pejam celik. pejam celik. da seminggu aku bercuti. sangat la tidak puas aku bercuti. walaupun dari hari aku sampai sini hingga semalam. aku masih berjalanjalan, merayaurayau dan berfoyafoya. walhal tugasan aku masih berbengkalai lagi. semua separuh siap dan ade juga yang tidak bersentuh satu haram pun. bagi aku, cuti adalah cuti. jadi aku ambil peluang tok berehat dari melakukan tugasantugsan itu semua. malam ini aku akan berangkat pulang ke besut. perasaan malas dan tidak mahu kembali ke sana terus menyelubungi aku. jasad aku saja ada di sana nanti tapi roh dan pemikiran aku masih di rumahku. maklumlah bukan senang untuk pulang ke kajang ini. sebulan sekali pun belum tentu. tapi apakan daya, mahu tidak mahu aku perlu kembali ke besut. walaupun terpaksa. aku merelakan saja. demi masa depan aku. aku gagahkan jua untuk pulang. walaupun jauh di sudut hati aku, aku akan rindu pada keluargaku, rakanrakanku, pusat belibelah di sini dan kesibukan kota metropolitan. zikery, bersemangat lah! demi masa depan kau! go go chaiyok!
1 comments:
cepat kemas brg..
balik BESUT!!
Post a Comment