31.5.10

Inspirasi Abadi.

Salam.

inspirasi boleh terhasil melalui pemandangan yang indah


Aku sebenarnya terlalu banyak idea-idea yang ingin dikongsikan dengan anda semua. Terlalu banyak sehingga tak tahu mahu mulakan dari mana. Dari A ke Z atau dari 1 ke 9. Hehe.


Aku ingin kongsikan dengan anda mengenai jenis sukaneka yang seronok. Memang sesuai kepada yang suka buat gathering. Aku memang suka buat sukaneka ni. Sebab secara tak langsung ia adalah salah satu cara membuli dengan cara halus. Hehe.

Aku juga ingin berkongsi kepada anda tentang gelagat manusia yang sering membuatkan aku tertawa seorang diri. Sampai ada kalanya kawan-kawan aku naik hairan kerana aku gemar tersenyum sendirian. Memang seronok memerhati gelagat serta karenah manusia seliling.

Aku ingin kongsi kepada juga tabiat-tabiat aku yang kadang-kadang senonoh dan yang kadang kala tidak senonoh. Bukan mahu buka pekung di dada sendiri. Tapi manalah tahu anda semua mempunyai persamaan dengan aku. Boleh juga kita berkongsikan. Hehe.

Tapi apakan daya, itu semua idea sahaja. Aku masih belum dapat kembangkannya lagi. Insya Allah jika ada perkembangan mengenai idea-idea tersebut akan aku kongsikan bersama anda. Harap bersabar okey.

Okeylah setakat itu sahaja. Oh ya, sebelum aku lupa. Hari ini hari terakhir untuk menyertai contest yang aku anjurkan itu. Penyertaan dibuka sehingga jam 12 tengah malam ini sahaja okey.


|| gambar sumber dari google

Sekian, wassalam.

30.5.10

Anniversary Contest.

INI ADALAH STICKY MODE ENTRY. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERBARU.



Salam.



Sempena ulang tahun kedua kewujudan blog ini, aku dengan bangganya menganjurkan sebuah contest yang berkonsepkan fotografi.

Terbuka kepada semua blogger. Lelaki dan juga perempuan.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai contest ini.

  1. Upload sekeping gambar anda bersama rakan-rakan/keluarga yang berlatar belakangkan alam semulajadi (nature). Rujuk entri ini.
  2. Ceritakan serba sedikit mengenai gambar tersebut. Lagi ringkas lagi bagus. Ringkas dan padat.
  3. Sertakan poster contest dan link-kan ke blog ini.
  4.  Publish entri tersebut dan link-kan entri tersebut pada ruangan komen entri sticky mode ini.
  5. Entri penyertaan anda tidak perlu bersifat sticky mode entry

Apabila anda sudah mengambil bahagian, rajin-rajinlah menjenguk blog picisan ini untuk sebarang update terbaru.Kalau nak senang jadilah salah seorang follower aku :)

Tak lupa juga, ajaklah rakan-rakan blogger anda yang lain untuk menyertai contest ini. Lagi ramai lagi meriah.


Sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan di ruang komen entri sticky mode ini. Harap maklum.

** update terbaru 30/5/2010
penyertaan akan ditutup tepat jam 12 tengah malam esok. jadi kepada yang sudah, akan dan mereka yang tidak memenuhi syarat pertandingan atau yang mahu menukar gambar lain, bolehlah berbuat demikian sebelum jam 12 tengah malam esok. harap maklum
Sekian, wassalam.


29.5.10

[MP3] Lagu Yang Layan.

Salam.


Aku ingin kongsikan bersama anda beberapa lagu yang mungkin anda semua tak pernah dengar. Tapi lagu yang akan aku kogsikan ini agak layan bagi aku. Hehe. Agak-agak nak muat turun tekan je tajuk lagu tersebut ok.






Okey tu sahaja buat kali ini. Kalau nak tahu best atau tak lagu-lagu tersebut download, then try dengar okey. Jumpa lagi.

Sekian, wassalam.

28.5.10

[TOPIK] Bagaimana Aku Menjana Idea Berblog.

Salam.
gambar ikhsan dari Mr. Google

Ada sihatkah anda pada hari Jumaat yang penuh barakah ini? Kalau sihat, alhamdulillah. Semoga semuanya baik-baik sahaja okey. 

Aku seperti biasalah masih bertapa di kawasan persisiran pantai timur ini. Insya Allah awal bulan Jun ini aku akan pulang ke desa tercinta. Heh.

Baiklah kali ini aku mahu berkongsi bagaimana aku menjana idea yang tidak kreatif takkala menaip blog picisan ini. Jika anda ada baca di mana-mana artikel blog lain, mungkin artikel ini juga lebih kurang sama sahaja dengan mereka. Tapi itu cara mereka dan ini cara aku. Hehe.
Okey, berikut beberapa sebab dan kemungkinan aku akan menjadi tidak kreatif ketika menaip sesuatu entry. Hehe.

1) Blogwalking
Ini paling selalu. Ilham akan datang bila aku ber blogwalking ke sana ke mari. Idea-idea atau isi kandungan sesebuah entry blogger lain aku cantum-cantumkan untuk menjadikan sebuah entry lain mengguna kemahiran KBKK yang aku ada. Ahaha.

2) Peristiwa/Aktiviti/Pengalaman
Orang kata pengalaman banyak mengajar kita. Pengalaman juga adalah guru terbaik. Jadi dari peristiwa/aktiviti/pengalaman yang aku lalui itu aku cuba sedaya upaya mengolahnya untuk menjadikannya sebuah entry yang mungkin akan anda semua boleh jadikannya sebagai pengajaran. Macam baik-baik saja aku ini kan?

3) Kuliah/Tutorial/Subjek Pelajaran
Ini juga boleh dijadikan entry yang paling bagus. Tapi aku jarang-jarang mendapat ilham tentang topik yang diajar oleh lecture aku. Ahaha. Yang aku dapat ketika kuliah adalah mengantuk. Tapi kalau lecture tu start lari topik memang aku segar. Sebab kadang-kadang cerita dia orang itu akan aku jadikan bahan dalam penulisan aku. Hehe.

4) Isu Semasa
Walaupun aku jarang sangat membaca surat khabar mahupun menonton berita, tapi sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Bukan jadi pekak okey. Lebih baik ambil tahu sedikit dari tidak tahu langsung. Kalau anda semua tidak ambil peduli langsung tentang perkembangan semasa, lebih baik ganti tempat katak yang di bawah tempurung tu.

5) Lagu/Gambar
Kalau anda perasan entry aku juga ada berunsurkan gambar atau lagu semata-mata kan? Itu bermakna aku tidak mempunyai idea yang tidak kreatif untuk di kongsikan bersama anda semua. Tapi kadang-kadang entri sebegitu tinggi viewernya berbanding entry aku yang agak serius. Hehe.

Aku rasa takat itu saja. Kalau anda ada cara tersendiri bolehlah kongsikan bersama. Sharing is sexy caring. Hehe.

|| kadang-kadang tengah mandi atau buang air pun boleh terpacul idea. hehe


Sekian, wassalam

27.5.10

[TAG] Tiz Zaqyah Nak Kahwin.

Salam.

Aku telah di tag oleh Hani. Jadi entry untuk kali ini bertujuan untuk menyelesaikan soalan-soalan tag dari dia. Ahaha. Act, aku dah tak ada topik nak open. Apa-apa pun kita layan je dulu okey.

1. Adakah anda rasa anda hot???
Memang sangat panas ketika ini. Maklumlah negara Khatulistiwa

2. Update wallpaper laptop yang anda gunakan 
sekarang?

3. Cerita pasal gambar ni
Aku jumpa gambar ini ketika berjalan-jalan bersama Pak Cik Google :)

4. Kali terakhir makan pizza
Tak ingatlah pula. Ada sesiapa nak belanja ke?

5. Lagu terakhir yang anda dengar
Tell Me Goodbye by Big Bang
6. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini
Facebooking

7. Selain nama sendiri,anda dipanggil dengan nama apa
Zikery, Zik

8. Tag 5 orang,siapa yang nak kena tag?
- Lisa Surihani
- Maya Karin
- Yunalis
- Tiz Zaqyah
- Adik Mia Sara

9. Siapa orang no 1 pada anda?
My future wife

10. Katakan sesuatu pada orang no 5
Anak kami. Ahaha.

11. No 3 ada hubungan dengan siapa
Berskandal dengan aku la :P

12. Bagaimana pula dengan no 2???
My ex scandal.

13. Kata-kata cinta pada orang no 4
Will U married me?

14. Berikan 5 fakta tentang orang yang anda tag
- meraka comel
- mereka popular
- aku kenal dia orang, tapi dia orang tak kenal aku :(
- i love them. Okey?  Ahaha.
- mereka punyai personaliti tersendiri.


|| tag sekadar suka-suka. hehehe.

Sekian, terima kasih


26.5.10

Hatiku Berwarna Girang.

Salam.

 hatiku berwarna girang :)

Anda semua ada sihat tak? Kalau ada sangat bagus. Kalau kurang dan tak ada sihat tu silalah membuat lawatan sambil belajar di klinik-klinik berhampiran dengan anda okey. Ahakz3.

Aku sudah menyempurnakan tanggungjawab aku dalam final exam yang telah melabuhkan tirainya petang tadi. Gembira di hati ini tak siapa yang boleh tahu. Haha. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali. Terima kasih buat semua kawan-kawan yang memberi kerjasama dalam menjawab soalan exam yang baru berlalu tadi. Next sem kita berkolaborasi lagi okey.

Aku sedang menghitung hari untuk pulang bercuti. Tak sabar rasanya mahu pulang. Alie mesti cemburu dengan aku sangat-sangat. Ahaha. U jangan jelez tau sebab i pulang awal :P
Okey, takat itu sahaja untuk kali ini. Esok aku update benda-benda yang seronok lagi berilmiah okey. Insya Allah.

Sekian, wassalam.


24.5.10

[WISH] Selamat Ulang Tahun Ke 20, Norzahira Bt Ramli

Salam.

Aku tak tahu nak bagi ucapan apa kau budak seorang ini untuk birthday dia. Jadi anda semua boleh tolong aku tak? Please. Aku nak study pun tak senang sebab dia paksa aku untuk buat entry khas sempena birthday dia. Haha. Anda boleh la post-kan wish anda di ruangan komen or chat box okey? Sayang anda semua lebih ar.

Okey beb, here my wish. Baca betul-betul okey :

Klik untuk ke laman FB dia.

Dear friend,
Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 20. Semoga di usia yang masih ada ini, dapat kau, aku memanfaatkan demi sesuah kebaikan untuk seluruh masyarakat. Jaga diri kau baik-baik. Jangan asyik nak bandingkan kelemahan yang kita ada dengan kebaikan yang dimiliki orang lain. Tak adil itu. Gunakanlah kelemahan itu unutk mencari sebuah kekuatan yang luar biasa untuk menandingi kelebihan orang lain. Jaga solat, belajar rajin-rajin, play well. Semoga hidup kau di limpahi dengan redha-Nya. Aku hanya mampu berdoa dari jauh. Semoga kau sukses menghadapi hari-hari yang mendatang.


|| maaflah beb jika ayat aku tunggang langgang lagi touching :)

Sekian, wassalam.

ini adalah auto publish entry.
aku tengah study untuk paper Perkembangan Kanak-kanak.
doakan aku juga :)

23.5.10

[MP3] Single Terbaru Finalis AF8.

Salam.

Seperti semua sedia maklum, tirai Akademi Fantasia 8 (AF8) baru melabuhkan tirainya malam tadi. Berikut adalah result konsert final pada malam tadi :


Juara : Shahir
Naib Juara : Adira
Ketiga : Daus
Keempat : Maulana
Kelima : Iwan

Sehubungan dengan itu aku dengan baik hati memberikan anda semua link untuk mendownlod singl - single terbaru dari kesemua finalis. 






|| gambar ihsan dari astro gallery

Selamat memuat turun. Sekian, wassalam.


22.5.10

[TOPIK] Antara Online Dan Study. Mana Pilihan Anda?

Salam.



Apa khabar? Harap anda semua sihat. Aku masih dalam mood exam lagi. Namun dengan hujan yang mencurah ketika ini membuatkan aku terasa ingin menaip entry terbaru. Ahaha.


Dalam seminggu ada 7 hari. Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam ada 60 minit. Dalam 60 minit ada apa anda semua fikirlah sendiri okey. Hehe. Aku bukan mahu mengajar matematik. Ini adalah sebahagian mukadimah aku untuk entry aku kali ini. Okey.

Aku percaya setiap dari yang baca entry aku ini mempunyai akuan laman sosial. Kalau dulu friendster. Up sikit myspace. Paling popular sekarang facebook. Itu belum termasuk laman sosial yang tak disebutkan lagi itu.

Dalam sehari, aku mesti menghabiskan masa sekurang-kurang separuh dari masa aku untuk online facebook. Memang tak sah kalau tak online. Aku lebih rela online dari study. Ahaha. Nak tidur pun aku online. Bangun tidur pun aku online. Niat dihati memang mahu study. Tapi muka buku tu membuat aku jadi tertagih.

Aku tak tahu dadah jenis apa yang dia orang letak di facebook tu. Haish. Memang malas betul mahu study bila ada connection internet yang membolehkan aku membuka laman sosial tersebut. Laman sosial atau so sial? Ahaha. Lu orang fikirlah sendiri.

Anda pula bagaimana?

Sekian, wassalam.

21.5.10

Melodi Bahagia

Salam.


Alunan melodi temaniku, 
Melayan lara di hati ini, 
Harus ku campakkannya jauh segera, 
Aku lemas jika ia terus bersarang, 
Berikan aku sedikit sinar cahaya, 
Agar mampu membuat ku tersenyum, 
Supaya bisa ku merasa bahagia. 


 Sekian, wassalam.

18.5.10

[TOPIK] Bagaimana Cara Menegur Dengan Berhemah

Salam.


talk to the hand

Dalam kesibukkan study musim-musim peperiksaan ini, aku nak juga update blog aku ini. Sebab aku memang tak boleh abaikan blog aku ini tanpa sebarang update. Punyalah sayang aku tak blog ini. Aku sayang anda-anda yang selalu membaca dan melawat blog picisan aku ini. Hehe.

Sekarang ini heboh dalam kalangan kawan-kawan aku mengenai kes cara tegur-menegur antara satu sama lain. Masing-masing tak puas hati. Yang baik menegur yang kurang baik. Yang muda menegur yang tua. Bagi aku tak salah kalau mahu menegur. Tapi biarlah cara peneguran dan pendekatan yang di ambil itu bersesuaian dengan orang serta persekitaran itu.

Dalam Islam juga ada menggariskan cara untuk umatnya menegur sesama sendiri. Pertama, cara lisan. Kedua, dengan tangan (kuasa) dan yang ketiga, dengan hati.Tapi untuk fokus utama entri kali ini adalah menegur dengan cara lisan.

Pendekatan secara lisan ini, selalunya memang sukar diterima oleh sesiapa pun lagi-lagi orang yang ditegur. Tapi, jika cara dan pendekatan yang di ambil itu berhemah serta bijaksana, Insya Allah orang ditegur itu boleh menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Jadi, sebelum kita menegur seseorang itu dengan lisan, tetapkan niat kerana Allah SWT dan fikir dahulu sebelum bertindak.

Orang yang ditegur itu, janganlah terlalu melenting. Cuba ambil teguran itu sebagai sesuatu yang positif. Jadikannya sebagai refleksi kepada diri sendiri. Kadang-kadang, ada sesetengah perbuatan, perlakuan serta percakapan kita tidak bersesuai dengan orang-orang serta persekitaran sekeliling. Jadi waspada dengan setiap perlakuan kita.

Jadi bagaimana cara anda dalam menegur orang lain jika orang tersebut melakukan sesuatu di luar kawalan. Adakah anda akan menegur atau buat tak endah? Jom kongsi pandangan anda...



|| maaf. aku bukan sempurna sangat. ini adalah sebahagian pandangan serta pendapat peribadi. sebarang komen yang membina serta hentaman yang menjatuhkan aku, aku terima seadanya.


Sekian, wassalam.

16.5.10

Selamat Hari Guru.

Salam.


Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua warga pendidikan dan bakal pendidikan di seluruh Malaysia.

Jasa dan pengorbanan yang telah dikau semua curahkan hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. Semoga ilmu yang dicurahkan itu akan membawa ke syurga. Insya Allah. Semoga diri kalian dirahmati oleh Allah SWT.

Lagu di bawah ini ditujukan khas buat semua warga pendidik.



Sekian, wassalam.



14.5.10

Jom Bercuti.

Salam.

venice, here i come!!

Apa khabar anda semua? Harap sihat-sihat sahaja okey. Ada rindu sama aku kah? Haha.

Mesti anda semua tertanya-tanyakan kemana agaknya aku nak bercuti. Ahaha. Itu hanya provokasi sahaja. Sila jangan tertipu. Aku mahu bercuti di atas kerusi meja study ini. Hal ini adalah kerana aku akan menghadapi final exam.

Sila jangan tertipu juga dengan semangat ke-study-an aku itu. Itu hanyalah harapan aku yang menggunung. Di kesempatan ini juga aku ingin memohom kemaafan dan keampunan sekiranya ada salah dan silap aku terhadap anda semua selaku pembaca blog picisan ini.

buku-buku tersebut tiada kena mengena dengan kos aku. ahaha.

Doakan juga kesejahteraan kesihatan dan kebagusan otak aku dalam mengingati semua yang aku study-kan. Hehe. Tidak lupa juga kepada semua guru-guru pelatih di  IPG seluruh Malaysia, happy study and all the best untuk kalian.

Baiklah setakat ini sahajalah untuk kali ini. Kalau aku tak boleh nak fokus dan terasa rindu kepada anda semua, akan aku update lagi blog picisan ini okey. Adiosa~


|| jangan lupa untuk sertai contest yang aku buat okey. cepat sebelum terlambat :)

Sekian, wassalam.

10.5.10

Mari Mendownload Lagu.

Salam.


Untuk entri kali ini aku mahu kembalikan segmen carta lagu yang sudah lama tidak bersiaran. Ahaha.

Jadi untuk siaran kali ini aku mahu kongsi beberapa buah lagu yang akan berkumandang apabila music player laptop aku bersuara.

Aku pernah buat entri pasal lagu ini pada entri-entri lepas. Sila rujuk sini okey.

Aku tahu lagu ini pun dari blog rakan blogger aku. Dia penah buat cover kot untuk lagu itu. Sila tekan untuk terjah blog beliau.

Aku suka lagu ini sebab video clip dia sangat sweet. Teddy bear dia sangat besar dan heroin video clip tu pon comel. Hehe.

Lagu ini adalah lagu OST drama bersiri Na O Mei di Slot Akasia TV3 sebelum cerita Adamaya.

Ini pun lagu OST drama bersiri juga. Tapi bagi drama bersiri Tari Tirana.

Aku rasa takat itu sahaja dahulu. Kita sambung untuk next episod carta lagu ini okey. (berangan jadi hos kejap). Kalau anda semua mahu memuat turun lagu-lagu tersebut, klik sahaja pada tajuk lagu yang berkenaan okey. Sharing is sexy.

Sekian, wassalam.


Berharap Dalam Duka.

Salam.


Aku masih berharap
Walaupun tiada harapan
Kerana kau masih dihati
Masih belum berganti
Aku doakan kau
Semoga kau berbahagia
Dengan Si Dia itu
Yang kau sayangi


|| kejiwangan aku ketika ini sedang menuncak. teringat kisah aku dan kau dahulu. maaf bukan niat aku menagih simpati dari kau atau sesiapa pun. ini sekadar luahan yang terbuku di hati kecil aku. MAAF.

Sekian, wassalam.


9.5.10

C . I . N . T . A

Salam.



Just wanna said,
Love by someone is better then love to someone
 ___________________________________________________________________
 
HAPPY MOTHER'S DAY.


Kasih emak akan ku bawa sampai ke syurga.




|| aku tahu mak aku takkan baca blog aku ini. hehe. 

Sekian, wassalam 

 

5.5.10

Kenapa? Mengapa? Aku Tak Boleh Ping Blog di GB.

Salam.



Kenapa aku tak boleh nak ping latest entry aku di GengBlogger?

Ada sesiapa yang boleh bantu aku untuk menyelesaikan masalah ini.

Pertolongan kalian semua amat aku hargai.

A.S.A.P okey?

Sekian, wassalam.

Vision vs Action.

Salam.

Apa khabar anda yang sedang membaca hasil penulisan yang tidak hebat di blog picisan ini. Aku harap anda semua berada dalam keadaan yang stabil mood nya. Alhamdulillah, aku masih dikurniakan dengan kesihatan yang sempurna.


Apa yang sedang fikirkan mengenai qoute di atas? kalau di terjemah ke dalam Bahasa Melayu, matlamat tanpa tindakan umpama bermimpi di siang hari, tindakan tanpa matlamat umpama bermimpi di malam hari.

Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT, kita seharusnya wajar bertindak mengikut waras akal bagi mencapai matlamat yang telah kita sendiri telah tetapkan. Sebagai contoh, aku sebagai seorang blogger, aku mahukan setiap hasil penulisan aku diberikan komen. Itu matlamat aku. Oleh yang demikian aku telah berusaha memperbaiki hasil penulisan aku dari sehari ke sehari. Komen-komen yang aku terima itu, tidak kira ia bersifat positif yang membina mahupun bersifat negetif yang ingin menghentam.

Jadi jelaslah di sini bahawa, usaha yang dilakukan tanpa hala tuju tidak mempunyai nilai serta bermakna pada diri kita. Mungkin jika di lihat dari segi usia blog aku dengan blog-blog yang popular. Blog aku jauh lagi ketinggalan dari blog-blog mereka yang terkenal. Tidak perlu aku berikan contoh. Mereka berusaha dengan gigih untuk mendapat hasil yang setimpal dengan usaha mereka tersebut. Bukan menidakkan kehebatan blog-blog mereka, tetapi aku jadikan blog-blog mereka itu sebagai suatu persaingan yang sihat untuk aku memajukan lagi blog aku ini.

Aku berharap suatu hari nanti, blogger di Malaysia ini tidak lagi dipandang serong oleh segelintir masyarakat yang hanya menilai keburukan ber-blog berbanding faedah serta manfaat ketika ber-blog. Akhir sekali, majulah para blogger untuk negara :)

Sekian, wassalam.

|| contest yang aku anjurkan macam tiada sambutan sahaja. sedih lah gini :'(

3.5.10

Syukur Kepada-Nya. Aku Masih Selamat. (cerita)

Salam.

 sekadar gambar hiasan.

Berhubung kait dengan entri sebelum ini. Ramai yang tertanya apa yang berlaku sebenarnya. Baiklah untuk entri kali ini aku ceritakan pengalaman sepanjang perjalanan tersebut. Hehe.

Bus yang aku naiki itu sampai di Stesen Bas Jerteh pada pukul 10.30 malam. Walaupun sepatutnya bas tersebut mendarat pada pukul 10 malam. Aku dengan gigih menunggu dengan penuh kesabaran dan ketekunan sehingga bas itu tiba.

Setelah selesai kesemua penumpang mengambil tempat duduk masing-masing, bas tersebut pun bergerak. Aku pun terlelap. Sedang enak aku dibuai keindahan sewaktu tidur, aku mendengar tangisan bayi. Aku membuka mata, aku melihat seorang budak aku rasa dalam lingkungan 8 bulan menangis. Budak tersebut jatuh. Ibu budak tersebut terlepas budak tersebut dari pangkuan. 

Kedua, bas yang aku naiki nyaris-nyaris kemalangan akibat kesengalan sebuah kereta yang memotong sebuah treler di lane sebelah sebelum sampai di Gua Musang. Mujur pemandu bas yang dinaiki oleh aku sempat brek mengejut. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi kami satu lagi peluang untuk hidup.

Disebabkan kejadian itu bas itu mati ditengah-tengah jalan. Nasib bas tersebut boleh meneruskan perjalanan. Walaupun aku telah bau sesuatu yang terbakar di bahagian enjin. Aku boleh terbau sebab aku duduk di belakang sekali. Aku pun buat tidak endah sahaja dengan menyambung tidur.

Setelah menyambung perjalanan tidak lama, bas tersebut mati. Enjin rosak. Kami semua terkandas di tempat tersebuut sehingga 12 jam. Bas ganti yang membawa kami semua hanya tiba pada 10.30 pagi keeseokan harinya dan aku tiba di rumah pukul 6 petang.

Sekian, wassalam.


2.5.10

Syukur Kepada-Nya. Aku Masih Selamat.

Salam.

 ini picture before naik bas.

Selamat hari pekerja kepada semua pekerja-kerja di seluruh Malaysia. Bagi student macam aku selamat bercuti. Oleh kerana aku mendapat cuti selama 3 hari. Jumaat, Sabtu dan juga Ahad.

** Aku belajar di Terengganu. Jadi Ahad di sana merupakan hari bekerja. Cuti umum yang jatuh pada hari Sabtu akan dibawa ke hari Ahad.

Oleh yang demikian aku telah membuat keputusan untuk pulang ke Kajang. Which mean, balik rumah lah kan. Aku bertolak malam Khamis dan sepatutnya sampai pada keesokan harinya. Maksudnya, awal pagi Jumaat.

Yang menjadi masalahnya, aku sampai Kajang bukan pada pagi Jumaat tetapi pada petang Jumaat. Motif? 

Motifnya bas yang aku naik itu telah rosak lalu terkandas selama 12 jam lebih. Perasaan aku sewaktu itu, bengang, panas hati, marah dan segala macam perasaan lagilah.

Aku bersyukur kerana aku masih bisa menulis entri untuk tatapan anda semua. Banyak kejadian yang berlaku sepanjang malam tersebut. Namun biarlah aku simpan untuk diri aku sendiri. Ahaha.

Okeylah, aku rasa setakat ini sahajalah nukilan untuk kali ini. Aku mahu berkemas untuk pulang ke Mizan tercinta esok pagi. Kalian doakan aku supaya selamat sampai okey?

Salam sayang dari aku, zikeryhassan.

Sekian, wassalam.

1.5.10

Tag Dari Nyah Yang Suka Menari.

Salam.

Aku telah diikat oleh seorang nyah paling meletup di Mizan. Sebenarnya aku malas mahu menjawab, tapi sebab nyah ini sudah ambil bahagian untuk contest aku, jadi aku jawablah tag oleh Nyah ini. Ahaha.

Jadi mari kita lihat soalan-soalan yang telah di berikan oleh beliau :

1) Adakah anda happy sekarang?
Happy itu gembira kan? Aku sangat happy sebab sekarang aku ada di Kajang dan bukan di _______(isi sendiri ok)

2) Kenapa anda happy?
Sebab aku berada di rumah, katil tersayang. Home sweet home.

3) Apakah benda yang boleh membuat anda happy?
Rakan-rakan, makanan yang best lagi sedap, facebooking, blogging, kelas yang padat, lepak+tidur di library Mizan yang sejuk.

4) Pernahkan anda menerima tag?
Pernah. Dulu rajin lah nak buat tag, but lately sangat malas. Ini buat pun sebab sayang pada nyah tu.

5) Nyatakan warna yang anda suka.
Ungu, oren, biru

6) Berikan 6 orang yang anda mahu tag. Sila beritahu kepada orang yang anda tag supaya dapat respond. (klu nak lebih pown bley, kurang pown bley)
-Istiqomah kering

-Syafiqa daisy

-Atiqah tnoe

-Izzah hot
-Amir hasif korean
-Kak alia
-dan sesiapa mahu menjawab tag ini, silalah.
7) Nyatakan sifat orang yg anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpe asalkan anda happy.

Istiqomah - Seorang yang sangat sengal. Kadang-kadang dia agak gedik-gedik manja. I like. Bakal belanja aku Kenny Roger.


Syafiqa - Seorang yang ayu atau bajet-bajet ayu. Tetttt. Sometimes dia sangat blur lagi lampi. Ahaha.


Atiqah - Rakan sekolah sewaktu sekolah rendah. Dia semakin hot lagi debab. Sori beb.


Izzah - Dia penah datang raya rumah aku tahun lepas. Kenal atas kawan.


Hasif - Kenal sebab selalu memberi komen di blog beliau. Dia saja tak penah komen kat blog aku. BIle kau nak komen entri-entri aku? Korean boy.


Kak Alia - seniorita aku di Mizan. Sekarang jarang-jarang terserempak dengan dia.




Sekian, wassalam.








 
Blog Widget by LinkWithin