20.8.10

Mak, Orang Nak Makan Soto!!

Salam.


Dalam diam tak diam, sudah 10 hari kita sebagai umat Islam berpuasa di dalam bulan penuh barakah ini. Sepanjang Ramadhan ini aku masih lagi belum berpeluang untuk berbuka puasa bersama keluarga aku. Haish. Dengki aku dengan roomate aku yang boleh balik tiap-tiap minggu ke rumah. Nasib perjalanan aku untuk pulag ke rumah 8 jam. Kalau 8 minit hari-hari aku balik rumah. Jimat sikit duit. Hehe.

Sepanjang minggu ini aku terpaksa menyibukkan diri aku untuk menyiapkan segala mak datuk nenek assignment. Ada dua assignment yang kena hantar. Satu kena hantar hari Isnin dan satu lagi hari Khamis. Memang aku akan bersenggakang mata la gamaknya untuk siapkan dua-dua assignment ini.

Khamis lepas hantar assignment tu, lega. Baru hati senang nak kemas-kemas barang untuk pulang ke rumah malamnya. Hehe. Aku pulang awal sebab, minggu depannya aku ada SBE. Hehe. Tak sabar nak berbuka puasa kat rumah dan tak sabar juga nak SBE.

Okeylah, jom kita siap-siap solat asar. Pastu boleh join aku ke bazar Kg. Raja untuk mecuci mata dengan awek makanan-makanan untuk di buat berbuka puasa nanti. Bazar kat sini tak sama dengan bazar kat area rumah aku. Huhu. Tapi tak pe. Janji ada dari takde langsung :)






mana nak cari kat sini wei?




|| mak, orang nak soto, laksa, bubur lambok. ahaha.



Sekian, wassalam.

11 comments:

tricksrex said...

study mane ni?
kalo 8minit takyah dok kolej
dok umah sudaaa

zikeryhassan said...

tricksrex ; stdy kat terengganu. sila ke side bar utk tahu lebih lanjut. hehe.

PjahFzah said...

eh study kt maktab sultan mizan ek.. dekat umah sy tu.. mmg xkn jmpe soto sane.. tp i miss nasi air besut..hwaaaa mau blk besut :'(

zikeryhassan said...

yup! umah kat mana? nasi air memang byk kat sini.

tricksrex said...

sori ye tak tengok tadi
oh agak2 bosan singgah la umah berbuka heee
area kg raja

zikeryhassan said...

insya Allah. kalau tak malu nnti sampailah. ahaha.

Fatin Aliyya said...

sodaonyer..nk jugak

zik, all d best for SBE.:)

PjahFzah said...

umah dekat2 maktab tu je..blk kg mmg salu lalu maktab tu pusing2 bukit keluang :D

nora said...

seminggu je lagi.sabar ae

=)

hans said...

aku pun xberbuka dkt rumah lagi
hohoho

P/S : Kejadian Lucu Di Jalan Raya Yang Kadang - Kadang Tak Lucu!

zikeryhassan said...

yaya ; hang nak mai la umah. ahaha.

hafizphat ; ouh yeke. kena bwk satu mktb dtg ni. ahaha.

alie ; mmg tgh dok bersabar la ni.

hans ; minggu dpn aku boleh buka kat umah sampai raya :)

Blog Widget by LinkWithin