Assalamualaikum.
hidup tak selalunya indah
Fotografi. Muzik. Blogging. Sastera. Itu sebahagian dari hidup aku. Sebahagian dari minat aku. Usah pertikaikan, sebab itu adalah hak aku. Segala nasihat membina aku terima. Nasihat yang negatif aku jadikan pembakar semangat untuk aku terus melangkah.
Walaupun aku takde DSLR, tu bukan penghalang aku untuk berkarya melalui gambar. Kalau guna gadget canggih tapi tak menarik buat apa kan? Aku dalam proses mengumpul wang untuk memiliki DSLR. Namun, aku hanya seorang pelajar, masih mempunyai komitmen yang lebih penting terhadap pelaburan untuk pembelajaran. Jadi aku harus utamakan yang lebih penting.
Aku juga bukan pemain muzik. Bukan juga pelontar vokal yang hebat. Namun, aku suka untuk menghargai muzik. Biarpun orang tidak sebulu dengan apa yang aku suka tentang muzik kerana kita semua berbeza.
Biarpun blog aku hanya dipinggiran. Namun, aku berpuas hati dengan apa yang aku telah capai. Bukan tidak pernah dimaki hamun, namun itu aku jadikan pengajaran serta pembelajaran. Aku tak pernah paksa orang untuk suka blog aku. Tapi aku tetap berterima kasih kepada yang menyukai blog picisan ni.
Aku memang suka bermadah. Tapi aku bukanlah buaya darat yang suka mempermainkan hati orang lain. Jangan menjatuhkan hukum dengan begitu mudah sekiranya anda hanya nampak sebahagian dari sisi kehidupan aku.
Kesimpulannya, perbezaan setiap individu dalam dunia ni yang menjadikan kehidupan kita lebih mencabar, berpengajaran dan menarik. Just chill dan you will love the way you are.
Sekian, wassalam.