16.9.09

Aku dan Hati

salam.


hari ini merupakan hari-hari terakhir aku berpuasa, berbuka serta bertarawikh bersama rakan-rakan di institut ini. sebelum masing-masing pulang kegembiraan ke kampung halaman masing-masing. alhamdulillah, hampir sempurna sudah ibadah puasa kita.

sejak dua menjak ini juga, aku selalu kesibukan dengan segala macam tugasan sebagai seorang pelajar. hampir tidak menang tangan dibuatnya. tidur pun kadang kala tidak menentu. bersengkang mata bersama-sama mengerjakan himpunan, timbunan kerja yang diberikan itu. dalam kealpaan mengerjakan kerja tersebut hati aku semacam gundah gulananya. apa yang tidak kena, aku pun tidak mengerti dan aku juga tak mengetahui. bagaikan ada sesuatu yang masih belum aku sempurnakan. aku monolog di hati, mungkin ini apa yang aku telah kerjakan sebelum ini mungkin. kesalahan aku sewaktu dahulu. kesesatan yang aku sendiri cari. apakah itu? sesuatu yang apabila aku dapat aku persiakan begitu sahaja. sekarang, benda itu telah pun menghilang, aku sesali kemudian.

segala perancangan aku juga tergendala, terbengkalai, terhenti. apa semua ini? bagai ada sesuatu yang menyekat agenda aku itu. tidak ada rezeki mungkin. aku pasrah dan redha kepada-Nya. aku hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan segalanya. yang buruk itu datang dari diriku yang hina, serba kekurangan ini dan segala yang baik itu hadirnya adalah di atas kurnian-Nya jua.




hatiku tidak tenteram akhir-akhir ini. sekadar luahan perasaan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin