Salam.
Dalam kepenatan yang aku hadapi sekarang ini, aku mahu juga meng-update blog ini. Aku sebetulnya baru berhempas pulas memasang serta memaku projek kayu aku petang tadi. Malam ini perlu menyiapkan dokumentasi projek tersebut. Membuat laporan PBS aku. Mencari bahan untuk forum untuk subjek Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.
ini adalah projek kayu aku. belum siap finishing lagi.
Sebetulnya, bukan itu aku mahu bercerita. Aku takut anda semua yang membaca muak dengan cerita-cerita peribadi aku yang sangat tidak seronok itu. Tapi aku terpaksa ceritakan kepada anda semua benda ini.
Begini ceritanya. Aku paling tidak suka bila aku masuk campur dengan urusan aku bersama kawan aku yang lain. Tidak kiralah serapat mana aku dan kawan-kawan aku, jangan cuba untuk mengorek rahsia aku. Sebab aku, akan berahsia benda yang berbeza untuk setiap kawan-kawan aku. Aku bukan jenis yang suka cerita hal aku pada orang yang sama. Jadi janganlah berharap untuk mengetahui benda yang aku tidak beritahu kepada engkau. Faham. Sebab tindak tanduk yang sedemikian akan dapat dihidu oleh aku. Apabila aku sudah hidu, jangan tanya aku kenapa aku tidak bertegur sapa dengan engkau.
Jadi fikir-fikirkanlah. Aku rasa orang tersebut akan terasa apabila beliau membaca entri ini. Silalah faham. Lagi satu, silalah berhenti berharap seperti tajuk lagu Sheila On 7 itu.
Sekian, Wassalam.
2 comments:
buat rak jew? kitorg dlu kne wat meja kopi g...lg truk n ponat....ha3....
kwn2 mktb laen buat meja kopi. kami je yg terganjil buat rak.
Post a Comment