kudos to google
Holla Malaysia. Selamat Pagi. Sebenarnya aku tak tidur seharian ini. Pagi-pagi buta orang lain sedang lena di ulik mimpi basah indah aku tak boleh nak lelap mata pula. Jadi aku on lappy dan online FB, pastu aku kacau sambil layan sengal Si Kacak Hans. Ahaha.
Dalam pada tak boleh tidur muncul pula idea. Jadi aku capai buku catatan dan pen. Aku draft apa-apa yang patut. Bila idea muncul jangan sesekali lepsakan ia okey. Hehe. Itulah tabiat aku. Sebelum aku melalut bukan-bukan jom la layan topik pada entry kali ini iaitu, bila aku dot dot dot :)
Bila aku duduk di tempat ramai orang...
aku suka dan gemar perhatikan setiap gelagat manusia yang ada di situ. Mana yang menarik akan aku perhatikan sampai aku puas. Tapi aku kalau ada perempuan seksi tak pandang langsung. Nak jaga iman beb. Hehe. Aku jelik dengan mereka yang berpakaian tak cukup kain ini. Lagi-lagi kalau yang melakukan itu sebangsa da seagama dengan aku. Buat malu je mereka tu. Aku juga tak suka tempat yang sangat crowded. Rimas.
Bila aku nak tidur...
aku akan sumbat telinga aku dengan earphone. Dengar lagu dari MP3 atau hand phone aku. Layan. Sambil-sambil itu aku beranganlah yang aku ini penyanyi pujaan gadis-gadis sopan diseantero dunia. Kadang-kadang idea untuk blogging juga boleh timbul. Sebagai contoh, entri yang anda sedang baca ini. Hehe.
Bila aku dalam perjalanan pulang ke kampung atau pulang ke IPG tercinta menaiki bas...
aku akan sumbat telinga dengan earphone sambil menikmati setiap saat perjalanan itu. Kalau pulang bercuti, aku akan imaginasi yang seronok-seronok sahaja. Kalau pulang dari bercuti imaginasi indah aku terbantu apabila assignment, kelas ect. menerpa. Kalau pulang di siang hari akan aku perhatikan hutan , bukit bukau dan juga kenderaan yang lalu lalang. Kalau pulang pada waktu malam, akan aku perhatikan bulan, bintang ataupun aku tidur sahaja. Hehe.
Aku rasa takat itu sahajalah habit aku ketika bersendirian di dalam situasi tersebut walaupun aku rasa ada banyak lagi. Tapi aku tak larat nak tulis semua. Mengantuk weyh.
Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan dan luahkan sahaja di ruangan komen.
Sekian, terima kasih.
11 comments:
malam tadi dni tdo je sampai pagi. hik3.. ingat nak bangun tengah malam. tengok2, lappy dirembat adik.. terus sambung tdo ;p
niat memang nak tidur. tapi tak boleh lelap plak.
mlm tady waktu tido 0 hours
eccece....tak pandang wanita seksi konon,...kalau mata tu boleh jadi macam Jim Carrey waktu dalam filem The Mask..sah2 mata ko terkeluar...hahahaha
kau suka berhiperbola kn.
yup2. ni bru bgn tdo. ahaha.
wah3.... inikah ziq yang sebenarnya??? sungguh.... urmmmm ape eyh.... ntah laa... ape2 pon, anda menjadi diri anda yang sebenar.... tahniah....
yeah! ciri2 ko hampir sama dngan aku..
tapi bila aku tido, aku tak sumbat le mp3 dalam lubang telinga ku ni, kang gendang telinga rosak pulak =), bila tido aku fikir2 apa esok aku nak buat yerk...
pasal duk tempat crowded plk, erm dah la bising, pening kepala je..itu je kot..hehe
kau jangan macam2.
sumbat kejap je. agak2 da mamai aku stop la. seriosly aku xleh tempat2 yg pack dgn org ni.
saya suka tgk orang..i'm a silent observer..hehe..jaga2!! ;D
Post a Comment