Entri kali ini adalah bersifat peribadi sedikit. Andai anda tidak suka dengan entri seperti ini, anda bolehlah meninggalkan laman ini. Aku tidak akan memaksa, kerana aku juga tidak suka dipaksa berbuat sesuatu yang aku tidak suka.
Aku pun tidak tahu, setiap kali tiba dipenghujung semester seperti sekarang ini pasti perasaan seperti ini akan menjengah kerelung hati ini. Andai aku nampak gagah, itu adalah palsu. Andai aku nampak kuat, itu adalah tipu. Andai aku nampak gembira, itu sekadar sandiwara. Aku juga seperti insan lain, kadang-kadang takut untuk menghadapi bayang-bayang yang kita sendiri reka, namun aku tetap gagahkan jua.
Luahan di blog ini sudah tegar menjadi wadah kepada aku, kerana aku bukanlah gemar menceritakan apa yang aku lalui kepada sesiapa pun. Namun, ia cukup untuk aku berasa sedikit selesa, sedikit tenang. Aku tahu kawan-kawan aku juga membaca blog picisan aku ini. Jadi aku tidak boleh meluahkan segalanya. Aku lebih suka mendiam. Kerana itu adalah aku.
Indah sungguh melihat orang bahagia. Aku tidak menyesal dengan aku yang aku hadapi sekarang ini. Kerana aku yang mengambil risiko untuk melalui ini semua. Aku tidak akan marah, aku tidak akan menangis. Aku akan tetap menutup segala yang berlaku dengan senyuman yang penuh kedukaan.
Fahamilah bahawa, untuk aku memulakan ia adalah senang tetapi untuk aku mengakhiri sesuatu adalah sukar. Mahu atau tidak, aku tetap dan perlu hadapi. Biar masalah yang mendatang ini menjadi ikhtibar serta sejarah hidupku. Biarpun aku telah melalui peristiwa yang hampir sama sebelum ini.
Fahamilah bahawa aku juga manusia yang lemah, kadang kala meluka dengan jalan yang dipilih. Namun, aku tetap akan memaluinya, kerana ini adalah jalan yang aku pilih. Doakan aku terus kuat, sabar, gembira serta tenang. Insya Allah.
Sekian, wassalam
13 comments:
chill,,,ko ade kawan-kawan yang selalu care bout you :)
atleast dorang still boleh buat kamu senyum,,,sila dengar lagu senyum :)
ehh..nape ni bro?
sukar aku nak selami hati ko melalu penulisan ni...erm...taw xper...nak memulakan senang,tp nak menhentikan itu sukar...hu3..same goes to me
latest entri:
lelaki hensem vs lelaki tak hensem vs lelaki skema vs lelaki aww!
wlpun aku xtahu ape yg terjadi,
be strong. pecayalah yang Allah sentiasa dengan kite :)
semoga terus tabah! :)
@iszieylyanziy ; sebab kawan2 la aku terus kuat! thnx :)
@zalin ; masalah jiwa sket.
@nas ; macam ni la aku kalau kau kenal kat luar. sukar ditafsir. hehe.
@nursyamira ; aku sentiasa percaya itu.
@syafi ; thnx beb.
isk2... napa plak nih, meratap! heheh... sabarlah, memang dah ujian hidup! ;)
cheer!
InsyaAllah~
Whoaa suka entry nih!
Zaty pon rasa benda yang sama. I feel you bro.
Keep strong ya! ;)
bro!
@Keyrill Eduardo Willeyhem ; i'm okey je.
@Izzaty ; u too izzaty :)
@meo ; whatz up?
Byk kan bersabar senpai! =)
tabah k~ :)
gaduh dgn mrs jagung ker apa?
P/S : Apa Itu Exam? Hahahahahaha
Post a Comment