Salam.
Aku jarang berbicara tentang hal-hal yang serius dalam penulisan aku. Sebab aku bukanlah seorang yang serius dalam menjalani kehidupan sehari-harian.
Aku juga jarang berbual tentang wanita, perempuan yang cantik tatkala kawan-kawan lelaki aku sibuk berbicara mengenai perkara tersebut. Aku tidak suka.
Aku bukanlah seorang yang anti perempuan. Aku juga bukanlah seorang gay. Cuma aku tidak selesa dalam berbicara mengenai perkara tersebut.
Aku bukan mahu berfoya-foya. Ber-couple sekadar untuk suka-suka. Bertukar teman wanita bagai menukar lampin pakai buang.
Sehubungan dengan itu, aku ini berkongsi kepada anda semua ciri-ciri isteri yang menjadi idaman setiap lelaki. Termasuuklah aku.
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlaq Mulia
Wanita yang berakhlaq mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
- bersopan satun
- sentiasa memaniskan wajah
- sentiasa memberikan senyuman ikhlas
- menutup aurat
- ramah dan mesra
- tidak terlalu cemburu
- tenghormati orang lain
Wassalam.
18 comments:
whoaaaat.
adakah aku termsuk dalam ciri ciri di atas.
haha
JK.
bagus.hope your wish will come trueeee.
;)
kalo aku kawen nnti,
akan ku jemput ko. ahaha
heh.
demands.
no body is perfect,jgn letak kayu ara tinggi sgt tau..
kecewa sakittt sangattt
apa barang kena approved ni.x cool ar
sebab ang kunci nyah nak kaco ang punya disqus.heh
betul2.
bagusss.. ;)
itu hanya ciri yg jd idaman sje.
suke ati ar.
dengki sgt eh u ni
hehe.
malu dowh.
hahahaha..
gelak jahat2..
:P
________________________________
hatimu garing la ni..
eh girang la ni
:P
________________________________
idaman?
:P
________________________________
pasni komen teros kuar.
ahaha.
bru sporting..
________________________________
baeklah cik alie.
AKU SUKA DENGAN PANDANGAN KAU TAK SEMUA WANITA YG KITA CRI DAPAT DITEMUI, TAPI PASTI IA ADA CMA MASA DAN WAKTU SAJA DAPAT TENTUKAN IA, M
wanita seperti diatas pernah aku temui tapi susah nak didekati dan nak miliki,,,,,,,,,
Post a Comment