22.5.10

[TOPIK] Antara Online Dan Study. Mana Pilihan Anda?

Salam.



Apa khabar? Harap anda semua sihat. Aku masih dalam mood exam lagi. Namun dengan hujan yang mencurah ketika ini membuatkan aku terasa ingin menaip entry terbaru. Ahaha.


Dalam seminggu ada 7 hari. Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam ada 60 minit. Dalam 60 minit ada apa anda semua fikirlah sendiri okey. Hehe. Aku bukan mahu mengajar matematik. Ini adalah sebahagian mukadimah aku untuk entry aku kali ini. Okey.

Aku percaya setiap dari yang baca entry aku ini mempunyai akuan laman sosial. Kalau dulu friendster. Up sikit myspace. Paling popular sekarang facebook. Itu belum termasuk laman sosial yang tak disebutkan lagi itu.

Dalam sehari, aku mesti menghabiskan masa sekurang-kurang separuh dari masa aku untuk online facebook. Memang tak sah kalau tak online. Aku lebih rela online dari study. Ahaha. Nak tidur pun aku online. Bangun tidur pun aku online. Niat dihati memang mahu study. Tapi muka buku tu membuat aku jadi tertagih.

Aku tak tahu dadah jenis apa yang dia orang letak di facebook tu. Haish. Memang malas betul mahu study bila ada connection internet yang membolehkan aku membuka laman sosial tersebut. Laman sosial atau so sial? Ahaha. Lu orang fikirlah sendiri.

Anda pula bagaimana?

Sekian, wassalam.

4 comments:

myFirdaus said...

urmm..... bagi aku, online dan hidup aku x dapat dipisahkan... aku rela ber FB sambil2 study... mmg aku x boley tinggal sume tuh... tapi aku boley kurangkan masa utk inline... tuh je yg mampu aku buat

zikeryhassan said...

btol2. aku pun hanya mampu untuk mengurangkan online demi study aku. huhu.

chuck said...

aku kene ada tenet baru boleh study.....and xkan boleh study kalo tenet xde....laptop wajib depan mata... setiap masa mest kene online... kalo x, mmg giler la...

zikeryhassan said...

kau samalah macam aku. tapi aku tade lah sampai jadi giler. hoho.

Blog Widget by LinkWithin