Di suatu petang yang terik, berpakatlah Si Ngeng, Si Mantap, Si Kecil dan Si Koci untuk keluar meronggeng bersama. Jadi Si Koci pun dengan rela hati membawa kenderaan bertayar empat untuk dijadikan pengangkutan. Minyak pada hari itu ditaja oleh Si Mantap. Jadi mereka dengan perasaan yang penuh keghairah menaiki kenderaan tersebut untuk ke destinasi kebiasaan bagi mereka untuk meronggeng.
"Wei, perlu ke isi minyak sekarang atau balik nanti" soal Si Ngeng.
"Aku rasa balik nanti baru kita isi" jawab Si Koci tuan punya kereta.
"Okey" sampuk Si Mantap selaku penaja.
Dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 30 minit itu, macam-macam yang mereka bualkan. Maklumlah sudah lama tidak meronggeng bersama. Tiba-tiba...
"Koci, kenapa dengan kereta kau ni? Macam ada something wrong je" soal Si Kecik.
"Alamak! Aku lupa yang meter kereta ni rosak. Ni mesti minyak tak ada ini." jawab Si Koci
"Ketepikan kereta cepat, Koci" herdik Si Ngeng panik
Nasib dengan kecekapan Si Koci, kereta yang mereka naik dapat digerakkan ke tepi bahu jalan.
"Gila la kau ni Koci, bukan nak cakap awal-awal meter minyak kau rosak" pekik Si Mantap.
"Sori la geng. Aku tak teringat" jawab Si Koci serba salah.
"Eh, Mantap pergi la beli minyak. Takkan nak bertapa kat sini je" perintah Si Kecik
"Aku pula yang kene. Koci la pergi beli. Semua salah dia" balas Si Mantap.
"Kalau macam tu, kau bagi duit kat dia lah" kata Si Ngeng.
Maka dengan muka yang senget itu, Si Koci pun berjalan dengan memegang sebuah botol plakstik untuk diisi minyak di stesen minyak yang tidak jauh dari situ.
Setengah jam kemudian, kembalilah Si Koci dengan botol yang diisi dengan minyak. Setelah selesai mengisi minyak ke perut kereta tersebut. Maka kembali bernyawalah kenderaan tersebut. Selepas itu, kembalilah mereka meneruskan perjalanan mereka yang masih berbaki 15 minit perjalanan.