31.8.10

Siapalah Kita Di Merdeka Ini.

Salam.



1Malaysia Menjana Transformasi



Jika disingkap 53 tahun yang lalu, banyak darah yang tumpah. Ramai yang terkorban. Begitulah semangat perjuangan para pejuang kita terdahulu. Begitu taksub berjuang demi sebuah kemerdekaan. Sebuah pembebasan yang memberi kesenangan kepada kita pada hari ini. Kesenangan yang menghayutkan kita.

Kini sudah 53 tahun kita merdeka. Pelbagai kejayaan yang telah kita kecapi seiring dengan usia pembebasan negara kita dari cengkaman penjajah. Terima kasih kepada para pejuang bangsa. Tanpa jasa mereka semua siapalah kita pada hari ini.

Dalam sedar tak sedar, semakin meningkat usia kemerdekaan kita semakin meningkat juga kehancuran yang berlaku tehdapa generasi pelapis bangsa. Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai gejala yang negatif. Walaupun negara bebas dari penjajahan secara fizikal, tetapi generasi sekarang ini telah dijajah secara minda.

Pelbagai bentuk ancaman yang mendatang. Jadi tanpa tahap keimanan yang tinggi untuk menepis segala gejala kuning maka hanyutlah kita. Tanpa jati diri bangsa yang utuh maka hilanglah identiti unik bangsa kita. Aku mengingatkan diri aku dan juga generasi seusia aku untuk teguhkan iman, tebalkan jati diri supaya kita sentiasa beringat siapa kita.

Sehubungan dengan itu, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-53. Semoga Malaysia sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T.


Sekian, wassalam.

2 comments:

nas said...

merdeka!!!
zikery....
yeah..siapalah kita nie kan...
bangun2 tido da aman dunia..lahir2 di dunia tak merasa pon keperitan..

Fatin Aliyya said...

slam merdeka zik.:0

Blog Widget by LinkWithin