20.10.10

Datang Lagi.

Salam.





Perasaan ini datang lagi. Aku pun tak tahu sama ada ia hadir untuk seketika atau ia benar-benar mahu aku mendapatkannya. Aku bingung.

Aku masih mencari hala kemana aku ingin layarkan perasaan ini. Sudah lama perasaan ini tidak berganti yang baru sejak setahun yang lalu.

Bukan tidak mahu membiarkan perasaan ini dilayani. Malah ada juga insan yang mahu mencuba nasib. Namun, aku masih menidakkan perasaan yang timbul itu.

Silih berganti dari suatu masa ke masa. Namun, kelukaan yang aku yakin sudah sembuh ini, masih belum sedia untuk dihampakan untuk kesekian kalinya.

Kasihan aku pada sang perasaan ini. Aku buntu.




|| final semakin hampir. ekonomi semakin jatuh. jiwa sering kacau. berat bertambah. kuatkanlah aku wahai Sang Pencipta.


Sekian, wassalam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin