Showing posts with label hampa hatiku ungu mp3. Show all posts
Showing posts with label hampa hatiku ungu mp3. Show all posts

21.9.10

Hatiku.

Salam.




Hatiku di bawa angin,
Sehingga ke tengah lautan,
Jauh...

Hatiku di baham ombak,
Sehingga ke tepi pantai,
Sunyi...

Hatiku di kutip orang,
Sehingga ke dasar jiwanya,
Dalam...

Hatiku di belai bahagia,
Sehingga ke atas langit,
Tinggi...

Hatiku di robek duka,
Sehingga ke dalam tanah,
Sakit...



|| begitulah lumrah penghidupan sekeping hati.


Sekian, wassalam.

26.5.10

Hatiku Berwarna Girang.

Salam.

 hatiku berwarna girang :)

Anda semua ada sihat tak? Kalau ada sangat bagus. Kalau kurang dan tak ada sihat tu silalah membuat lawatan sambil belajar di klinik-klinik berhampiran dengan anda okey. Ahakz3.

Aku sudah menyempurnakan tanggungjawab aku dalam final exam yang telah melabuhkan tirainya petang tadi. Gembira di hati ini tak siapa yang boleh tahu. Haha. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali. Terima kasih buat semua kawan-kawan yang memberi kerjasama dalam menjawab soalan exam yang baru berlalu tadi. Next sem kita berkolaborasi lagi okey.

Aku sedang menghitung hari untuk pulang bercuti. Tak sabar rasanya mahu pulang. Alie mesti cemburu dengan aku sangat-sangat. Ahaha. U jangan jelez tau sebab i pulang awal :P
Okey, takat itu sahaja untuk kali ini. Esok aku update benda-benda yang seronok lagi berilmiah okey. Insya Allah.

Sekian, wassalam.


Blog Widget by LinkWithin