Setiap manusia punya kisah tersendiri. Ada kala suka. Ada kala berduka. Kadang-kadang di atas. Kadang-kadang di bawah. Terpulang pada kita untuk merancang perjalanannya. Namun, Yang Maha Besar itu yang menentukan segalanya. Mungkin hari ini kita berjanji sakan. Esok lusa, janji hanya tinggal janji. Itu semua kuasa dari-Nya. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakal saja. Penentunya, hanyalah Dia, Dia Yang Satu.
Aku manusia biasa. Tidak lari dari kesilapan. Begitu juga kau, anda, awak, kamu, korang. Bukan kehendak kita semua yang tidak baik. Tiada namanya penghidupan jika semua serba indah, lagi manis. Perlu ada kontranya juga. Barulah namanya, pengalaman mengajar erti hidup. Dalam semua perkara yang berlaku, biarlah antara pelaku dan dipelaku. Senyap ada kalanya lebih baik.
Ya, aku memang perahsia. Bukan semua hal perlu untuk diberitahu kepada orang lain. Hatta orang yang kita rapat dan percayai sekali pun. Tidak kira ahli keluarga atau best friends. Simpan untuk diri sendiri juga. Bagi aku, biarlah yang pahit itu di simpan seorang diri dan yang manis itu kita kongsi sedikit kepada yang lain. Sedikit ya, bukan semua.
Jadi tidak hairan lah, kenapa aku ini sukar untuk ditafsir dan di mengerti. Aku tidak pernah menyuruh sesiapa fahami aku sepenuhnya dan aku juga tidak marah mahupun terkilan untuk dilabel annoying oleh sesiapa pun. Aku manusia biasa, aku juga melabel sesetengah orang annoying. Aku juga memang sukar untuk fahami orang lain.
Akhir sekali, kenalilah diri kita sendiri sebelum kita cuba untuk mengenali orang lain. Apabila kita sudah mengenali, jangan berharap tiada rahsia antara kita. Jangan cepat melenting andai kita masih tidak kenali seseorang itu atas alasan meraka kuat berahsia dan bersikap lain antara kita dengan rakan mereka yang lain. Begitulah indahnya ciptaan Yang Maha Esa.
|| ini hanyalah pendapat peribadi. jika ada kesalahan, harap ditegur.
|| picture from devianart.com
Sekian, wassalam.
11 comments:
owh.. sy masih blum mengenal diri sndiri.. (TT__TT)
@faarihin ; its take time to know about urself
aku bukanlah perahsia sgt..tp kdg2 msih sukar dimengerti..
owh
aku pun perahsia
sila percaya
hehehe
P/S : Kenapa Nama Awak Macam Nama Perempuan?
@mier@meer ; bukan senang nak buat orang faham kita pun
@hans ; bila kau cakap macam tu, agak sukar untuk aku percaya. ahaha
semua orang ada potensi macam kamu tulis tu,samada sedar atau tidak saja
sebab tu kita kena kenal diri kita dulu
=)
haha..orang perahsia biasa boleh jadi perisik @ buat mission undercover..mantap2
mcm tgh sedeh je nih~>..huhuhu
rahsia..shhhhhhhhhhhhhhhh!haha
aku suka topik ni.:).betul, ada kalanya kita x leh hebohkn semua benda dkt semua org.lagpn ada certain bnd hny kita n allah sj yg mengetahui..xper yg pentg kita percayakan diri kita lbh dr segalnya.kalo kt x percaya dri kt how cn u we trust other betl x..
i love the sentences,,, janji tinggal janji :)
Post a Comment