Salam.
gambar ikhsan dari Mr. Google
Ada sihatkah anda pada hari Jumaat yang penuh barakah ini? Kalau sihat, alhamdulillah. Semoga semuanya baik-baik sahaja okey.
Aku seperti biasalah masih bertapa di kawasan persisiran pantai timur ini. Insya Allah awal bulan Jun ini aku akan pulang ke desa tercinta. Heh.
Baiklah kali ini aku mahu berkongsi bagaimana aku menjana idea yang tidak kreatif takkala menaip blog picisan ini. Jika anda ada baca di mana-mana artikel blog lain, mungkin artikel ini juga lebih kurang sama sahaja dengan mereka. Tapi itu cara mereka dan ini cara aku. Hehe.
Okey, berikut beberapa sebab dan kemungkinan aku akan menjadi tidak kreatif ketika menaip sesuatu entry. Hehe.
1) Blogwalking
Ini paling selalu. Ilham akan datang bila aku ber blogwalking ke sana ke mari. Idea-idea atau isi kandungan sesebuah entry blogger lain aku cantum-cantumkan untuk menjadikan sebuah entry lain mengguna kemahiran KBKK yang aku ada. Ahaha.
2) Peristiwa/Aktiviti/Pengalaman
Orang kata pengalaman banyak mengajar kita. Pengalaman juga adalah guru terbaik. Jadi dari peristiwa/aktiviti/pengalaman yang aku lalui itu aku cuba sedaya upaya mengolahnya untuk menjadikannya sebuah entry yang mungkin akan anda semua boleh jadikannya sebagai pengajaran. Macam baik-baik saja aku ini kan?
3) Kuliah/Tutorial/Subjek Pelajaran
Ini juga boleh dijadikan entry yang paling bagus. Tapi aku jarang-jarang mendapat ilham tentang topik yang diajar oleh lecture aku. Ahaha. Yang aku dapat ketika kuliah adalah mengantuk. Tapi kalau lecture tu start lari topik memang aku segar. Sebab kadang-kadang cerita dia orang itu akan aku jadikan bahan dalam penulisan aku. Hehe.
4) Isu Semasa
Walaupun aku jarang sangat membaca surat khabar mahupun menonton berita, tapi sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Bukan jadi pekak okey. Lebih baik ambil tahu sedikit dari tidak tahu langsung. Kalau anda semua tidak ambil peduli langsung tentang perkembangan semasa, lebih baik ganti tempat katak yang di bawah tempurung tu.
5) Lagu/Gambar
Kalau anda perasan entry aku juga ada berunsurkan gambar atau lagu semata-mata kan? Itu bermakna aku tidak mempunyai idea yang tidak kreatif untuk di kongsikan bersama anda semua. Tapi kadang-kadang entri sebegitu tinggi viewernya berbanding entry aku yang agak serius. Hehe.
Aku rasa takat itu saja. Kalau anda ada cara tersendiri bolehlah kongsikan bersama. Sharing is sexy caring. Hehe.
|| kadang-kadang tengah mandi atau buang air pun boleh terpacul idea. hehe
Sekian, wassalam
10 comments:
haha,aku da terase kering idea skang ni..
berjalan banyak..
tp idea x masukk..
adoyai
tgh buang air dpt idea..betul2 time tu paling tenang dan melegakan,,so idea senang nk dtg..ahahah
haha. memang terbaek la kan :)
kau boleh cuba cara laen. laen org laen cara bro. ikut keselesaan masing-masing la
hik..ayat last memang cannot go..
tp, ade gak ar betollnye..
mesti kamu selalu begitu gak kn? hehe.
hahakk..mane ade.mane ade..
(buat muke tak bersalahh)
apa ko taip diatas tu betul
itulah cara2 aku dapat idea
tak mahu mengaku plak.
yang dlm toilet tu ke? ahaha.
Post a Comment