15.2.11

Antara Kuman Dan Gajah

Assalamualaikum.



Kuman seberang laut nampak, tapi gajah di depan mana langsung tak nampak. Begitulah lumrah seorang manusia. Aku juga tak terkecuali. Sekadar muhasabah diri disamping ingat-mengingati antara satu sama lain. Percaya atau tidak, seburuk mana seseorang itu di pandangan mata kita. Seburuk itu jugalah pandangan orang terhadap kita. Janganlah minta orang lain memuji andai diri selalu mengeji orang lain. Bila dikeji tahu pula melatah. 

Aku tahu aku tak layak memberi nasihat lebih-lebih, kerana aku juga tidak sempurna. Apalah salahnya andai teguran atau kritikan yang diberika kita ambil untuk muhasabah diri sendiri. Tapi, apabila menugur gunalah bahasa yang sopan agar teguran itu sampai dan tidak menyakitkan hati pihak lain.

Kesimpulannya, jadikanlah setiap kritikan itu sebagai motivasi positif untuk kita memperbetulkan yang mana salah. Kepada yang menegur, bila sudah menegur orang lain secara automatik anda menegur kesilapan diri sendiri juga. Pihak yang memerhati, janganlah pula menambah maraknya api. Kelak anda juga yang terkena apinya. 



Bersempena hari mulia ini, sama-samalah kita menghayati perjuangan serta kepayahan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W menyebarkan serta mempertahankan kedaulatan agama Islam. Semoga kita terus bersatu sebagai satu ummah dan teguh imannya sebagai seorang hamba-Nya. 



Salam Maulidur Rasul.



Sekian, wassalam.


7 comments:

husna mukhtar said...

terima kasih :)

Asfan Ash said...

salam maulidur rasul :D

Leena said...

salam maulidul rasul =)

Mahirararara said...

salam maulidur rasul utk ziq ;)
tengs utk nasihat .

Syarafina Zaini said...

salam maulidur rasul.. =)


p/s: dah jumpa ke belom selipar sebelah lg.. =p


15 Post Challenge.. Do you dare?

Nazifa M.Zali said...

salam maulidur rasul.

loike it ;)

SyedGraphix Dot Com said...

tapi gajah di depan mana langsung tak nampak ???

Blog Widget by LinkWithin