Showing posts with label projek kayu. Show all posts
Showing posts with label projek kayu. Show all posts

2.2.11

Keywords For Last Month

Assalamualaikum.


Bagaimana hari pertama anda di bulan kedua 2011 ni? Its February dude. Sekejap je masa berlalu kan kak? hehe.

Ini adalah entri yang agak boring bagi sesetengah insan yang hidupnya sentiasa bosan. Jom tengok keyword yang blog aku terima sepanjang bulan Januari lalu.


Kalau anda dapat perhatikan keyword "projek kayu" paling  tinggi sekali berbanding keywords yang lain. Hal ini adalah kerana pada semester ini pelajar-pelajar PISMP ambilan Januari 2011y ang mengambil kursus Reka Bentuk dan Teknologi mempelajari subjek yang berkaitan iaitu Teknologi Bahan dan Pembuatan yang memerlukan mereka membuat kerja kayu. Kepada adik-adik junior RBT, selamat memerah otak untuk mengeluarkan idea bagi mereka bentuk projek anda.

Yang pasal angpau tu, aku tak sure apa sebabnya. Mungkin mereka nak hias rumah mereka dengan origami ikan tu kot. Hehe.


|| Happy Chinese New Year to all Malaysian :)


Sekian, wassalam.

13.10.10

Kisah Kita.

Salam.





Sudah lama terabai blog aku gara-gara kamu. Aku pun tak tau bagaimana mahu nasihati kamu lagi. Aku lakukan semuanya untuk kamu. Tapi kalau kamu tak sayang aku, dengan tidak memberikan yang terbaik untuk aku apakan aku. Aku hanya manusia biasa. Aku penuh dengan khilaf, ketidaksempurnaan. Namun, aku berjaya menyempurnakan hari kamu dengan kesanggupan aku bersengkang mata.

Akhirnya, kamu mengundurkan diri setelah semua aku berikan. Kamu pergi bila aku merasa bahagia. Kemudian kamu kembali kepada aku setelah yang lain bertamu memberi bahagianya pada aku. Beginilah aku saban waktu, walaupun kamu melukai aku, tetap aku menjagamu sebaiknya.

Kini, kau ingin pergi lagi. Bukan aku tak cuba untuk menghalang kamu. Tapi aku tak berdaya, keinginan kamu untuk pergi mengatasi aku. Aku sebagai seorang lelaki. Lelaki yang amat menyintai dan menyanyai kamu sepenuh. Namun, demi kebahagian kamu dengan Si Dia, aku relakan jua. Biarkan aku mencari kebahagian lain.








|| yey! minggu busy dengan esaimen, amali dan pameran sudah berakhir. tapi exam pula menjelma. then, CUTI. ahaha.


Sekian, wassalam.

21.4.10

Harga Sebuah Pengorbanan.

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Disebabkan entri ini ditulis pada waktu pagi, jadi selamat pagi semua. Adakah anda semua sihat? Aku, alhamdulillah sihat. Keletihan yang berlaku sepanjang beberapa hari lepas telah pun aku tamatkan setelah menghantar projek kayu aku.

Jadi kali ini aku mahu kongsikan dengan anda semua gambar-gambar projek kayu aku. jadi anda semua layan sajalah.

 selepas siap dicantumkan

 setelah di cat dengan under code

telah siap sepenuhnya.

Agak-agaknya berapa harga yang wajar dan setimpal dengan usaha, tenaga yang digunakan, pelaburan untuk bahan-bahan serta beberapa faktor lain lagi. Huhu.

Baiklah. Setakat ini sahaja. Aku mahu pergi ke bengkel untuk pembentangan projek aku ini.

Sekian, wassalam. Adiosa.


Blog Widget by LinkWithin