Sekian, wassalam.
30.11.11
28.11.11
Semangat Perwira
Assalamualikum.
|| semoga #HarimauMalaya terus melangkah gagah dan garang ;)
Sekian, wassalam.
Gagah berjuang,
Perwira perkasa,
Menempuh cabaran,
Menangkis halangan,
Biar dicaci,
Terkadang tercela,
Jitu semangat,
Terus berbakti,
Jangan goyah,
Usah gentar,
Ayuh bangkit,
Terus mara,
Padu gabungan,
Berganding tangan,
Menjadi nadi,
Kami janji,
Doa jelata,
Moga berjaya,
Teruskan melangkah,
Buat selamanya,
|| semoga #HarimauMalaya terus melangkah gagah dan garang ;)
Sekian, wassalam.
25.11.11
Wajah Baharu
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga aku siapkan design blog aku yang tak seberapa ni. Hasil pembelajaran melalui pelbagai tutorial yang aku google. Usaha aku ni makan masa seharian juga la. Mula mula nak upah orang, tapi bila fikirkan balik macam best je kan main coding ni. Jadi aku try and error je.

Template yang lama. Hampir setahun juga template tu berkhidmat. Hehe.
So apa pendapat korang tentang wajah baharu blog aku?
Labels:
blog,
contoh header blog
24.11.11
Katakan Pada Ia
Assalamualaikum.
Hadirmu sementara sahaja dalam hidup aku ini
Amat memberi kesan bagi aku sehingga jauh di hati aku
Zahirnya aku tampak tenang tapi hati aku cukup merana
Ingin saja aku menangis tapi aku harus tabah dan kuat
Masa itu bakal berlalu dan aku akan baik-baik sahaja
Sampai satu masa nanti, yang entah bila, entah kapan
Aku sendiri pun tak pasti bila akan menjelma.
Zahrah cinta kau yang masih berbaki masih lagi mengalir
Akan aku jadikan sebagai semangat untuk aku bangkit
Langkah kaki harus aku hayun sederas yang mungkin
Lambaikan saja tangan pada duka yang lalu dan biarkan ia
"Inilah aku yang masih gagah walau berkali dirobek" katakan pada ia.
11.11.11
Ini Bukan Cerita Sedih
Assalamualaikum.
Sekian, wassalam.
Kesedihan merupakan sebahagian daripada kehidupan. Sesedih mana pun kita bersedih, kehidupan haruslah diteruskan. Memang bukan mudah untuk bangkit dari kesedihan jika tiada semangat yang waja dan jitu. Disaat seperti ini, sudah semestinya kita memerlukan sebuah tongkat yang boleh membantu kita untuk meneruskan langkah dalam perjalanan kehidupan.
Keluarga. Itu aset terpenting yang perlu kita hargai. Harus menjadi keutamaan yang terpenting. Baik buruk mereka, buruk baik kita, harus kita terima seadanya dan mereka harus juga terima kekurangan kita seadanya. Jika mengecapi jangan buang keluarga. Kelak bila kita jatuh, kita pula dibuang.
Tuhan. Sentiasa dekat diri kepada Sang Pencipta tanpa mengira waktu. Kerana Dia sentiasa ada. Jangan sesekali alpa dengan kebahagian. Kerana sesekali kita alpa, kesedihan menemani kita sepanjang perjalanan di jalan kehidupan.
Sekian, wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)











