bayangkanlah dengan tiba-tiba dunia ini tak ada gandum, barli dan sekoi. Tak ada juga jagung, pulut atau jagung jawi. Yang ada cuma beras. Itu pun beras siam sahaja. jenis lain haram tak ada. Tak ada malinja, ria atau mahsuri.
Maka, agaknya capati pun akan diperbuat daripada tepung beras. Begitu juga tose, roti Perancis atau roti burger. Kalau ada pun pembuat roti guna tepung itu, mungkin cuma seorang dua sahaja. Bayangkanlah dengan tiba-tiba tak ada air sirap, teh, kopi, air tapai dan segala-galanya. Yang ada cuma air sejuk dari sungai dan perigi. Manakala air laut pula dah tak masin lagi. Bayangkanlah dengan tiba-tiba dalam dunia ini cuma ada buah durian sahaja. Tak ada lagi mangga, pulasan atau nangka dan rambutan. Tiada juga kurma atau epal, anggur atau mempelam. Di mana-mana, di sini dan di sana yang ada cuma durian semata-mata
Bengkak agaknya hidung orang putih. Pucatlah agaknya muka orang Arab. Agaknya juga orang perempuan yang selalu mencecah asam atau ulam terpaksa mencecah putik durian dengan sambal belacan. Bayangkanlah di dunia ini tak ada warna-warna merah, biru, kuning dan segala-galanya. Bagaimana agaknya nasib pelukis. Siapakah yang hendak beli lukisan mereka kalau semua lukisan macam kain kafan belaka. Jangankan seribu ringgit, dua puluh sen pun orang fikir lapan kali. Akhir sekali bayangkanlah semua yang ada di dunia ini sama sahaja. Serupa seratus peratus, baik dari segi bentuk ataupun warna. Bagaimana agaknya rupa rumah anda kalau segala perabot kelihatan semacam aje - misalnya kesemuanya berbentuk separa meja. Almari macam meja, kerusi macam meja, sudu macam meja, cawan macam meja - payau bukan?
Bagaimana kalau manusia itu semuanya serupa. Sama tinggi, sama rendah. Sama gemuk, sama kurus. Lebih istimewa lagi mereka dan kita semua sama berkulit putih. Bayangkanlah. Bayangkan? Sekiranya pada pukul 7.30 pagi esok segala yang kita bayangkan itu benar-benar terjadi, nescaya pada pukul 7.31 pagi yang sama kita semua dah tak ada lagi. Dah padam. Kalau ada pun tak bemakna sebab ketika itu dunia betul-betul dah porak-peranda.
Kita mengajak anda membayangkan itu semata-mata untuk menamankan di jiwa bersama tentang betapa Tuhan itu Maha Adil dan Maha Bijaksana kerana telah menjadikan dunia ini dengan rupa yang sedia ada - dengan benda-benda beraneka bentuk dan kelakuan. Hanya orang yang bangang sahaja yang menafikan bahawa yang hitam itu sama pentingnya dengan yang putih dan merah itu sama bergunanya dengan yang hijau. Untuk itu anda tidak perlu berasa rendah diri kalau ditakdirkan kulit anda hitam sedikit atau gigi anda kuning banyak. Sehitam-hitam manusia ada manisnya. Tak percaya, cuba hidu bau tubuh kebanyakan orang putih. Hmm... kadangkala bau badannya menyebabkan kita tertanya-tanya di negara mereka tidak ada airkah??
Untuk itu juga kita tidak perlu memandang tinggi pada polisi regim Bhota di Afrika Selatan yang degil dengan dasar aparteidnya. Pendukung-pendukung regim itu bukanlah orang yang bijak kerana kalau mereka bijak, mereka tidak akan memandang rendah kepada orang yang kulit berwarna. Kalau mereka bijak juga mereka akan melihat kulit manusia yang berwarna-warni itu sebagai suatu keindahan. Suatu seni yang tiada tolok bandingannya. Malangnya pendukung-pendukung regim itu tidak berjiwa seni. Malangnya mereka mempunyai mata tetapi tidak mempunyai hati. Agaknya mereka menyangka kerana kulit mereka putih maka darah mereka juga putih dan keran kulit orang yang mereka hina itu berkulit hitam maka darah dan hati yang dihina itu adalah hitam. Kalau itu anggapan mereka, martabat mereka mungkin lebih bawah sedikit daripada lembu jika tidak pun, mungkin lebih koman daripada kerbau.
Sama-samalah kita tentang dasar aparteid itu dengan apa yang kita mampu. Tapi bukan setakat itu sahaja, sikap kita sendiri kenalah tengok-tengok juga. Orang yang lawa tak usahlah terus berhidung tinggi sampai menyentuh dahi apabila berhadapan dengan orang yang tak lawa. Orang yang bijak pula janganlah tunjuk besar sehingga terlupa diri apabila bertemu dengan orang yang tidak bijak. Janganlah sewaktu mulut sibuk bercakap tentang sikap kita menentang dasar pilih kasih berasaskan warna kulit, perangai kita pula sibuk menamakan dasar pilih kasih berasaskan rupa paras, darjat dan kedudukan. Manalah tahu, mungkin ada diantara kita berasa perlu dibuat tandas yang berasingan untuk memisahkan antara orang cantik dan hodoh atau menunggu bas berasingan diantara orang kaya dan orang miskin. Cubalah bersederhana dan menghormati orang setakat yang boleh. Jangan lupa bahawa orang yang paling cantik pun waktu dilahirkan dulu bertelanjang bulat macam orang paling tak cantik. Kemudian, apabila mereka mati dan tubuh mereka sama-sama reput, orang yang paling tak cantik juga akan bertukar menjadi tengkorak sama seperti orang yang paling cantik. Bila dah jadi tengkorak, mana cantik lagi? mana ada orang jantan nak bersiul atau tergoda jika yang melintas di depan mereka cuma sesusun rangka - walaupun rangka itu masa hayatnya disaluti oleh daging dan merupakan tubuh seorang ratu cantik dunia.
hanya dengan sikap menghormati setiap kejadian Tuhan, begitu sahaja dunia ini akan aman. Dan keamanan tentulah menjadi impian kita semua. Tak ada sesiapa pun yang suka berperang. Walaupun mungkin seronok mendengar bunyi meriam atau seronok melihat sayap jet pejuang. Hormatilah fikiran yang tuhan berikan kepada kita. Fikirlah sendiri hikmat-hikmat dan kelebihan di sebalik setipa kejadian yang ada. Dan percayalah bahawa kalau ada ahli-ahli sejarah menggali kubur Nelson Mandela pemimpin berkulit hitam itu, dan kemudian menggali pula kubur Bhota pemimpin kulit putih yang berhidung tinggi tersebut, mereka akan mendapati bahawa tulang Mandela dan Bhota sama- sama putih. Tak berbeza langsung dari segi warna.

1 comments:
wah, boleh tahan isi die...
nanti aku n uzai bwk bende ni ke parlimen tuk dibahaskan....
mesti gempak nyer...
Post a Comment