5.5.10

Vision vs Action.

Salam.

Apa khabar anda yang sedang membaca hasil penulisan yang tidak hebat di blog picisan ini. Aku harap anda semua berada dalam keadaan yang stabil mood nya. Alhamdulillah, aku masih dikurniakan dengan kesihatan yang sempurna.


Apa yang sedang fikirkan mengenai qoute di atas? kalau di terjemah ke dalam Bahasa Melayu, matlamat tanpa tindakan umpama bermimpi di siang hari, tindakan tanpa matlamat umpama bermimpi di malam hari.

Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT, kita seharusnya wajar bertindak mengikut waras akal bagi mencapai matlamat yang telah kita sendiri telah tetapkan. Sebagai contoh, aku sebagai seorang blogger, aku mahukan setiap hasil penulisan aku diberikan komen. Itu matlamat aku. Oleh yang demikian aku telah berusaha memperbaiki hasil penulisan aku dari sehari ke sehari. Komen-komen yang aku terima itu, tidak kira ia bersifat positif yang membina mahupun bersifat negetif yang ingin menghentam.

Jadi jelaslah di sini bahawa, usaha yang dilakukan tanpa hala tuju tidak mempunyai nilai serta bermakna pada diri kita. Mungkin jika di lihat dari segi usia blog aku dengan blog-blog yang popular. Blog aku jauh lagi ketinggalan dari blog-blog mereka yang terkenal. Tidak perlu aku berikan contoh. Mereka berusaha dengan gigih untuk mendapat hasil yang setimpal dengan usaha mereka tersebut. Bukan menidakkan kehebatan blog-blog mereka, tetapi aku jadikan blog-blog mereka itu sebagai suatu persaingan yang sihat untuk aku memajukan lagi blog aku ini.

Aku berharap suatu hari nanti, blogger di Malaysia ini tidak lagi dipandang serong oleh segelintir masyarakat yang hanya menilai keburukan ber-blog berbanding faedah serta manfaat ketika ber-blog. Akhir sekali, majulah para blogger untuk negara :)

Sekian, wassalam.

|| contest yang aku anjurkan macam tiada sambutan sahaja. sedih lah gini :'(

6 comments:

Tan Sri Hasnan said...

gud3x... cikgu zik.. leh aku guna tuk ceramah2 aku n sesi.... huhuh..........

sepisendirian said...

g ping kt gengbloggers..

zikeryhassan said...

ahaha. boleh je. gunalah dengan berleluasa.

zikeryhassan said...

ahaha. boleh je. gunalah dengan berleluasa.

zikeryhassan said...

i tak tahu nape. i tak boleh ping blog kat situ.

zikeryhassan said...

i da connect dgn fb and da reg da. takkan nak reg byk kali kot.

Blog Widget by LinkWithin