29.9.10

Sepetang Berbola Tampar.

Salam.

Beriadah baik untuk kesihatan. Jadi amalkanlah selalu. Gambar ini aku capture time rileks-rileks.





Aku rasa gambar ini gambar terbaik yang pernah aku capture. Hehe. Sorry terperasan jap.



|| gerko itu bermaksud gerak kokurikulum. esaimen tinggal lagi satu :)



Sekian, wassalam.

28.9.10

Dia Yang Bisa Menjawab.

Salam.

walau seburuk mana pun jalan yang tersedia, kuatkanlah diri menempuhinya


Adakah hadirnya dia untuk mengisi kekosonganku, menjadi pembalut kelukaan hati lalu atau penawar kepada racun kedukaan?

Adakah hadirnya dia untuk sementara sahaja, atau sekadar persinggahan, paling tidak pun sebagai penyeri warna yang kian suram?

Apakah diri ini hanya bermain dengan perasaan sendiri, sekadar bertepuk sebelah tangan atau pun penumpang kegembiraannya sahaja?

Apakah diri ini sangat diperlukannya, bergunakah aku buatnya atau aku hanya boneka dikala kebosanan dengan pencariannya?


Hanya dia yang bisa memberi jawapan yang sekian lama tergantung. Hurmm..




|| esaimen semakin berkurangan. amali semakin pergi. exam semakin hampir.


Sekian, wassalam.

25.9.10

Rasa Hati.

Salam.

akan aku nanti detik-detik itu




Terpendam,
Terus ke dalam dasar,
Tak terungkap walau sebutir.

Pedih, 
Pada rasa dalam kesedaran,
Parah di ruangan kosong.

Sukar,
Sedih dalam salutan kegembiraan,
Sunyi di luaran berbunyi hingar.

Kuat, 
Kudrat digagahi demi waktu,
Kepada-Nya diserahkan segalanya.

Andai,
Aku dan dia bersama,
Antara angan dalam mimpi.



Sekian, wassalam.

22.9.10

[MP3] Kenangan Cinta - Fahmy

Salam.


Mari layan jiwang dengan lagu ini. Sila klik play okey.



 



Kenangan
Saat berputiknya cinta bersama,
Indah semua kau dan aku berdua

Mengapa,
Kesudahan begini yang kau pinta,
Mengakhirkan cinta kita

Siapa sebenarnya,
Yang menjadi punca perpisahan kita,
Cinta dan perasaanku hancur kini,
Kau pergi

Andainya engkau tahu perasaan ini,
Ku pasti kau mengerti,
Menangis sendiri

Pintaku hanya satu sebelum berlalu,
Jika engkau disakiti pulanglah,
Kan ku nanti kau kembali,
Oh sayang



|| untuk download MP3 lagu ini, sila klik [sini]

|| untuk tutorial MP3 player tersebut, sila klik [sini]

|| fahmy merupakan salah seorang peserta Malaysian Idol musim pertama


Sekian, wassalam.




21.9.10

New Banner.

Salam.

Petang tadi aku gatal tangan. Jadi sajalah try and error buat banner yang baru. Aku tahu tak hensem cantik. Tapi okey lah tu kan? Huhu.

Lama





Baru





Sekian, wassalam.

Hatiku.

Salam.




Hatiku di bawa angin,
Sehingga ke tengah lautan,
Jauh...

Hatiku di baham ombak,
Sehingga ke tepi pantai,
Sunyi...

Hatiku di kutip orang,
Sehingga ke dasar jiwanya,
Dalam...

Hatiku di belai bahagia,
Sehingga ke atas langit,
Tinggi...

Hatiku di robek duka,
Sehingga ke dalam tanah,
Sakit...



|| begitulah lumrah penghidupan sekeping hati.


Sekian, wassalam.

15.9.10

Berfikir Menggunakan Akal Serta Iman.

Salam.




Ini gambar anak buah aku. Nama dia Hakim. Berusia 4 tahun. Sebenarnya ada cerita disebalik budak ini. Jom ikuti apa kisahnya.



Wartawan : Sudah besar nak jadi apa?
Hakim : Peti ais.
Wartawan : Kenapa nak jadi peti ais?
Hakim : Sebab boleh simpan barang.
Wartawan : Peti ais orang yang buat la.
Hakim : Kalau macam tu nak jadi seluar la.
Wartawan : Kenapa?
Hakim : Sebab boleh pakai.
Wartawan : (gelak terguling-guling)




Moral of the story ::
See. How interligent he is. Setiap persoalan dijawab dengan sebab yang bernas. Kalau kanak-kanak sebesar itu boleh berfikiran sebegitu, tidak malukah kita sebagai orang dewasa bertindak tanpa sebab yang kukuh. Menggunakan nafsu ketika berfikir dan bukan akal serta iman dalam membuat keputusan.



|| wartawan tu adalah kakak aku.


Sekian, wassalam.

14.9.10

[MP3] Aizat Amdan

Salam.

Just nak share lagu yang agak best pada pendengaran telinga aku sekarang ini. Dua buah lagu dari bekas peserta realiti iaitu Aizat

Kalau korang nak dengar kasi download la dulu okey. Pastu korang boleh pusing banyak kali lagu tu.







Hope korang enjoy lagu tersebut. Selamat mendownload dan mendengar :)

Sekian, wassalam.


12.9.10

Mood Raya.

Salam.

 tataplah gambar aku sebagai pengubat rindu :P




Masih dalam mood beraya. Jadi blog ini akan dihentikan update nya sementara. Hehe.


|| jumlah duit raya saya bertambah jumlahnya :)


Sekian, wassalam.

9.9.10

Aku dan Raya.

Salam.

Salam Aidilfitri buat semua. Mahu raya sudah kita. Terasa sekejap je Ramadhan kali ini. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia untuk Ramadhan kali ini. Ramadhan yang akan datang? Hanya Dia saja yang tahu.

Baiklah. Time raya macam ni memang semua orang teruja. Dengan baju baru, langsir baru, seluar dalam baru dan kalau boleh semua nak serba barulah gamaknya.

Ada beberapa perkara tentang aku dan raya yang korang tak tahu yang aku nak bagitahu. Hehe.

Aku dan Kuih Raya
Secara dasarnya aku kurang berminat makan kuih raya ini. Aku kalau beraya rumah orang atau rumah sendiri, aku akan cari kerepek atau kekacang untuk di kunyah. Kalau makan kuih-muih pun dua tiga biji je. Lagi satu, kuih tat kegemaran ramai tu, aku hanya akan makan tepungnya saja. Intinya aku akan buang. Jangan tanya kenapa.

 
Aku dan Makanan 
Aku suka makan ketupat atau lontong* dengan kuah kacang plus kuah lodeh. Kalau ada rendang aku lagi suka latah macam tu je. Ahaha. Kami adik beradik, lepas solat sunat Aidilfitri akan berkunjung ke rumah saudara mara kami. Jadi kami semua akan reserve perut untuk rumah-rumah yang terpilih untuk makan. Ahaha. 



Aku dan Duit Raya
Oleh kerana muka aku still maintain muda, jadi selalunya aku akan dapat duit raya banyak. Orang ingat aku still 12 tahun walaupun aku sudah 20 tahun. Tu yang seronok tu. Duit raya aku lebih banyak dari anak-anak buah aku yang masih bersekolah. Ahaha. Anyone nak bagi duit raya kat aku? Boleh la tekan pujaan hati aku. Hehe.



Itu saja kot yang aku boleh fikir sekarang ini. Walaupun sebelum aku taip entri ini melambak-lambak idea datang. Pape pun aku harap korang enjoylah raya untuk kali ini dengan sebaik-baiknya. Siapa tahu tahun ini tahun terakhir kita beraya kan?

Justeru itu, aku ini menyusun 10 jari tangan dan kaki memohon kemaafan andai semasa korang membaca penulisan aku di blog ni, ada membuat koang terasa hati ke, terguris perasaan ke, terseksa jiwa raga ke. 



||aku rasa sesapa orang jawa tentu dia tahu lontong tu macam mana.


Sekian, wassalam.

Salam Aidilfitri Buat Semua.

Salam.

 kalaulah semeriah ni. best!

Khas buat semua blogger, follower serta pengunjung blog ini.

aku tahu aku cute :P


poster kempen keselamatan jalan raya :)


Kita semua seri 0-0 okey. Buang yang keruh ambil yang jernih. Raya nanti jemputlah datang rumah :)




|| sori la. aku bukan pandai sangat mengedit gambar.


Sekian, wassalam.

7.9.10

Kalaulah Iklannya Sebagus Ini.

Salam.

Tadi godek-godek youtube tengok iklan raya tahun-tahun lepas. Pastu terjumpa plak iklan ni. Sarat dengan mesej. Sedih pun ada.

Jom kita layan iklan ini.


dari layan iklan yang ntah pape kan.

Sekian, wassalam.


6.9.10

Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa II.

Salam.

Aku ingin berkongsi serba sedikit gambar-gambar sewaktu aku menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau dalam bahasa Inggerisnya di panggil School Based Experience (SBE) dari 30 Ogos 2010 sehingga 3 September 2010 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1). Untuk PBS kali ini aku ditemani oleh 4 orang rakan aku yang lain. Jadi kita layan saja gambar di bawah ini okey.


sambutan hari kemerdekaan ke-53

suasana P&P kemahiran hidup

hasil kerja kami, para untuk tanaman hiasan

majlis khatam al-Quran

asraf, fakhree, fahmi, azrin dan murid-murid

 diserbu peminat

 peminat-peminat aku. ahaha.

 kami dan cikgu noraini puteh

Lagi gambar ketika aku dan rakan-rakan ber-SBE klik sini : SBE Fasa II



Sekian, wassalam.

2.9.10

10 Malam Terakhir Ramadhan.

Salam.



Perjalanan kita dalam bulan penuh kemulian ini telah pun memasuki frasa 10 malam terakhir. 10 malam terakhir ini telah dijanjikan, adanya satu malam ganjil yang penuh keberkatan. Malam tersebut dipanggil malam lailatul qada'. Penuhilah malam-malam terakhir yang masih berbaki dengan ibadah serta ketaqwaan.

Semoga dipenghujung Ramadhan ini, bertambahlah amalan kita. Bukannya bertambah pengaliran mata wang kita ke pengusaha-pengusaha jualan mudah. Aku pun sedang berusaha meningkatkan amal ibadah. Jadi, sama-samalah kita berusaha ke arah itu. Insya Allah.






Sekian, wassalam.

Blog Widget by LinkWithin