13.3.10

Media Massa : Relevan Atau Tidak?

salam.


diharapkan semua pembaca di blog picisan ini sihat-sihat belaka. sebenarnya, idea untuk menulis tentang tajuk di atas telah lama timbul. cuma beberapa kekangan yang mengakibatkan aku tangguhkan dahulu.

aku bukan seorang yang gemar menghabiskan masa sejam dihadapan televisyen menonton berita. aku juga suka membaca tajuk-tajuk yang digempakkan di surat akhbar. ahaha.

namun, aku bukanlah buta tentang segala perkembangan semasa. cuma aku hanya akan mengambil tahu apa yang aku perlu tahu sahaja.

aku naik mual bila berita yang sekecil kuman diperbesarkan sehingga menjadi seekor gajah. aku pun tak tahu bagaimana mereka boleh berbuat sedemikian.

bagi aku media masa kini gemar bermain dengan isu yang tidak mengembangkan minda. balik-balik isu yang sama setiap hari. sebagai contoh, kes pembuangan bayi dan seumpamanya. maka dalam tempoh masa seminggu itu, berlambaklah cerita pasal bayi. dari kelahiran sehingga kematian bayi itu. grr.

jadi sebab itulah aku tak gemar dengan media zaman sekarang ini. mereka lebih suka memutar belit, mengelirukan, melaga-lagakan dan sebagainya.

akhir sekali, aku ingin meminta maaf kepada semua. ini hanyalah pandangan peribadi aku sahaja. penulisan aku bukan sebab aku dibayar oleh individu tertentu. penulisan aku hanya sebahagian daripada apa yang aku perhatikan. 

sebarang kutukan, hinaan terhadap penulisan ini. aku tak kisah. sebab aku belajar dari kritikkan yang anda semua berikan. tak kisahlah membina atau tidak.

sekian, wassalam.


4 comments:

dinsblog said...

apa salah cerita pasal masalah masyarakat ...at least boleh alert masyarakat sekeliling...kalau rasa tak berminat selak muka lain yg kita rasa sesuai...kan banyak segmen2 lain

zikeryhassan said...

mmg betol. tapi kalo selalu sgt disogok benda yang same, mesti muak kn?

thnx sbb respon k :))

qamarguyz said...

salam ziarah..
hmM..media massa tetap relevan, cuma pGisiannya yG perlu dilihat..
tiap isu pasti ada pr0 n k0ntranya..kena dilihat dari pelbagai sudut & sumber..
kita membaca, melihat atau mendengar tapi tak semestinya kita perlu menerima.. =)

zikeryhassan said...

yup!

btw, thnx drop by here k.

Blog Widget by LinkWithin