31.12.08

berlalu pergi dan menyusul tiba

sedar tak sedar segalanya akan berakhir. dari angka 1429 berganti ke 1430. 2008 pula akan melabuhkan tirai dan terungkap pulak 2009. kita dapatkan masa itu berlalu dengan begitu pantas sekali. sehingga kadangkala tidak terkejar oleh kita. benarlah kata pepatah melayu, masa itu emas. jika kita tidak pandai menghargainya pasti kita juga akan rugi.

bagi saya 2008 M/1429 H, banyak peristiwa2 yang akan saya titipkan sebagai ikhtibar yang berguna, kenangan yang bermakna untuk saya tempuhi lembaran baru kelak. suka duka saya sebagai hamba-Nya di muka bumi yang sfera ini. tahun ini gak, tahun yang membuat saya banyak berfikir tentang kekeluargaan, persahabatan, nilai kemanusiaan dan sume benda yang berlaku di dunia yang fana ini.

dari perkara yang akan menjadi kenangan hingga perkara yang mengajar saya erti kehidupan yang sebenarnya. hidup ini boleh diumpamakan tayar kereta. kadang kala di atas jalan yang tar yang rata. kadang kala di atas jalan berbatu-batu kelikir. itulah yang akan menjadikan kita lebih matang dan berfikiran lebih waras dalam membuat keputusan.

berlalu yang lepas juga, membuat kita sentiasa berfikiran kehadapan. tapi dalam masa yang sama jangan kita lupa untuk menoleh sekali sekala menoleh kebelakang, melihat kembali peristiwa2 lalu sebagai perbandingan. adakah yang lepas lebih baek dari hari ini? ia gak bertindak sebagai panduan tok menempuhi hari2 yang bakal mendatang.

bagi diri saya, setiap perkara yang menguji kita itu pasti mempunyai hikmah tersendiri. kadang2 tak tercapai akal tok kita sabagi insan yang lemah tok memikirkannya. kerana itu semua telah tertulis sejak azali lagi dan semua itu telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. jadi marilah kita sama2 berdoa agar hari2lalu merupakan hari yang baik. hari2 yang mendatang menjadi lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah. Amiin.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin