Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

15.2.11

Antara Kuman Dan Gajah

Assalamualaikum.



Kuman seberang laut nampak, tapi gajah di depan mana langsung tak nampak. Begitulah lumrah seorang manusia. Aku juga tak terkecuali. Sekadar muhasabah diri disamping ingat-mengingati antara satu sama lain. Percaya atau tidak, seburuk mana seseorang itu di pandangan mata kita. Seburuk itu jugalah pandangan orang terhadap kita. Janganlah minta orang lain memuji andai diri selalu mengeji orang lain. Bila dikeji tahu pula melatah. 

Aku tahu aku tak layak memberi nasihat lebih-lebih, kerana aku juga tidak sempurna. Apalah salahnya andai teguran atau kritikan yang diberika kita ambil untuk muhasabah diri sendiri. Tapi, apabila menugur gunalah bahasa yang sopan agar teguran itu sampai dan tidak menyakitkan hati pihak lain.

Kesimpulannya, jadikanlah setiap kritikan itu sebagai motivasi positif untuk kita memperbetulkan yang mana salah. Kepada yang menegur, bila sudah menegur orang lain secara automatik anda menegur kesilapan diri sendiri juga. Pihak yang memerhati, janganlah pula menambah maraknya api. Kelak anda juga yang terkena apinya. 



Bersempena hari mulia ini, sama-samalah kita menghayati perjuangan serta kepayahan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W menyebarkan serta mempertahankan kedaulatan agama Islam. Semoga kita terus bersatu sebagai satu ummah dan teguh imannya sebagai seorang hamba-Nya. 



Salam Maulidur Rasul.



Sekian, wassalam.


30.10.10

Tak Sedar Diri

Salam.



"Minta diberi nasihat, tapi apabila nasihat sudah diberi kita pula yang dimaki."

"Minta diri dihormati, tapi diri sendiri tak reti nak hormat orang lain."

"Minta pasangan yang baik, tapi diri sendiri pun tak berapa nak baik."



Pernyataan aku tidak merujuk kepada sesiapa. Tetapi, sekadar muhasabah dan renungan buat kita bersama. Andainya, pernyataan itu ada mengguris hati dan perasaan anda semua, aku memohan maaf.

Aku bukan menunjuk baik kerana aku masih lagi memperbaiki diri sendiri. Jadi apa salahnya sekiranya aku menggunakan medium yang sedia ada ini untuk sama-sama kita memperbaiki diri kita. Jangan hanya mencari benda-benda duniawi saja. Insya Allah, dengan izin-NYA kita akan peroleh kebaikan.




|| doakan aku supaya rajin study okey. aku masih malas untuk study walaupun 1st paper untuk final aku selasa ini. huhu.

Sekian, wassalam.
Blog Widget by LinkWithin