23.12.09

Kisah Si Ngeng.

salam.



Si Ngeng berjalan di Pasar Malam Kampung Raja. perutnya yang comel itu berlagu derita merindu dendangan ahli fiqir sejak tadi. Perutnya tidak berisi dari pagi tadi. Si Ngeng terlalu sibuk dengan pekerjaannya hari ini.

Deria bau beliau terpesona dengan bau itik panggang di garisan permulaan pasar itu. Tapi beliau meneruskan langkah. Di pertengahan perjalanan, beliau terhidu bau jagung manis.

"Wah! Sedapnya" monolog nafsu buas beliau. Namun beliau sebagai seorang yang teguh imannya, terus berjalan ke hujung pasar. Di hujung pasar itu beliau terlihat gerai menjual pasembok dan bersebelahan gerai tersebut, ada gerai kuih koci.

Si Ngeng menghampiri gerai tersebut. Lalu beliau bersuara. "dik, bagi abang kuih koci seringgit". selepas membayar beliau berlalu. Beliau menjeling penjual pasembok di sebelah gerai koci tersebut dengan penuh kebencian. Lalu beredar.

Beliau turut membeli jagung manis dan juga itik panggang separuh sewaktu perjalanan kembali ke kereta yang membawa beliau sebentar tadi. Selesai kerja membeli juadah.

Sesampai beliau di rumah, Si ngeng terus mandi dan solat maghrib. Selepas itu, beliau terus menjamah makanan-makanan yang dibeli di Pasar Malam Kampung Raja tadi. Beliau makan seorang sebab beliau masih belum berkahwin walaupun beliau seorang yang kacak lagi macho.

Selepas itu, beliau menunaikan solat isyak berjemaah di masjid. Sesudah balik dari masjid, beliau melakukan kerja-kerja menanda assignment pelajar beliau. Selesai menanda assignment Afiq Syazwan, beliau terus tidur.


~TAMAT~


wassalam.


|| cerita ini adalah rekaan semata-mata. tiada kene mengena dengan yang mati mahupun hidup.


5 comments:

ispiderz said...

cm plik jew,,npe pndg pnuh kebencian???

zikeryhassan said...

is, i think u know the answer. ahaha

ispiderz said...

haha,,ok2,,,itik pgg tok cka,,,,jgung mnis of cos me,,,haha,,koci tok ika,,ko x bli kuih koci 2 ke???

zikeryhassan said...

si ngeng tu belilah kueh koci tu.

nursyafiqashafie said...

ist tak abes bce lah nih???ke bce smbil ngntok???hahaha,.

bnci agik ekh cyg???dah2 la tuh,.hahahaha

Blog Widget by LinkWithin