20.3.10

Stalker Oh Stalker. Pergilah Main Jauh-jauh.

Salam.


ihsan dari Master G

Aku pehatikan sejak dua menjak ini banyak perbalahan serta pertelingkahan yang berlaku. Dari pemimpin atasan hinggalah ke rakyat yang tidak punya kuasa. Apakah ini salah satu dari petanda yang dijanjikan oleh-Nya? Sama-samalah kita renungkannya.

Sepanjang aku tidak menulis, aku rajin membuat blogwalking. Dari blogger yang sudah bertapak lama sehinggalah blogger yang masih baru, seperti aku. Rata-rata mereka menyatakan isu yang lebih kurang sama. mungkin yang berbeza adalah orang-orang yang terlibat, penyebab dan lain-lain lagi sebab.

Mengapa perlu wujudnya stalker yang berhasrat dengki? Kenapa mahu mengkucar-kacirkan hidup para yang blogger yang terlibat? Jika ada ketidakpuasan hati, cakaplah secara berdepan. Tunjukkan diri anda. Buat tindakan seperti berani mati, tapi pengecut seperti kura-kura. Aku rasa kura-kura lagi berani. Hehe

Seorang rakan blogger aku telah menutup blog beliau dari tatapan umum. Aku pun dia tak bagi baca. Ada juga yang telah menukar url semata-mata tak mahu diganggu oleh orang seperti itu. Apa kejadah ini semua? Apalah stalker itu sudah lakukan? Musykil aku kerana ada juga orang yang berperangai begini.

Aku pun pernah kena dahulu. Sebulan jugalah aku tutup blog ini. Ahaha. Memang menyakitkan hati betul manusia-manusia sebegini. Namun, aku buka kembali blog aku sebulan lepas itu. Sebab kalau aku berdiam dan menghilang makin sukalah stalker tersebut. Berlagak saja lebih. Kalau-kalau lepas ini stalker itu kembali, aku akan buat tak tahu saja. Aku tak ganggu dia, jadi janganlah ganggu aku.

Kami para blogger bukanlah mengacau hidup anda-anda semua. (tapi ada juga blogger yang suka mengganggu orang). Jadi, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, cakaplah baik-baik. Dengan beretika. Berhemah ketika menegur dengan menggunakan akal yang waras.

Aku berharap stalker-stalker tersebut hentikanlah kegiatan tidak bermaruah lagi tidak berfaedah itu. Biarlah kami, para blogger hidup aman dengan cara sebegini selagi kami tidak menyalahi etika berblog.

Sekian, wassalam.


|| penyataan di atas adal berdasarkan pengalaman dan pemerhati aku sahaja. salah silap harap dimaafkan :)



0 comments:

Blog Widget by LinkWithin