak seberapa ni. Sekarang follower aku telah mencecah 700 orang. Blogger yang tertuah itu adalah Arep.


klik gambar untuk terus ke blog beliau.


Jadi marilah kita semua terjah blog purple beliau selalu okey.



|| esaimen melambak, tapi satu hape pon tak buat lagi. lappy plak buat hal. DAMN.




Sekian, wassalam.

19.3.11

Aku Pencoret Picisan

Assalamualaikum.




Andai suatu hari nanti,
Tiada lagi oksigen yang mampu ku sedut,
Kesemua kudrat ku telah hilang,
Kewarasan aku di tahap kritikal,
Jadilah tempat ini sebagai kenangan kita,

Mungkin aku tak mampu menambah isinya,
Agar isi yang telah tercoret sehingga kini,
Segala yang telah tergambar cantik,
Mampu membuat anda tersenyum seketika,
Mengambil ikhtibar untuk sempadan,

Aku sekadar pencoret picisan lemah,
Hanyalah perakaman filem menggamit memori,
Penuh dengan noda kekhilafah di dunia fana,
Maafkan aku sehingga akhirat abadi,
Kerana ini tempat kita belajar bersama.




Sekian, wassalam

16.3.11

Sekadar Mahu Berkawan

Assalamualaikum.





Andai seseorang blogger itu berblogwalking dan meninggalkan jejak di shoutbox kita, tiada lain yang diharapkan selain kunjungan balas dari kita ke blognya. Blogger tersebut sekadar mahu berkawan.

Andai seseorang blogger itu menjadi follower kita, berbesarlah hatinya seandainya kita meng-follow kembali ataupun paling tidak meninggalkan jejak kita di blognya. Blogger tersebut sekadar mahu berkawan.

Andainya seseorang blogger itu meninggalkan komen di blog kita, tinggilah harapannya untuk kita memberi komen mahupun pandangan terhadap entri blog berkenaan. Paling hampeh pun sekadar meninggalkan jejak kita di blog blogger berkenaan. Blogger tersebut sekadar mahu berkawan.

Kesimpulanya, besarkanlah hati anda untuk berkunjung kembali ke blog blogger yang sedaya upaya singgah ke blog kita. Sebuah hakikat yang perlu kita tahu sebenarnya, blogger tersebut sekadar mahu berkawan.



|| maaf seandainya ada terkasar bahasa.



Sekian, wassalam

14.3.11

It's Holiday!

Assalamualaikum.


holiday is like a rainbow. we always happy for it


Selamat bercuti kepada semua pelajar sekolah, guru-guru dan bakal pendidik sekalian. Happy bukan bila bercuti? Kalian rindu sama aku? Kalau tidak teruskan membaca. Kalau ya, selamat membaca.

Aku terpaksa melupakan niat aku untuk menyiapkan segala esaimen aku waktu cuti ini kerana lappy aku yang cun telah bermalam di "hospital" akibat kegagalan berfungsi. Hangus duit aku tau. Niat nak berbelanja sakan juga terpaksa dilupakan. Sadis gila. Nak tak nak terpaksa jugalah aku berbelanja untuk merawat lappy tercinta. Nanti dah habis cuti, susah plak nak buat keje kat hostel.

Sorry sebab agak lama juga membiarkan blog ni tanpa updates. Aku berhutang entri berkenaan PBS di Penang. Nanti lappy aku da sihat aku akan update laen okey. Sekarang ni terpaksa online gune dekstop kat rumah ni. Biar pun lambat dan slow, tapi boleh la untuk melepas gian online. Hehe.

Thats it for now. See you all next time.


Sekian, wassalam.

8.3.11

Berdiri Teguh

Assalamualaikum.



Biar dicampak diri ku ini
Akan ku tetap berdiri teguh di sini,

Biar diragui diri ku ini
Akan ku tetap berdiri teguh di sini,

Biar dilukai diri ku ini
Akan ku tetap berdiri teguh di sini,

Biar dihina diri ku ini
Akan ku tetap berdiri teguh di sini




Sekian, wassalam.


3.3.11

Off To Penang

Assalamualaikum.


Berakhirnya minggu yang agak sibuk. Projek menjahit baju hawaii telah pun aku selesai dengan jayanya. Program BIG untuk semester kali ini telah pun berlansung dengan jayanya. Assigment Hubungan Etnik dan Anatomi & Fsiologi telah pun dihantar. Lega sedikit.

ye saya tau buruk!



Minggu depan, aku akan menjalani SBE di Penang selama seminggu bermula 7-11 Mac. So, kalau ada sesiapa nak jumpa sila buat temujanji okey (walaupun aku tau tade siapa nak jumpa aku). 12 Mac bermulalah cuti dan bermakna aku juga akan turut cuti seminggu.
 
Pape pun, doakan aku selamat sampai di Penang dan doakan juga supaya aku tak berboros di sana. 




|| my lappy sedang sakit-sakit. susah nak buka mata. hehe.




Sekian, wassalam.

1.3.11

Hapus Dan Tutup

Assalamualaikum.



blogging like crazy


Korang pernah tak sampai satu tahap, korang rasa korang mahu je stop blogging?

Aku?

Aku sedang rasa perasaan itu sekarang ni.

Aku start berblog 2 tahun yang lepas, masa tu aman dan damai lagi tenteram. Follower pun takde sangat. Tukang komen pun takde. Kebanyakkan yang baca dan komen pun kawan-kawan terdekat je.

Sekarang, banyak sudah blog yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Makin meriah. Makin ramai follower. Makin ramai yang komen. Seronok.

Tapi, semua tu jadi tak seronok bila ada yang buat spoil. Aku jadi tak tenteram nak berblog. Yes! Memang aku hanya memerhati saja. Aku jadi mual. Mual dengan semua persengketaan.


aku duduk tepi, just tengok je gelagat korang


Okeylah. Aku malas nak taip lebih-lebih. Agak-agak kalau korang search blog ni dan tak jumpa, maknanya blog ni telah aku hapuskan. Agak-agak kalau blog ni tak berupdate, maknanya blog ni hanya tinggal kenangan.


Sekian, wassalam.

Blog Widget by LinkWithin