7.4.10

Kahwin Muda?

Salam.


cubalah cari yang mana satu aku. klik untu tumbesaran.

Rasa lawak, kelakar pula rasanya bila membaca komen pada di atas. Pembongkaran segala cerita sewaktu kami bersekolah dahulu. Kisah sewaktu kami secomel seperti gambar di atas. Macam-macam cerita keluar. Entri ini kesimambungan dari [entri ini]

Maklumlah, mahu berjumpa semua sekali pada masa yang sama memang susah. Jadi di facebook lah tempat kami melepaskan sedikit kerinduan dulu. Masing-masing keluarkan cerita masing-masing. Aku sekadar membaca sahaja. Nak komen terasa kerdil pula. Maklumlah mereka sangat berjaya dari aku.

Dalam duduk berkomen tentang masa lalu, ada pula kawan kami yang bercerita bahawa beliau ingin berkahwin. KAHWIN? Sangat teruja aku beliau ingin berkahwin. Rasanya muda lagi kot. Baru berumur awal 20-an.

Kalau mak suruh kahwin dalam masa terdekat memang gila. Sebab calon pun aku tak ada. Lagi pun kakak aku yang seorang ini pun tak kahwin lagi. Kita kena dahulukan orang yang lebih tua dari kita kan? Aku pernah berfikir untuk menjadi orang terakhir dalam kalangan kawan-kawan aku untuk berkahwin. Haha.

Adakah apa yang aku rancang akan jadi kenyataan? Kita hanya mampu merancang, Allah S.W.T yang menentukan segalanya. Kita hanya mampu berusaha sahaja.

Sekian, wassalam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin