ini picture before naik bas.
Selamat hari pekerja kepada semua pekerja-kerja di seluruh Malaysia. Bagi student macam aku selamat bercuti. Oleh kerana aku mendapat cuti selama 3 hari. Jumaat, Sabtu dan juga Ahad.
Aku belajar di Terengganu. Jadi Ahad di sana merupakan hari bekerja. Cuti umum yang jatuh pada hari Sabtu akan dibawa ke hari Ahad.
Oleh yang demikian aku telah membuat keputusan untuk pulang ke Kajang. Which mean, balik rumah lah kan. Aku bertolak malam Khamis dan sepatutnya sampai pada keesokan harinya. Maksudnya, awal pagi Jumaat.
Yang menjadi masalahnya, aku sampai Kajang bukan pada pagi Jumaat tetapi pada petang Jumaat. Motif?
Motifnya bas yang aku naik itu telah rosak lalu terkandas selama 12 jam lebih. Perasaan aku sewaktu itu, bengang, panas hati, marah dan segala macam perasaan lagilah.
Aku bersyukur kerana aku masih bisa menulis entri untuk tatapan anda semua. Banyak kejadian yang berlaku sepanjang malam tersebut. Namun biarlah aku simpan untuk diri aku sendiri. Ahaha.
Okeylah, aku rasa setakat ini sahajalah nukilan untuk kali ini. Aku mahu berkemas untuk pulang ke Mizan tercinta esok pagi. Kalian doakan aku supaya selamat sampai okey?
Salam sayang dari aku, zikeryhassan.
Sekian, wassalam.
4 comments:
benggang??bkn bengang?
cian nyer.... sah2 hangin satu badan.... wahaha... mcm ne la ley rosak... adehhh
next entri aku cite
da btol kn da :P
Post a Comment