20.9.09

Dulu dan Sekarang

salam.

masih dalam mood raya lagi. baru sehari berlalu. aku pun tidak mengerti dan tahu apa yang menyebabkan raya dahulu dan sekarang berbeza. aku adalah insan yang lahir pada awal 90-an.
jadi aku dapat merasa sedikit perbezaannya. mungkin anda-anda semua juga merasakannya.

berkemungkinan besar disebabkan arus permodenan yang menyebabkan suasana itu berubah. mungkin juga sekarang ini terdapat banyak kejadian jenayah yang menyebabkan keadaan itu berlainan. suasana raya tidak kelihatan seperti raya. jalan-jalan di kampung lenggang. anak muda desa hanya duduk di rumah, menonton program di televisyen. mungkin juga hal ini disebabkan generasi tua sudah tiada, jadi anak-anak mereka tidak pulang ke kampung.

aku berharap. suasana yang pernah aku kecapi dahulu akan kembali semula menyerap ke dalam diri generasi muda. aku mahu suasana kemeriahan raya itu terasa.

sekian, wassalam.






nota kaki :: gambar-gambar raya akan di-upload apabila gambar-gambar telah dikumpulkan dan di-transfer ke laptop ini. harap maklum




0 comments:

Blog Widget by LinkWithin