Salam.
Salam Aidilfitri buat semua. Mahu raya sudah kita. Terasa sekejap je Ramadhan kali ini. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia untuk Ramadhan kali ini. Ramadhan yang akan datang? Hanya Dia saja yang tahu.
Baiklah. Time raya macam ni memang semua orang teruja. Dengan baju baru, langsir baru, seluar dalam baru dan kalau boleh semua nak serba barulah gamaknya.
Ada beberapa perkara tentang aku dan raya yang korang tak tahu yang aku nak bagitahu. Hehe.
Aku dan Kuih Raya
Secara dasarnya aku kurang berminat makan kuih raya ini. Aku kalau beraya rumah orang atau rumah sendiri, aku akan cari kerepek atau kekacang untuk di kunyah. Kalau makan kuih-muih pun dua tiga biji je. Lagi satu, kuih tat kegemaran ramai tu, aku hanya akan makan tepungnya saja. Intinya aku akan buang. Jangan tanya kenapa.
Aku dan Makanan
Aku suka makan ketupat atau lontong* dengan kuah kacang plus kuah lodeh. Kalau ada rendang aku lagi suka latah macam tu je. Ahaha. Kami adik beradik, lepas solat sunat Aidilfitri akan berkunjung ke rumah saudara mara kami. Jadi kami semua akan reserve perut untuk rumah-rumah yang terpilih untuk makan. Ahaha.
Aku dan Duit Raya
Oleh kerana muka aku still maintain muda, jadi selalunya aku akan dapat duit raya banyak. Orang ingat aku still 12 tahun walaupun aku sudah 20 tahun. Tu yang seronok tu. Duit raya aku lebih banyak dari anak-anak buah aku yang masih bersekolah. Ahaha. Anyone nak bagi duit raya kat aku? Boleh la tekan pujaan hati aku. Hehe.
Itu saja kot yang aku boleh fikir sekarang ini. Walaupun sebelum aku taip entri ini melambak-lambak idea datang. Pape pun aku harap korang enjoylah raya untuk kali ini dengan sebaik-baiknya. Siapa tahu tahun ini tahun terakhir kita beraya kan?
Justeru itu, aku ini menyusun 10 jari tangan dan kaki memohon kemaafan andai semasa korang membaca penulisan aku di blog ni, ada membuat koang terasa hati ke, terguris perasaan ke, terseksa jiwa raga ke.
||aku rasa sesapa orang jawa tentu dia tahu lontong tu macam mana.
Sekian, wassalam.
3 comments:
rumah ko katne hah??/
ehehe..
erm..aku tak tahu la aku ske bangat same kuih tat..
kebulur aku tengok kuih tue..ehehe
bape duit rye ko we
aku pun sm, maaf zahir batin dipinta, selamat hari raya.:)
nk duit raya yg sampul hijau rhb ank tue..masyuk kot kalo dpt 50 hengget.:)
Post a Comment