Salam.
Sudah lama rasanya tak buat entries yang serius. Tadi aku ada terbaca status one of my friend di FB. Status beliau adalah seperti yang telah di print screen kan di bawah ini :
Bagi pendapat aku lah, cinta jarak jauh ni sesuatu yang sangat mencabar. Kenapa? Ni adalah beberapa sebab yang aku nak kongsi :
1) Kejujuran
Dalam sesebuah perhubungan, tidak kiralah jauh mahupun dekat, kejujuran adalah faktor yang penting. Sifat mahmudah ni harus dipraktikkan baik lelaki mahupun wanita. Tambah-tambah yang bercinta jarak jauh. Kalau boleh, terus teranglah dengan pasangan anda. Jangan biarkan rahsia-rahsia yang sepatutnya pasangan anda perlu tahu, tetapi beliau tak tahu.
2) Kepercayaan
Jika kita mengambil risiko untuk melakukan hubungan jarak jauh, letakkan kepercayaan kepada pasangan anda. Namun, janganlah kita mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang telah diberikan itu untuk kita berlaku curang atau apa sahaja yang boleh merosakkan perhubungan tersebut.
3) Komunikasi
Kita bukan berada pada zaman mak bapak kita bercinta yang memerlukan kita menulis surat dan sebagainya. Jadi gunakanlah kecanggihan teknologi yang sedia ada untuk berkomunikasi dengan pasangan anda. Kalau tak boleh 3G, call. Kalau tak boleh call, sms. Kalau tak boleh sms, ym or komen di sosial networking. Kalau semua tak boleh, pandai-pandailah korang.
Itu sahaja sebab-sebabnya.
Aku sebenarnya pernah melalui frasa percintaan jarak jauh ini. Bagi aku, memang best dan sangat menguji kesabaran. Pada yang bermasalah tu, cuba perbaiki kelemahan yang ada dan anggaplah permasalahan tersebut sebagai ujian dalam percintaan. Itu pun salah satu faktor yang boleh mematangkan korang juga. Lainlah korang memang tak boleh nak setia pada yang satu. Tak dapat den nak nolong.
Kepada yang sedang hangat bercinta, SEMOGA BERBAHAGIA.
Sekian, wassalam.
22.6.10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
jarak jauh ni klo x kuat memang cepat je goyang..haha
entri yang ko post ne kebetulan ala-ala citer aku je...
hohoho
kalau kuala besut dgn gambang y kadang2 i tersasul gampang tu jauh,maka percintaan jarak jauh la aku.
ape2 pon, semua nya bergantung kpd individu tersebut.... ada sesetengah org, wlaupon jauh, namun masih bersama.... bagi aku, klu slalu jmpe jer, lama2 jadi bosan... then, putus.... huhuhu
alhamdulilah hubungan aku masih terjalin lagi.... hik3....
@hazel ruslan ; kebetulan kot.
@jaya jr ; betul2. lagi2 yg xboleh kalau xde dpn mata.
@alie ; tu pun dikira jauh gak, sebab jarang jumpa kan.
@myFirdaus ; aku pun suka jarak jauh. hehe.
betul. masing2 kene mainkan peranan n kene tabah. ececeh mcm terer sgt bab ni. hehe. :)
@syafi ; betul tu. sy ada gak la pengalaman. hoho
hububgan ne tak kan jadi kalo sorang je yang berusaha nak selamatkan keadaan. yg lagi sorang lak cem dah tak komited macam awal-awal dulu... hambar....
jarak jauh kena banyak sangat bersabar. -.-'
@ hazel ; betol2.
@mira ; betol. mmg kena byk bersabar
sobs..naseb ade y fhm kes long distance relationship nih..
:(:(
sangat sebak oke?
hee..tengs 4 da entry.
@mish.qist ; paham gak la sebab pernah alami. jgn sebak2 lah
kite ngah bhige walaupun jauh,.hehehehe
@syafiqashafie ; bgos la kalau bahagia
ho ho..ha ha..
@kak ena ; sengal
Post a Comment