27.5.09

menunggumu.

salam

alhamdulillah. satu semester telah berakhir dengan berakhirnya
paper yang terakhir semalam. lega rasanya aku sekarang ini.
sekarang ini aku tengah sibuk-sibuk mengemas bilik aku bersama
roomate aku. maklumlah bilik aku ini bersepah sejak start exam.
jadi inilah masanya untuk kali mengemas. bilik kami akan ditinggalkan
selama 3 minggu. buku-buku semua telah ku masuk ke dalam kotak.
baju-baju telah dibasuh dan mana yang perlu dibawa balik terus aku
masuk ke dalam beg. takut terlupa pulak nanti. hehe.

aku akan bertolak dari jertih ke perhentian bas kajang. huhu.
aku sangat excited untuk pulang ke kampung halaman aku.
Kg. Dato' Abu Bakar Baginda. sudah bape aku tak jejak kaki di sana.
cuti ini aku mahu berehat sepuas-puasnya setelah satu semester
membanting keringat untuk pelajaran. aku tidak ada duit. jadi
cuti mahu duduk di rumah saja. haha. tapi boleh ke?? pape pun
doakan perjalanan aku selamat sampai ke destinasi aku okeyh.

sekian, terima kasih.

wassalam.













tak sabar mahu habis satu semester untuk foundation. ngee~

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin