venice, here i come!!
Apa khabar anda semua? Harap sihat-sihat sahaja okey. Ada rindu sama aku kah? Haha.
Mesti anda semua tertanya-tanyakan kemana agaknya aku nak bercuti. Ahaha. Itu hanya provokasi sahaja. Sila jangan tertipu. Aku mahu bercuti di atas kerusi meja study ini. Hal ini adalah kerana aku akan menghadapi final exam.
Sila jangan tertipu juga dengan semangat ke-study-an aku itu. Itu hanyalah harapan aku yang menggunung. Di kesempatan ini juga aku ingin memohom kemaafan dan keampunan sekiranya ada salah dan silap aku terhadap anda semua selaku pembaca blog picisan ini.
buku-buku tersebut tiada kena mengena dengan kos aku. ahaha.
Doakan juga kesejahteraan kesihatan dan kebagusan otak aku dalam mengingati semua yang aku study-kan. Hehe. Tidak lupa juga kepada semua guru-guru pelatih di IPG seluruh Malaysia, happy study and all the best untuk kalian.
Baiklah setakat ini sahajalah untuk kali ini. Kalau aku tak boleh nak fokus dan terasa rindu kepada anda semua, akan aku update lagi blog picisan ini okey. Adiosa~
|| jangan lupa untuk sertai contest yang aku buat okey. cepat sebelum terlambat :)
Sekian, wassalam.
0 comments:
Post a Comment