31.12.09

Bebel Tahun Baru.

salam.




Dalam beberapa jam saja lagi akan berlabuhlah tirai bagi tahun 2009. Tepat jam 12.00 tengah malam nanti maka bermulalah suatu perubahan pada angka dalam kiraan tahun masihi. Dari angka 2009 berganjak pula kepada angka 2010. Dengan berakhirnya tahun 2009 ini, sudahkah azam ataupun sasaran yang anda tetap di awal tersebut telah tercapai dan dipenuhi. Kalau sudah, Alhamdulillah. Apa pula azam untuk 2010 nanti? Kalau azam 2009 itu masih belum tercapai foword-kan sahaja untuk dijadikan azam 2010. Janganlah ditanya pula apakah azam aku. Kerana jawapan aku hanyalah, aku mahu menjadi lebih dari yang sebelumnya. Tampak klise dan biasa, namun perkara tersebutlah paling sukar untuk dilunaskan.

Malam tahun baru ini juga dapatlah kita lihat pelbagai kaedah serta ragam dan cara anak-anak muda dan juga orang ramai menyambut tahun baru. Ada yang pergi menonton konsert hiburan, berparti dan lain-lain cara lagi. Aku tidak pernah menyambut tahun baru dengan cara sebegitu. Malam tahun baru aku akan menghabiskan masa di rumah sahaja. Duduk di depan peti televisyen atau pun online sahaja paling best aku tidur. Anda mahu kata aku tidak menikmati nikmat tahun baru seperti sesetengah anak muda lakukan. Mahu katakan aku ketinggalan zaman? Kolot? Terserah pada anda. Aku tidak suka bersesak-sesak dalam keramaian sebegitu. Rimas. Bagi aku, lebih baik berada dirumah. Sekurang-kurangnya terhindar juga dari gejala yang tidak sihat itu.

Dalam kesempatan ini, juga aku ingin mengucapkan selamat tahun baru masihi, 2010. Semoga setiap perkara yang berlaku sepanjang 2009 ini akan memberi pengajaran, tauladan serta pedoman untuk kita menempuhi tahun 2010 dengan lebih baik lagi. Insya Allah.

wassalam.



Puisi Ini.

salam.


aku bukan komposer,
mencipta melodi indah.

aku bukan doktor,
merawat kesakitan penyakit.

aku bukan arkitek,
membina bangunan hebat.

aku bukan pelawak,
membuat ketawa kegembiraan.

namun,

aku mampu membuat harimu indah,
aku mampu merwat harimu yang sakit,
aku mampu jadikan harimu hebat,
dan aku mampu membuat harimu gembira.


wassalam.

Warkah.

salam.



keterujaan aku untuk meng-update semakin menurun. sifat ini akan semakin meruncing apabila aku kembali ke kampus. kesibukan sebagai pelatih guru serta kesengalan capaian jaringan internet tanpa wayar adalah antara faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini. ribuan maaf dipinta andai blog ini terbengkalai. jujurnya, aku bukan seorang yang pandai dalam penulisan. aku sekadar berkongsi apa yang aku rasa, fikirkan dan tahu. jadi, janganlah meletak harapan untuk aku meberi lebih dari pengetahuan aku.

tahun 2009 akan melabuhkan tirai lebih kurang 23 jam dari sekarang. tahun 2010 pula akn menjelma. sudahkah azam anda di tahun 2009 telah berjaya dicapai? atau ia sekadar omong serta angan kosong. ibarat menaman tebu di pinggir bibir. kalau telah tercapai, syukur kepada-Nya. apa pula sasaran anda untuk tahun 2010 nanti? azam aku tidak sehebat anda mungkin. aku cuma mahu menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum. itu pun, agak sukar untuk aku capai. hehe.

jutaan terima kasih ingin aku tujukan kepada semua. bagi yang menjadi follower aku itu, maaf jika aku tidak menjadi follower anda kembali. blog anda aku rajin singgah juga. cuma jarang meninggalkan jejak saja. para pembaca, terima juga kepada anda kerana sudi membaca penulisan aku yang tidak hebat ini. senang-senang, terima kasih lah kepada semua. hehe.

untuk post akan datang insya Allah aku akan membuat rumusan tentang perjalan aku dalm berblog sepanjang 2009. insya Allah. ini bukan janji, tapi sekadar perancangan.

wassalam.

29.12.09

Bagaimana Mahu Membuat Sticky Mode Entri.

salam.

kali ini aku mahu berkongsi kepada blogger yang masing
tidak tahu bagaimana mahu membuat sticky mode entri.
sticky mode entri bermaksud entri yang kekal berpada
di atas dalam tempoh masa tertentu. walaupun kita update
blog kita, entri tersebut akan kekal di atas.

langkah-langkahnya adalah seperti berikut :

1. Pilih "Edit Post" di dashboard anda.

2. Pilih entri yang hendak dijadikan "sticky mode entri" dan klik "Edit"
(pastikan entri yang hendak dijadikan sticky itu telah di-publish-kan terlebih dahulu)

3. Setelah itu, klik pada "Post Option".
4. Tukarkan "Tarikh" dan "Masa" sehingga bila entri tersebut mahu dijadikan sticky mode.
5. Selesai yang itu, klik-kan "Publish Post" untuk publish-kan entri tersebut.

*gambarajah, hasil dari sticky mode

aku harap entri kali ini akan memberi manfaat kepada semua.
Insya Allah.


wassalam.



Sharing Is Caring 2.

salam.



Since ramai gak yang bertanya dari manakah
aku mendapatkan signature yang kacak lagi elegan
seperti yang berada di penjuru kanan sebelah bawah
di setiap entri di blog ini.

jadi aku mahu berkongsi link untuk mendapatkan
signature sekacak dan seelegan atau lebih kacak lagi elegan
dari aku punya yang sedia ada. bolehlah klik pada link ini :

| signature |

wassalam.


|| sharing itu juga adalah sangat sexy. ahaha.

26.12.09

Emosional Rasional.

salam.



aku bermadah bukannya aku jiwang.
aku hanya menzahirkan luahan hati
yang kadang kala merintihkan ayat-ayat cinta
dalam mengalirkan kasih sayang kepada
sesuatu bentuk yang puitis.

aku bermadah bukannya aku lemah.
aku hanya mengekspresikan lintasan idea
yang slalu ingin diungkapkan seindah mungkin
bagi mencetuskan inspirasi minda kepada
sesuatu bentuk yang berintepretasi.



wassalam.



24.12.09

Sharing Is Caring 1.

salam.




Tahukah anda bahawa pokok kaktus boleh menyimpan banyak air pada daun, pangkal dan akar bagi membolehkan ia hidup di kawasan kering dan padang pasir. Walaupun padang pasir memperolehi hujan yang sedikit tapi pokok kaktus akan enyerap air sebanyak yang mungkin supaya ia boleh hidup semasa musim kering. Namun begitu, duri yang terdapat pada pokok berkenaan turut memainkan peranan penting dalam kitaran hidupnya. Duri yang tajam menghalang haiwan untuk memakannya. Duri itu juga menghalang tiupan angin yang kuat terhadap pokok itu, sekali gus mengurangkan penyejatan air dalam pokok itu. Selain itu, duri pada pokok kaktus turut berperanan membenarkan lembapan pada waktu malam berkumpul pada hujungnya dan kemudian air ini akan jatuh bagi membolehkan akar pokok itu menyerap air berkenaan.


wassalam.


|| sharing is sexy. so, tak salahkan untuk berkongsi??



23.12.09

Kisah Si Ngeng.

salam.



Si Ngeng berjalan di Pasar Malam Kampung Raja. perutnya yang comel itu berlagu derita merindu dendangan ahli fiqir sejak tadi. Perutnya tidak berisi dari pagi tadi. Si Ngeng terlalu sibuk dengan pekerjaannya hari ini.

Deria bau beliau terpesona dengan bau itik panggang di garisan permulaan pasar itu. Tapi beliau meneruskan langkah. Di pertengahan perjalanan, beliau terhidu bau jagung manis.

"Wah! Sedapnya" monolog nafsu buas beliau. Namun beliau sebagai seorang yang teguh imannya, terus berjalan ke hujung pasar. Di hujung pasar itu beliau terlihat gerai menjual pasembok dan bersebelahan gerai tersebut, ada gerai kuih koci.

Si Ngeng menghampiri gerai tersebut. Lalu beliau bersuara. "dik, bagi abang kuih koci seringgit". selepas membayar beliau berlalu. Beliau menjeling penjual pasembok di sebelah gerai koci tersebut dengan penuh kebencian. Lalu beredar.

Beliau turut membeli jagung manis dan juga itik panggang separuh sewaktu perjalanan kembali ke kereta yang membawa beliau sebentar tadi. Selesai kerja membeli juadah.

Sesampai beliau di rumah, Si ngeng terus mandi dan solat maghrib. Selepas itu, beliau terus menjamah makanan-makanan yang dibeli di Pasar Malam Kampung Raja tadi. Beliau makan seorang sebab beliau masih belum berkahwin walaupun beliau seorang yang kacak lagi macho.

Selepas itu, beliau menunaikan solat isyak berjemaah di masjid. Sesudah balik dari masjid, beliau melakukan kerja-kerja menanda assignment pelajar beliau. Selesai menanda assignment Afiq Syazwan, beliau terus tidur.


~TAMAT~


wassalam.


|| cerita ini adalah rekaan semata-mata. tiada kene mengena dengan yang mati mahupun hidup.


22.12.09

Bernafas.

salam.




bernafas tanpa engkau,
umpama suram hariku.


bernafas tanpa engkau,
umpama lemah tenagaku.


bernafas tanpa engkau,

umpama mundur tingkahku.

bernafas tanpa engkau,

umpama tepu mindaku.


bernafas tanpa engkau,

umpama mati nyawaku.


wassalam.



|| diriku digamit kejiwangan. ahaha >.<







21.12.09

Fakta atau Auta?

salam.




tadi aku termenonton satu rancangan di TV3, Rahsia Kejelitaan 3.
mereka ada menyatakan bahawa

memakan makanan pedas/cili boleh mengurangkan berat badan.

sangat menarik fakta itu.
jadi mari memakan makanan yang pedas-pedas. ahaha.

fyi, aku sangat suka makan makanan pedas-pedas ini.
tapi aku tak rasa pun berat aku berkurang,
rasa-rasanya bertambah adalah. muhaha


wassalam.


20.12.09

lima.

salam.



lima buah lagu yang mesti aku dengar sebelum tidur. ahaha.


5. meet me halfway - black eyes peace

4. sedalamnya cinta - saida af

3. merah itu cinta - leez af

2. tentang kita - channel

1. let me hear your voice - bing bang



memang kebanyakkan lagu-lagu tersebut mendayu dan jiwangs.
sebab itu lah aku suka layan sebelum tidur. ahaha


wassalam.



19.12.09

Just Tell.

salam.



wassalam.




17.12.09

Salam Maal Hijrah 1431.

salam.




dikesempatan ini aku ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM
1431 HIJRAH.

jadikan tahun sebelum ini sebagai pedoman
untuk kita meniti hari-hari yang akan mendatang.
INSYA ALLAH

buang yang keruh, ambillah yang jernih.


wassalam.




Re-opening.

salam.


akhirnya, aku membuka blog ini kepada tatapan umum.



aku ingin memohom maaf kepada semua.

apa apa hal, teruskanlah membaca blog budak hingusan
ini dengan sepuas-puasnya. ahaha. enjoy.


wassalam.


|| aku rindu sayang kamu >.<





16.12.09

Black & White Photography Contest.

salam.

|| klik pada gambarajah di atas untuk ke blog penganjur


sebenarnya sudah lama usha contest ini dari blog ALIE.
nampak menarik dan simple saja contestnya.
contest ini telah dianjurkan oleh blogger yang
bernama EZZAN YUSOP
setelah sekian lama berfikir, akhirnya aku buat keputusan
untuk join contest ini. menang kalah belakang kira.
first contest aku sejak jadi blogger iaitu setahun yang lalu.



gambarajah ini dipilih sebab aku bergambar
dengan kereta yang comel itu. ahaha.
kereta siapa aku pun tak tahu.
juga, kenangan sewaktu menjalani latihan
untuk drama nite 2009.


selain aku, mereka pun ada gambarajah bersama
kereta comel tersebut. ahaha.


sehubungan dengan itu, dengan rasminya aku
buka balik blog aku kepada tatapan umum.


wassalam.










Unspoken Love.

salam.



video


kadang-kadang cinta tak perlu diluahkan dengan kata-kata.




wassalam.

Pepatah Aku.

salam.





selalu sms tak bermakna sayang,
jarang sms tak bermakna benci,
selalu call tak bermakna rindu,

jarang call tak bermakna jauh.


tapi apa yang lebih bermakna,

keikhlasan dan kejujuran dalam perhubungan.




wassalam.


|| blog ini akan dibuka untuk bacaan umum tidak lama lagi >.<



13.12.09

Sepuluh.

salam.




sepuluh lagu yang boleh buat aku terjiwang. ahaha.




10. biarlah rahsia - siti nurhaliza
sebab, aku tidak akan memberi tahu sesiapa yang aku telah mempunyai pasangan.


09. kenangan terindah - samsons
sebab, banyak gila kenangan dengan lagu ini. sejak mula-mula dengar lagu ini di radio lagi.


08. relaku pujuk - spider
kenangan sewaktu tingkatan dua. ahakz3.


07. hati terluka - billy zulkarnain
sebab, hati aku pernah dilukai dulu :'(


06. bunga-bunga cinta - misha omar
sebab, maksud lagu ini sangat mendalam dan aku sangat suka dengan suara penyanyi lagu ini >.<


05. ada untukmu - nubhan
sebabnya, lagu ini punyai bait-bait lirik yang puitis dan melodi yang sungguh indah. ahakz3.


04. sampai syurga - faizal tahir
aku still tunggu dan berharap pada dia. noktah. jangan tanya aku siapa "dia" itu.


03. dari jauh - nabil
suka gila dengan lirik lagu ini. sangat kena dengan aku.


02. tiada yang kedua - khafi
tak orang yang boleh ganti tempat dia setakat ini :-/


01. berhenti berharap - sheila on 7
lagu ini kenangan masa tingkatan dua juga.





sekian sahaja.


wassalam.



|| akan buka blog ini pada umum kelak. insya Allah.



12.12.09

Soon.

salam.



coming soon





wassalam.






|| i will open this blog to everyone soon.



Heartless.

salam.




i'm getting heartless day by day.
i don't know why i'm being like this.
i'm also don't know since when i'm got this felling.


i love this felling but sometimes this felling
make me fell crazy.



wassalam.




|| i will open this blog for all soon :)



11.12.09

Follow & Followers

salam.





aku tak pernah memaksa sesiapa untuk follow blog bodoh ini.
jadi jangan paksa aku untuk follow blog korang.
aku akan follow blog yang aku berkenan sahaja.
blog yang memenuhi citarasa peribadi aku sebagai pembaca normal.

aku akan keep on read your blog jika aku sudah jadi follower
blog korang itu walaupun aku jarang - jarang untuk komen.

kepada yang sudah follow blog aku itu, terima kasih aku ucapkan.




wassalam.





|| blog ini akan di buka pada bacaan untuk tidak lama lagi. harap maklum.




10.12.09

Jalan Jalan

salam.





lately, suka sangat melakukan blog walking.
lompat dari satu blog ke blog lain.

seronok juga la kan membaca blog-blog orang lain.
macam-macam gaya penulisan dan cara mereka
menyampaikan apa yang dihajati oleh mereka.

ada yang berjela-jela. sangat detail tentang
apa yang mahu disampaikan.
ada juga penuh dengan gambar saja.
ada juga yang tulis ringkas tapi padat dan
apa yang ingin sampaikan dapat diterima oleh pembacanya.

kalau nak bandingkan blog aku dengan blog-blog orang lain
memang sangat seronoklah membaca mereka punya.
aku memang tak reti untuk huha-huha berjela.
aku tulis pendek-pendek saja kot. kan?? ahaha.
tulis terus straight to the point.
sebab aku tak pandai nak bagi mukadimah yang
berjela-jela, buat orang yang baca gelak sorang-sorang
depan lappy or pc mereka.

konklusinya, setiap daripada blogger
ada gaya dan cara penulisan yang tersendiri.
kalau kita lihat jika mempunyai persamaan itu
memang tidak disengajakan mungkin.

baiklah, setakat ini sahaja.



wassalam.








|| blog ini akan dibuka kepada umum kelak :)


Blog Widget by LinkWithin