31.12.09

Bebel Tahun Baru.

salam.




Dalam beberapa jam saja lagi akan berlabuhlah tirai bagi tahun 2009. Tepat jam 12.00 tengah malam nanti maka bermulalah suatu perubahan pada angka dalam kiraan tahun masihi. Dari angka 2009 berganjak pula kepada angka 2010. Dengan berakhirnya tahun 2009 ini, sudahkah azam ataupun sasaran yang anda tetap di awal tersebut telah tercapai dan dipenuhi. Kalau sudah, Alhamdulillah. Apa pula azam untuk 2010 nanti? Kalau azam 2009 itu masih belum tercapai foword-kan sahaja untuk dijadikan azam 2010. Janganlah ditanya pula apakah azam aku. Kerana jawapan aku hanyalah, aku mahu menjadi lebih dari yang sebelumnya. Tampak klise dan biasa, namun perkara tersebutlah paling sukar untuk dilunaskan.

Malam tahun baru ini juga dapatlah kita lihat pelbagai kaedah serta ragam dan cara anak-anak muda dan juga orang ramai menyambut tahun baru. Ada yang pergi menonton konsert hiburan, berparti dan lain-lain cara lagi. Aku tidak pernah menyambut tahun baru dengan cara sebegitu. Malam tahun baru aku akan menghabiskan masa di rumah sahaja. Duduk di depan peti televisyen atau pun online sahaja paling best aku tidur. Anda mahu kata aku tidak menikmati nikmat tahun baru seperti sesetengah anak muda lakukan. Mahu katakan aku ketinggalan zaman? Kolot? Terserah pada anda. Aku tidak suka bersesak-sesak dalam keramaian sebegitu. Rimas. Bagi aku, lebih baik berada dirumah. Sekurang-kurangnya terhindar juga dari gejala yang tidak sihat itu.

Dalam kesempatan ini, juga aku ingin mengucapkan selamat tahun baru masihi, 2010. Semoga setiap perkara yang berlaku sepanjang 2009 ini akan memberi pengajaran, tauladan serta pedoman untuk kita menempuhi tahun 2010 dengan lebih baik lagi. Insya Allah.

wassalam.



3 comments:

shehacks said...

hepi new year..!

Jard The Great said...

salam tahun baru.. ehehe

zikeryhassan said...

slmt taon baru juga buat juzBme & jard

Blog Widget by LinkWithin