Showing posts with label origami. Show all posts
Showing posts with label origami. Show all posts

22.2.10

Oh Burung Kertas.

salam.

untuk post kali ini, izinkan aku berjiwang. melepiaskan segala kejiwangan yang terbuku dalam diri aku ini. hehehe.


jikalau burung ini boleh terbang,
terbanglah engkau membawa khabar,
betapa aku rindu dan sayang padanya,
walaupun kita kurang bermesra, bercanda,
namun tawa gembiramu menjadi penawar.

tapi apa kan daya kudrat ini,
burung ini hanya membatu kaku,
tidak mampu serta terdaya batinnya,
melempiaskan jiwa terhadap dirimu,
walau kau jauh sekali pun,
dirimu tetap disanubari fikiran hatiku.



wassalam.





19.2.10

Origami :: Ikan Ang Pau

salam.

sebelum menulis entri ini, aku tiba-tiba teringat sewaktu zaman persekolahan dulu.

setiap kali selepas musim tahun baru cina, cikgu pendidikan seni aku akan membuat satu hasil kreatif daripada ang pau. huhu.

hasil seni tu dinamakan, ikan ang pau. so entri kali ini, aku akan ajar pasa anda semua bagaimana cara untuk menghasilkan ikan ang pau tersebut.

1. sediakan bahan-bahan untuk membuat ikan ang pau.



2. lipat hujung ang pau seperti gambarajah.

3. lukiskan garisan seperti yang ditunjukkan di atas.



4. gunting ang pau mengikut garisan yang dilukis seperti yang ditunjukkan.



5. stepler hujung ekor dan siap. (boleh tebuk lubang kecil untuk di gantung)

hasil setelah siap. digantung di dinding :)

sekian sahaja hasil kreatif untuk kali ini. kalau ak ingat lagi hasil-hasil kreatif sewaktu sekolah dulu, akan aku kongsikan bersama kalian, okey.

wassalam.





Blog Widget by LinkWithin