15.3.10

Lee Chong Wei Juara All England. Aku Tak Suka.

salam.


aku baru sahaja selesai menonton perlawanan all england edisi yang ke-100. tahniah buat semua yang menang dan sudah semestinya our hero, datuk lee chong wei telah menang. beliau mengalahkan kenichi togo. 

sangat sengit. aku yang tonton pun sangat beremosi. grr. stop la cite pasal ini. nak tahu lagi cerita all england ini, nanti pergi terjah blog saudara joegrimjow. beliau tengok live kot. sungguh cemburu aku sama beliau. ahaha.

actually, aku ada benda lain yang ingin disampaikan sebenarnya. jadi mari kita ke landasan yang betul. grr. lately, aku banyak melakukan blog walking a.k.a terjah menerjah la. aku paling tak suka beberapa perkara yang aku senaraikan di bawah ini. jadi mari kita lihat, okey.



pertama, blog yang apabila aku mahu buka ia akan memaparkan pesanan di bawah ini. aku pun tak tahu pula yang blog manusia tersebut mengandungi unsur-unsur kelucahan. padahal banyak unsur-unsur kebudak-budakan adalah. walaupun telah dewasa dan wajar digelar daddy atau mummy. leceh kot bagi aku mahu tekan i understand and i wish to continue. jadi kadang-kadang aku terus pangkah. ahaha. sorry :(


seterusnya, dalam aku jalan-jalan dari blog ke blog itu juga, aku sangatlah baik hati untuk memberi satu atau dua atau tiga atau empat atau lima atau komen, pendapat. yang menjadi masalahnya, apabila niat murni aku di perlekehkan benda alah seperti di bawah ini : 


apa benda yang anda semua lihat? ya. ada word verification. aku harap tuan-tuan blog yang dibahagian komennya punyai benda alah tersebut, silalah disable-kannya. caranya, pergi ke dashbord > setting > comments > sila tekan NO pada word verification for comments itu.

yang ketiganya, apabila aku buka blog anda, ia akan mengeluarkan bunyi. untuk pengetahuan anda, aku lebih suka untuk mendengar lagu yang aku main di laptop ini. jadi jangan disebabkan blog anda bising, aku terus keluar dari situ tanpa belas kasihan. ahaha.


kalau anda nak sangat letak music player, pastikan ia bukan auto play dan mempunyai butang pause/stop. jadi aku mahupun orang-orang yang berkunjung ke blog anda itu, boleh la berasa aman dan tenteram ketika membaca blog anda. mana tak nya, yang mana satu mahu didengarnya, lagu di laptop yang mengasyikkan atau lagu di blog anda yang menambah keserabutan di telinga. hehe.

benda ini pun sudah lama aku nak cakap pada anda semua. tapi saja mahu simpan-simpan dulu. nak uji kesabaran dalam diri aku ini. grr. sebenarnya banyak lagi kot benda-benda yang aku tak suka.

anda semua bolah baca kat blog blogger yang sudah otai dari aku. aku sudah siap bagi link lagi. jadi pandai-padailah anda semua membacanya okey.

okey lah. itu sahaja rasanya. harap tidak ada yang terasa dengan apa yang aku cuba perkatakan ini. sama-samalah kita maju sukan untuk negara. ahaha.

sekian, wassalam.

2 comments:

amelia said...

slamat my blog xde sume tu . so pe lg g ar singgah , hehehe .


latingurl91.blogspot.com

shapikapikabon said...

agree.
congrats utk dia. :P

Blog Widget by LinkWithin