Salam.
Untuk entri kali ini ade sedikit berbaur politik. Jadi jika anda tidak berminat untuk membaca, anda boleh meninggalkan laman sesawang ini.
Seperti yang sedia maklum, Parlimen Hulu Selangor telah pun ditawan semula oleh Barisan Nasional. Calon dari BN, P Kamalanathan telah menangi kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti sebanyak 1,725.
Tahniah diucapkan. Semoga beliau dapat memberi sinar pembaharuan di kawasan tersebut.
Sebelum entri ini di tulis, aku telah membaca blog ini. Aku sangat tertarik dengan entri beliau yang latest. Apa yang beliau perkatakan ada juga betulnya.
Wakil-wakil rakyat yang dipilih sewaktu pilihanraya beberapa tahun yang lepas tidakubah seperti kanak-kanak yang gemar bergaduh di padang permainan. Beliau menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kualiti perdebatan yang berlaku di Dewan Rakkyat.
Kemana hilang seri perbahasan yang berkualiti yang mampu memberi perubahan serta pembelaan kepada nasib rakyat? Jangan hanya pandai berkata tetapi habuk pun tarak. Diam tak bermakna tiada apa-apa.
Justeru, aku berharap wakil-wakil rakyat yang dipilih dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Barulah rakyat hidup lebih selesa. Taulan yang baik juga wajar diberikan bagi membentuk masyarakat yang mempunyai tahap pemikiran yang bagus.
|| aku pernah menghebahkan mengenai contest ulang tahun blog ini kan? jadi nantikan kemunculannya beberapa hari lagi. hehe.
Sekian, wassalam.